• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
You are here: Home / Archives for Bantuan Prihatin Rakyat dipercepatkan isnin ini berperingkat 6.4.2020

Bantuan Prihatin Rakyat dipercepatkan isnin ini berperingkat 6.4.2020

April 4, 2020 by Zik Leave a Comment

pakej prihatin dipercepat

pakej prihatin dipercepat

Menyedari keperluan rakyat, kerajaan akan mempercepatkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula Isnin ini, secara berperingkat. Butiran lanjut akan dijelaskan secara terperinci oleh Kementerian Kewangan pada hari ini.

Baca juga ; Semakan bantuan prihatin nasional.

Ada yang kata nak pecahkan masuk ke e wallet bagi golongan m40 katanyalah.

Sejajar dengan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rangkaian virus Covid – 19, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 yang lalu.

Pengumuman ini membolehkan rakyat Malaysia menerima bantuan secara one – off daripada kerajaan dan bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Golongan yang layak menerima bantuan merupakan mereka yang berada dalam kategori B40 dan ke bawah yang meliputi individu bujang serta golongan M40. Peruntukkan sebanyak RM 10 bilion dibelanjakan untuk menjayakan program ini.

Maklumat penerima bantuan akan diambil menerusi pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) sedia ada. Walau bagaimana pun, sekiranya maklumat pemohon tiada dalam pangkalan data BSH atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon boleh menghantar permohonan secara online mulai 1 April 2020. Semasa sidang media yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran fasa pertama BPN ini akan dilakukan mulai pertengahan April hingga penghujung bulan April 2020 dan fasa kedua akan dibayar pada bulan Mei.

Walau bagaimana pun, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz siang tadi telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan fasa pertama akan dipercepatkan iaitu mulai 6 April 2020. Pengumuman ini telah dibuat semasa temubual ekslusif  pihak TV3 bersama Menteri Kewangan di pejabat beliau di Putrajaya. Beliau menjelaskan bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat sehingga penghujung April 2020.

Laman web bpn terlalu banyak traffik sukar untuk diakses. 

Pada ketika ini, trafik ke laman web rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) agak sesak kerana orang ramai berpusu – pusu melayari laman web BPN bagi membuat semakan atau permohonan baru. Pemohon dinasihatkan agar tidak terburu – buru semasa membuat semakan atau permohonan baru supaya maklumat yang dimasukkan adalah lengkap dan tepat. Bagi yang masih belum berjaya membuat permohonan baru, anda boleh membuat pendaftaran sehingga penghujung April 2020 nanti. Memandangkan begitu banyak permohonan yang perlu diproses, pemohon dinasihatkan agar dapat bersabar sebelum bantuan dapat disalurkan ke akaun bank penerima.

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my
  • TELEGRAM BOTS YANG ANDA BOLEH CUBA, YANG KE 5 PALING BEST!!
  • Cara mohon i-sinar kwsp kategori2
  • Semakan Pengeluaran i-sinar kwsp akaun1 4 januari 2021
  • BPN 2.0 : Bayaran Fasa Ke-2 Dibuat Bermula Januari 2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Drama

Sinopsis syurga Untukmu tv3

Drama bersiri ‘Syurga Untukmu’ di slot Samarinda TV3. Menampilkan ga…

Sukan

Keputusan Liga epl/bpl 24 dan 25.10.2015

Beralih kepada liga juara-juara eropah. Memandangkan kempen piala malaysia begit…

Drama

Mencari kiblat episod 8

Mencari kiblat episod 8.  Adam berkelana sudah sampai di selangor, tanjung karan…