Air…..antara sifat-sifatnya adalah tawar, tidak berbau, hampir tidak berwarna, merupakan keperluan kepada semua benda hidup dan komponen utama bumi. Ia meliputi kawasan seluas tujuh puluh peratus (70%) bumi, di mana sembilan puluh lapan peratus (98%) daripadanya adalah air masin dalam bentuk laut dan lautan, ais atau glasiar serta wap air. Hanya dua peratus (2%) merupakan air tawar dalam bentuk sungai, tasik dan kolam semulajadi. Sumber-sumber air tawar inilah merupakan nadi kehidupan dan untuk kelangsungan hidup semua jenis makhluk bernyawa.
Air amat penting kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Manusia dan haiwan perlukan air untuk minum. Meminum air secukupnya akan memastikan tubuh manusia kekal sihat. Sekiranya badan kekurangan air, kesihatan manusia akan terjejas dan mengundang pelbagai komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, kulit kering yang menyebabkan kegatalan dan sebagainya. Manusia juga memerlukan air untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti mencuci dan memasak. [Read more…]