Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Syarat Layak Terima Bantuan RM600 (ERP) Kewangan Kerajaan, Musibah covid19

Syarat Layak Terima Bantuan RM600 (ERP) Kewangan Kerajaan, Musibah covid19

Zik · Mar 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Covid 19,

Melalui pakej rangasangan ekonomi yang telah dibuat oleh perdana menteri pada pengumuman baru-baru ini iaitu peruntukan RM120 juta disediakan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjelaskan bantuan kewangan sementara dengan kadar rata sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan itu akan diberikan kepada pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan juga akan di buka bermula pada 20 Mac 2020 nanti. Harapnya pekerja dan majikan peka dengan tarikh ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM600 (ERP)

Antara syarat asas kelayakan ialah:

  1. Pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.
  2. Pekerja sektor swasta pula berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.
  3. Bantuan hanya terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

 

pakej rangsangan ekonomi2020

Bagi mendapatkan bantuan kewangan RM600 ini majikan perlulah membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

Untuk makluman anda , ERP bertujuan membantu majikan yang terjejas akibat COVID-19 sehingga terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN

Di bawah merupakan pautan utama yang majikan dan pekerja boleh rujuk mengenai tatacara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.

1) pdfKENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) pdfPEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) xlsxBORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
4) pdfBORANG – ERPC-19
5) pdfSOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke perkeso@perkeso.gov.my ATAU salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official.

Credit to kerjaya.co

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman bantuan rm600 covid 19, bantuan rm600 erp, borang erp online bantuan rm600.00, borang permohonan bantuan rm600, erp, Musibah covid19, Syarat Layak Terima Bantuan RM600 (ERP) Kewangan Kerajaan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.