Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Sukan sebagai kerjaya di negara kita Malaysia

Sukan sebagai kerjaya di negara kita Malaysia

Zik · Jan 24, 2012 · 16 Comments

Share this on WhatsApp

sukan sebagai kerjaya, sports as a career, sukan sumber pendapatan negara

Sementara menunggu sukan bola sepak yang bakal meletup bulan depan, febuari nanti. dan bulan enam (EURO 2012). Macam-macam bro ada, kempen kelayakkan sukan asia dan dalam mempertahankan piala AFF 2012 hujung tahun nanti. Baik kita bercerita mengenai satu topik yang sering bermain di fikiran aku ini.

Sukan sebagai kerjaya??Apa??

Rata-ratanya sebagai ibubapa atau warga pendidik (akademik) lebih mementingkan golongan yang dikatakan pelajar ini lebih cenderung kepada akademik semata-mata. Namun, ada juga yang menyarankan sukan dan akademik harus seimbang. Tetapi lebih menggangap sukan tiada masa hadapan yang cerah.

Kebanyakkan di negara asia memang menjadikan akademik sebagai no1 sebagai kerjaya hidup. Sukan mungkin diletakkan no 3, 4 atau pilihan terakhir. Tetapi apa yang ingin diutarakan ialah kepada mereka yang mempunyai potensi yang besar dalam sesuatu sukan itu harus diambil berat.

Bidang sukan boleh dijadikan sebagai salah satu karier buat belia dengan penglibatan mereka secara aktif sebagai atlet ataupun sebagai pentadbir dibahagian pengurusan. Sukan mampu memberikan pendapatan yang lumayan setimpal dengan tahap pencapaian mereka. Sebagai contoh, pemain bola sepak diperingkat antarabangsa, bahkan di peringkat negeri pun sudah cukup lumayan bro! Sebenarnya mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit, tetapi ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka dalam sesuatu perlawanan. Ini kerana, kemenangan yang diperolehi mampu memberikan kesan yang besar terhadap sukan dan juga pasukan yang diwakili. Di Malaysia, prospek kerjaya sukan masih dipandang remeh kerana sumber pendapatan yang rendah berbanding di negara luar.

Malah terdapat sesetengah cabang sukan yang memerlukan atlet mendapatkan sendiri tajaan bagi membolehkan mereka terus maju. Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada masakini seperti penghargaan dalam bentuk wang tunai selepas menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak membantu merangsang kesungguhan atlet. Dari sudut pentadbiran dan pengurusan, kemampuan mengurus sesebuah pasukan dilihat mampu memberikan lebih banyak tajaan dan sokongan kewangan.

Perlu ada sokongan Kerajaan, Persatuan, Sekolah dan Ibu Bapa

Pihak-pihak berwajib seharusnya memberikan sokongan dan galakan kepada bidang sukan supaya ia boleh berkembang dan seterusnya menaikkan nama negara. Sokongan dari pihak kerajaan amat penting kerana bidang sukan sedikit sebanyak dapat melonjakkan nama negara. Sokongan dari segi penggubalan dasar, bantuan kewangan dan insentif, serta pengembangan teknologi baru amat penting bagi mencetuskan minat terhadap bidang sukan sebagai karier. Bagi aku, kerajaan perlu merangka satu mekanisma bagi memberi jaminan kepada atlet selepas persaraan dan sekiranya berlaku kecederaan dipertengahan karier mereka. Jaminan tersebut amat penting sebagai salah satu janji yang menjaga kepentingan dan kebajikan atlet. Persatuan perlu memainkan peranan yang besar bukan sahaja pada peringkat negeri, malahan di peringkat antarabangsa.

Remaja yang meminati bidang sukan sering disekat dengan halangan akademik. Sebagai contoh, pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah rendah dan sekolah menengah dianak-tirikan apabila tiada kemudahan padang dan peralatan sukan. Sepatutnya, minat dalam bidang sukan ini perlu diterapkan semenjak di bangku sekolah lagi. Pihak sekolah perlu memberi sokongan dan galakan kepada pelajar-pelajar untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan. Sebagai cadangan, pihak sekolah boleh melakukan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan dan juga persatuan-persatuan yang berkaitan terhadap halatuju dan peluang yang boleh diberikan kepada murid-murid mereka yang cenderung dalam bidang tersebut.

Di samping itu, ibubapa memainkan peranan dalam menyokong minat anak-anak mereka terhadap bidang ini. Persepsi yang negatif terhadap sukan juga dilihat antara sebab ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka terlibat dengan sukan. Mereka menganggap bahawa sukan merupakan aktiviti yang membuang masa dan tidak menjamin masa depan. Ini mungkin disebabkan prestasi sukan yang kian perlahan di Malaysia. Oleh itu, sebagai belia yang gemarkan bidang sukan, keyakinan dan kesungguhan terhadap sukan yang diminati boleh membantu mereka untuk terus maju.

Dana yang cukup untuk menyertai dalam sesuatu kejohanan.

Sesuatu sukan memerlukan dana untuk menyertai sesut=atu kejohanan. Yerla untuk, nak terbang negara lain, sana-sini. Makan minum dan penginapan dalam beberapa hari. Sumber kewangan digunakan untuk tujuan latihan dan pengembangan sukan itu sendiri. Contohnya, wang yang besar diperlukan bagi menampung kos latihan atlet dan pengembangan teknik-teknik sukan melalui latihan di luar negara. Terdapat cadangan dan saranan supaya pelabur-pelabur di dalam negeri diwajibkan memberi dana pada sesetengah sukan. Sebagai sumbangan daripada perkara tersebut, pelabur boleh dikecualikan cukai serta diberikan publisiti bagi membantu penjanaan semula kewangan.

Siapa yang telah berjaya dalam bidang sukan.

Memang tak ramai, kalau dihitung dengan jari memang boleh. Tetapi ia membanggakan kerana bila sebut jer nama diaorang nih, satu dunia dah kenal. Kita tengok datuk lee chong wei juara nombor 1 dunia badminton , bila menang dalam satu kejohanan dalam USD tuh. Datuk nicol ann david, juara skuasy dunia beb!! Bola sepak pun apa kurangnya, Safee sali kita tengok pendapatan dia pun lebih kurang 20 ribu lebih dalam sebulan (di kelab pelita jaya).

Aku, mungkin dah terlambat untuk menjadi atlet. Jadi pengulas sukan bola amatur pun jadilah. Haha.Itu pun sebagai satu kerjaya dalam bidang sukan. Tak semestinya perlu jadi atlet, jadi jurulatih, atau manager ala-ala tony fernandes pun ok gak. Nanti aku mahu beli, chelsea ker, takpun Liverpool. Hua hua.

Akan datang , faktor prestasi sukan menurun.

Share this on WhatsApp

Sukan halangan untuk menjadi sukan sebagai kerjaya, sports as a career, sukan badminton sebagai kerjaya, sukan sebagai kerjaya, sukan sebagai pendapatan negara, sukan sumber pendapatan negara

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. zulkbo says

    January 24, 2012 at 9:03 pm

    salam..
    setakat nih rasanya jadi
    jurulatih pun kalau silap
    hari gaji berbulan tak bayar
    macam mana nak buat
    karier kan..?

    Reply
  2. ohcikgu says

    January 24, 2012 at 9:12 pm

    hehe..kerjaya yang ada masa depan kalau berjaya wakil malaysia. lagi-lagi kalau bola atau badminton. hehe..

    Reply
  3. tehr says

    January 24, 2012 at 10:06 pm

    aku nampak kita masih kurang mahir dalam bidang pengurusan sukan
    bahagian penting juga ni untuk capai kejayaan

    Reply
    • b3njy says

      January 25, 2012 at 1:23 pm

      Setuju dengan cikgu ni 😀

      Reply
  4. Norasikin says

    January 24, 2012 at 11:51 pm

    Jadi atlit ni kalau berjaya keperingkat dunia, boleh la cari makan sampai tu. Tapi kalau pencapaian sedang-sedang je, paling tinggi pun cuma dapat bukak bisnes dalam bidang sukan yang diceburi. itu pun kalau selalu beringat semasa muda dan menyimpan untuk masa depan. Kalau di luar negara, sukan memang boleh buat duit dan dijadikan kerjaya tetap

    Reply
  5. b3njy says

    January 25, 2012 at 1:20 pm

    Benjy rasa kalau di negara maju macam amerika dan eropah … akademik dan sukan berjalan seiring … di Malaysia belum lagi mencapai tahap sebegitu ..

    Reply
  6. b3njy says

    January 25, 2012 at 1:21 pm

    Pernah juga maklumkan isteri bahawa Benjy nak tengok apakah bakat anak Benjy dan nak gilap start umur 10 tahun tetapi isteri tidak setuju sebab ia melibatkan pengorbanan kos dan masa…. aduhhh ! terbantut hasrat tersebut.

    Reply
  7. akubiomed says

    January 25, 2012 at 2:36 pm

    Kalau tidak bersukan pun boleh jadikan sukan itu kerjaya seperti jadi penganjur, pengiklan, pengulas sukan, jual barangan sukan dan macam-macam lagi yang mempunyai kaitan dengan dunia sukan.

    Reply
  8. iza says

    January 25, 2012 at 4:45 pm

    Assalam..
    Bagus hasrat/ cadangan tu
    Kalau anak lelaki nak jadi atlit, ok lagi..

    Reply
  9. Andy says

    January 25, 2012 at 5:13 pm

    Peningkatan untuk sekolah sukan dah ada,cume mentaliti orang kita agak sukar menerima sukan sebagai kerjaya ne.

    Reply
  10. Joanne J. Soares says

    January 25, 2012 at 10:42 pm

    Pos Great!

    Saya suka sukan tetapi Malangnya saya tidak mempunyai kesihatan yang baik untuk sukan: (

    Reply
  11. iza says

    January 25, 2012 at 11:13 pm

    saya sokong penuh.. cuma klu di malaysia ni ada sukan sukan tertentu ja yg boleh betul2 berjaya.. tetapi klu di negara luar, nampak macam semua sukan pon berpotensi..

    Reply
  12. titan says

    January 26, 2012 at 9:20 am

    dulu, aku pernah terfikir nak jadi pemain bola sepak..sekarang..penonton ajelah. dah la aku rabun. kurang sesuai dah..

    Reply
  13. muhammad fakhruddin says

    January 26, 2012 at 10:15 am

    Banyak lagi peluang kerja yang perlu didedahkan. Pengurusan sukan juga perlu mantap, barulah kebajikan atlet terjaga.

    Reply
  14. naoratyha says

    February 16, 2012 at 7:44 pm

    im student in sport mngement and i proud! to people look down about sport myb u should think again.bcoz sport is 1 of industry workers..

    Reply
    • Zik says

      February 26, 2012 at 4:14 pm

      im agree with u….

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.