Banyak faktor yang menyumbang kurangnya majikan mengambil pekerja tempatan berbanding pekerja asing. Ini berdasarkan pengalaman aku sebagai pekerja kilang, dan juga pernah dalam industri perkilangan dan pembuatan. Ia dilihat kotmitmen kerja pekerja asing terhadap kerja memang hampir 150%. Hingga hari cuti pun diaorang sanggup kerja. Sebab diaorang takda apa yang mahu dibuat pada hari cuti. Lebih baik kerja sahaja demi menyara keluarga disana.
Kita lihat pada hari ini banyak perusahaan dalam sektor sama ada pertanian, perindustrian, perkilangan ataupun perkhidmatan banyak dipelopori pekerja asing dari pelbagai negara dan paling ketara dari Bangladesh.
Namun, bagi pengusaha sesebuah industri, pengambilan pekerja asing dalam organisasi mereka adalah penting bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang kurang diminati warga tempatan.
Alasan seperti orang kita tidak sanggup berpanas, penat berdiri terlalu lama dan melakukan kerja berat menyebabkan banyak jawatan bagi tugasan tersebut diisi oleh warga asing. [Read more…]