“Sebenarnya saya sendiri terkejut dengan fenomena drama Raisha. Ini kerana, drama berkenaan disiarkan di portal tonton.com.my dan selepas itu disiarkan di slot Lestary, TV3. Bukannya di slot yang kita sedia maklum sering memiliki jumlah tontonan yang tinggi seperti Akasia,” ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun dia bersyukur, drama arahannya itu disukai penonton sehingga menjadi trending di laman sosial Twitter ketika disiarkan pada 2017.

Malah, akuinya, dia turut menerima mesej daripada peminat yang memuji jalan cerita Raisha yang lain daripada kebanyakan drama.  [Read more…] about Sinopsis drama Raisha 2