PENGENALAN
1.1 BAHAN SISA
Di Malaysia, bahan sisa yang tidak dinginkan setelah berakhirnya sesuatu proses biasanya di kenali sebagai sampah atau bahan buangan yang boleh didapati secara harian. Sampah merupakan konsep ciptaan manusia, dalam proses alam tiada istilah sampah, yang ada hanya produk-produk yang tidak bergerak. Bahan buangan atau sisa terdiri daripada bahan buangan pepejal, bahan buangan cecair dan bahan buangan gas. Terdapat dua jenis bahan buangan iaitu bahan buangan reput (biodegradasi) seperti sisa makanan dan bahan buangan tidak reput (tidak biodegradasi) seperti botol kaca, plastik dan tin aluminium atau logam.
Bahan buangan atau sisa berasal daripada pelbagai sumber dan terbahagi kepada sisa pepejal isi rumah, sisa pembinaan, sisa toksik dari bahan-bahan kimia perindustrian, sisa bio-medikal/klinikal iaitu dari sektor perubatan dan penjagaan kesihatan, sisa elektronik/e-waste iaitu peralatan elektrik/elektronik dan lain-lain.
Kadar janaan sampah di Malaysia meningkat secara linear saban tahun seiring dengan pertambahan bilangan manusia (Gambarajah 3) Selain itu, peningkatan aktiviti komuniti seperti komersial, institusi, industri dan proses jual beli membawa kepada peningkatan janaan sampah. Statistik dari pihak kerajaan berkenaan dengan komposisi sisa pepejal berdasarkan kriteria fizikal adalah seperti berikut:

Gambarajah 1: Komposisi Sisa Pepejal mengikut kriteria fizikal. Sumber: (Mazlan & Othman, 2020) [Read more…] about Mencapai matlamat Pembangunan Mampan melalui Pengurusan Sisa