Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for hutang

hutang

CARA NAK BAYAR HUTANG PTPK SECARA ONLINE,

Zik · Jan 26, 2025 · Leave a Comment

BAYAR HUTANG PTPK SECARA ONLINE

Hutang kena bayar, tak kira macam mana. Lagi hutang belajar dengan badan berwajib ini seperti ptpk. Kalau korang tak bayar akan ada kesannya nanti untuk kegunaan akan datang. Silap-silap nak keluar negara tak lepas. So mahu tak mahu kenalah bayar hutang , janji ada progress. Sekarang ini senang boleh automatik pun boleh. Yang penting tahu cara setting.

Baca juga : Pengurusan hutang. 

Berikut adalah cara untuk membayar hutang PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) secara online:

Ada beberapa cara, melalui laman rasmi PTPK, terus ke direct online banking, jompay, melalui applikasi mypay, dan juga melalui ATM.


1. Portal Rasmi PTPK

  • Langkah-langkah:
    1. Layari laman web rasmi PTPK.
    2. Log masuk ke Sistem e-Pinjaman PTPK menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
    3. Pergi ke bahagian pembayaran pinjaman.
    4. Pilih kaedah pembayaran seperti FPX (Financial Process Exchange).
    5. Pilih bank anda, masukkan jumlah bayaran, dan sahkan pembayaran.

2. Perbankan Internet (Online Banking)

Jika portal PTPK menyediakan nombor akaun untuk pembayaran, anda boleh gunakan perbankan internet.

  • Langkah-langkah:
    1. Log masuk ke akaun perbankan internet anda (Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, dan lain-lain.).
    2. Pergi ke bahagian Pay Bills atau Bill Payment.
    3. Cari atau tambahkan nama penerima sebagai “PTPK”.
    4. Masukkan nombor rujukan pinjaman PTPK anda.
    5. Sahkan jumlah bayaran dan lengkapkan transaksi.

3. JomPAY

  • Langkah-langkah:
    1. Log masuk ke aplikasi atau laman web perbankan internet anda.
    2. Pergi ke bahagian JomPAY.
    3. Masukkan Biller Code PTPK (boleh diperoleh dari portal PTPK atau surat pinjaman).
    4. Masukkan Ref-1 (nombor rujukan akaun pinjaman anda).
    5. Masukkan jumlah bayaran dan sahkan transaksi.

4. Aplikasi MyPay

  • Langkah-langkah:
    1. Muat turun aplikasi MyPay dari Google Play Store atau Apple App Store.
    2. Daftar dan log masuk.
    3. Pilih PTPK sebagai agensi.
    4. Masukkan nombor rujukan pinjaman.
    5. Selesaikan pembayaran menggunakan kad bank atau e-wallet.

5. Bayaran Melalui Mesin ATM

Sekiranya kaedah di atas kurang sesuai, ada sesetengah bank membenarkan pembayaran bil seperti PTPK melalui ATM. Anda perlu simpan nombor akaun pinjaman untuk ini.


Nota Penting:

  • Pastikan semua maklumat rujukan pinjaman adalah betul.
  • Simpan resit atau bukti transaksi untuk rujukan di masa hadapan.
  • Jika menghadapi masalah, hubungi talian khidmat pelanggan PTPK di 03-8991 6300 atau emel mereka di info@ptpk.gov.my.

Syarat untuk berhutang

Zik · Oct 26, 2018 · Leave a Comment

sayarat hutang, hutang , hutang satu bebanan,

Apakah hutang?

Hutang dalam bahasa Arab di sebut Qardh iaitu bermaksud potong. Hutang dari segi istilah bermaksud memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat apabila sampai tempoh orang tersebut akan memulangkan semula barangan yang diambil atau memberi barang yang mempunyai persamaan kepada yang memberi pinjaman tadi. Hutang sememangnya seperti pedang mata dua. Sekiranya bijak menggunakannya, anda dapat menaikkan keuntungan dan mendapat faedah kewangan jangka panjang. Jika salah guna, anda bukan hanya tercedera bahkan boleh membawa maut! Jadi, sebelum “pedang dihayun”, pastikan anda menguasai pergerakan serta mampu memikul akibat dari hayunan itu.

Baca juga :  [Read more…] about Syarat untuk berhutang

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.