• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Syor pemain naturalisasi diwajibkan ikuti kursus kenegaraan -Penganalisis bola sepak, Dr Pekan Ramli

Syor pemain naturalisasi diwajibkan ikuti kursus kenegaraan -Penganalisis bola sepak, Dr Pekan Ramli

Zik · Jun 19, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pemain natrulisasi

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran mewajibkan pemain naturalisasi mengikuti kursus kenegaraan dan jati diri. Masih lagi orang pertikaikan hal ini lagi. Walaupun fokus kita sekarang ini ialah piala asia 2023 nanti. Piala dunia kita dah boleh lupakan. Cuma yang menjadi pertikaian hari ini ialah impak pemain natrulisasi ke skuad harimau malaya tampak tidak memberi impak yang maksimum.

Penganalisis bola sepak, Dr Pekan Ramli berkata, beliau yakin kursus berkenaan mampu menjadikan mereka mencintai dan menjiwai semangat kenegaraan ketika mewakili Malaysia.

Beliau turut menyarankan kriteria yang ketat berhubung pemilihan pemain yang dirasakan layak untuk dinaturalisasikan dapat dinyatakan dengan terang oleh FAM.

“Selain membuat penilaian calon pemain dari segi prestasi semasa dan usia yang sesuai, mereka hendaklah diwajibkan menyertai kursus kenegaraan dan jati diri sebagai satu cara untuk mereka menjiwai tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya.

Terdahulu, prestasi hambar yang ditunjukkan tiga pemain naturalisasi negara iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula pada baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dikritik hebat penyokong bola sepak tempatan.

Penyokong menyifatkan ketiga-tiga pemain itu gagal untuk membantu skuad negara pada baki kempen kelayakan itu yang menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga.

Bagaimanapun, Pekan yang juga Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meminta penyokong bola sepak tempatan memberi ruang kepada FAM bagi menentukan hala tuju prestasi skuad Harimau Malaya termasuklah meneruskan program ‘Harimau Import’ untuk mencerahkan prospek Malaysia di pentas antarabangsa.

Ini katanya, program naturalisasi yang diterapkan oleh badan induk itu adalah adalah praktikal berdasarkan perkembangan dunia bola sepak terkini yang bersifat global.

Meskipun segelintir pihak tampak mempertikaikan pendekatan terbabit, Pekan menggesa penyokong dapat memberi masa kepada FAM untuk memperkemas mekanisme pemilihan dan tidak ‘menghukum’ program terbabit secara tergesa-gesa berdasarkan satu kejohanan.

“Seperti yang kita maklum, FAM memiliki pilihan terhad untuk menaturalisasikan pemain disebabkan syarat-syarat kelayakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) agak ketat termasuk seseorang calon perlu bermastautin selama lima tahun berturut-turut di sesebuah negara.

“Saya percaya jika dilakukan dengan telus menerusi penilaian yang dibuat oleh sebuah jawatankuasa membabitkan pakar teknikal dan agensi kerajaan, projek ini boleh membawa hasil.

“Apa yang penting, keputusan memberi kewarganegaraan kepada pemain tidak boleh diputuskan secara individu dalam FAM,” katanya.

Pada masa sama, Pekan turut melihat program naturalisasi itu sebagai satu kaedah untuk merapatkan jurang antara Malaysia dengan kuasa Asia yang lain.

 

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan Dr Pekan Ramli, Syor pemain naturalisasi diwajibkan ikuti kursus kenegaraan -Penganalisis bola sepak

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss