
Seperti sebelum ini, KWSP telah memperkenalkan skim i-Lestari KWSP dimana ahli dibenarkan membuat pengeluaran akaun simpanan 2 demi meringankan beban kewangan ahli berdaftar untuk membeli keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Cadangan ini dilhamkan oleh DS Najib Tun Razak pada masa PKP tempoh hari. Cadangan ini diterima oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Minimum rm 100 kalau tak silap. (aku tak keluarkan duit akaun kedua, sebab dah habis bayar duit pinjaman mara.
Cadangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Cadangan untuk mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1 KWSP secara one-off sehingga RM10,000 telah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keadaan Malaysia yang semakin tidak menentu dengan PKPD di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah.
PKPD di kawasan bandar utama Malaysia telah menyebabkan keadaan rakyat semakin terjejas akibat terutama bagi individu yang dibuang kerja.
Cadangan ini telah disokong baik oleh ramai rakyat kerana ianya amat bersesuaian untuk menjaga kebajikan rakyat dikala kesempitan dan kesusahan ketika covid ini.
Vote pandangan anda tentang cadangan ini.. [Read more…] about Cadangan DS Najib Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sehingga RM10,000