FIH Odisha Hockey Men’s World Cup 2023
Crossover – 22 Jan 2023
4th Quarter
KEPUTUSAN PENUH :
MALAYSIA 2 SEPANYOL 2 (Sepanyol ke suku akhir selepas menang penalti shoot-out 4-3)
- 35′ FG Faizal Saari
- 41′ PS Marc Miralles
- 42′ FG Xavier Gispert
- 49′ FG Shello Silverius
Sebagai peminat bola, dan juga hoki kita tak lupa juga. Namun kita mahu pasukan ini mara sejauh mungkin, terkandas disini sahaja. untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Hoki tak kesampaian selepas tewas di penentuan shoot-out. Pemain kita perlu diberikan pujian tinggi selepas bermain habis-habisan untuk ke peringkat seterusnya. Namun aksi kebangkitan dan melawan itu kita memang respek dan puji.
Peluang skuad hoki negara untuk ke suku akhir Piala Dunia Hoki FIH tidak kesampaian apbila tewas 3-4 kepada Sepanyol dalam penentuan penalti shoot-out selepas aksi sepanjang 60 minit pusingan cross-over di Bhubaneswar, India itu berakhir 2-2.
PENJAGA GOL CEMERLANG.
Penjaga gol negara, Hafizuddin Othman, muncul pemain paling cemerlang dalam dua suku pertama, di mana dia menafikan deretan percubaan Sepanyol termasuk daripada pukulan sudut penalti.
Memasuki suku ketiga, Malaysia terlebih dahulu berada di depan apabila Faizal Saari bijak menghidu lorongan Faiz Helmi Jali untuk membuka jaringan pada minit ke-35.
SPAIN DI DEPAN 2-1
Bagaimanapun, Sepanyol selepas itu meningkatkan asakan mereka dan berhasil memperoleh dua jaringan pantas, bermula dengan gol pukulan penalti Marc Miralles pada minit ke-41 sebelum jaringan padang Xavier Gispert meletakkan Sepanyol di depan seminit kemudian.
Malaysia melakukan segala-galanya untuk menyamakan kedudukan dalam suku terakhir dan Amirul Hamizan Azahar menyangkakan dia sudah menjaringkan gol penyamaan pada minit pertama selepas perlawanan bersambung tetapi jaringan itu dibatalkan setelah semakan video mendapati bola terlebih dahulu terkena belakang kayu Faizal.
MALAYSIA BERJAYA MENYAMAKAN KEDUDUKAN 2-2
Usaha demi usaha yang dilakukan Speedy Tigers akhirnya membuahkan hasil pada 11 minit terakhir apabila Shello Silverius bijak memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang lawan untuk menghidupkan perjuangan skuad negara.
PENENTUAN PENALTY, TIDAK MEMIHAK SPEEDY TIGER.
Keputusan itu menyaksikan perlawanan berkenaan terpaksa ditentukan melalui penalti shoot-out. Selepas Hafizuddin menyelamatkan dua pukulan lawan dan Marhan Jalil dan Shello pula gagal menemui sasaran, Firhan Askhaari tidak dapat menyempurnakan pukulan keduanya dalam penentuan itu sebelum Miralles memastikan kemaraan pasukannya menerusi pukulan terakhir. Malaysia seterusnya akan bertemu Afrika Selatan bagi perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 di Rourkela pada Khamis minggu hadapan, 26 januari 2023 ini.
Leave a Reply