• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for gambar burung cenderawasih

gambar burung cenderawasih

Burung cenderawasih, burung kayangan??

Zik · Jan 26, 2012 · 9 Comments

burung cenderawasih, burung paling cantik, burung kayangan, burung kayangan cenderawasih,

Diantara burung yang tercantik didunia ini.

Kepercayaan tahyul mahyul jer.

Menurut kepercayaan orang dulu-dulu. Burung ini berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Ramai yang mengatakan burung ini membawa tuah macam bela ikan kelisa lah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.

Video burung cenderawasih:

Asal-usul burung ini.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau dikaji secara mendalam hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Kajian lain.

Menurut wikipedia, Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka “Burung syurga – birds of paradise” dan nama saintifik apoda – tanpa kaki.

burung cenderawasih, burung paling cantik, burung kayangan, burung kayangan cenderawasih,

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.

Tidak hairanlah, kerabat diraja, orang-orang kenamaan benar-benar mahukan burung seperti ini tak kira masih hidup atau yang sudah mati (diawet). Apepun, sebagai orang islam, kita tak boleh percaya sangat benda tahyul mahyul ini.

Lagu burung cenderawasih:
Tak sangka ada orang buat lagu burung ini: (jangan berhantu sudah!)

Sumber lain untuk bacaan lanjut mengenai burung cenderawasih:

  1. Burung cenderawasih mitos atau realiti
  2. Cenderawasih (complete set tentang burung ini)
  3. Cenderawasih bird of paradise.
  4. Burung golden Phonenix.
  5. Hikayat burung cenderawasih.

Sumber wikipedia.

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Copa America Sukan

Keputusan terkini Columbia vs Paraguay copa america 24.6.2019

Perlawanan kumpulan B hari ini kita akan tahu pasukan manakah yang akan mara ke …

Motivasi

Tips rahsia menjadi insan cemerlang

Insan yang cemerlang datangnya dari akal dengan jiwa yang mantop!!! Alhamdulilla…

Pengumuman

Covid19-ATM tutup 10 malam hingga 7 pagi- tempph perintah kawalan pergerakan (PKP)

Operasi harian untuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dihadkan dalam …