Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Solskjaer sah pengurus sementara Manchester United

Solskjaer sah pengurus sementara Manchester United

Zik · Dec 19, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Solskjaer

Kelab bola sepak Manchester United hari ini mengesahkan bekas bintang mereka Ole Gunnar Solskjaer dilantik menjadi pengurus sementara pasukan itu. Hurm semua memang tengah mood sedih bagi penyokong tegar manchester united. Yerla prestasi merudum sangat untuk musim kali ini.

Ia sehari selepas Jose Mourinho dipecat meskipun belum cukup tiga tahun beliau menggalas tugas itu.

Menurut kenyataan di laman rasmi kelab itu, Solskjaer akan mengemudi kelab yang kini ditangga keenam liga itu sehigga tamat musim 2018/2019.

“Solskjaer akan bertanggungjawab terhadap pasukan utama serta-merta akan kekal di situ, sementara kelab mengadakan proses merekrut pengurus sepenuh masa,” kata Manchester United.

Mengulas peranan barunya itu, bekas pemain kebangsaan Norway itu berkata kelab itu kekal di hatinya dan beliau teruja untuk kembali dengan peranan itu.

“Saya teruja untuk bekerja bersama-sama skuad kita yang sangat berbakat, kakitangan dan semua di kelab ini,” katanya.

Menjadi pemain ketika zaman cemerlang Manchester United, dia yang bermain di posisi penyerang tampil dalam 366 perlawanan dan menjaringkan 126 gol.

Dia juga diingati dengan jarigan gol kemenangan di minit akhir perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 1999 menentang Bayern Munich. Di musim itu, Manchester United menang tiga kejuaranan – dua lagi adalah Piala FA dan Juara Liga Perdana.

Pengalamannya sebagai pengurus pula tidak banyak, iaitu bermula dengan pasukan simpanan Manchester United pada 2008, kelab Norway Molde (2011-2014, 2015-2018) dan Cardiff City (2014).

Di Cardiff City, Solskjaer gagal menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir daripada Liga Perdana apabila menduduki tangga ke-20 untuk musim 2013/2014. Dia meninggalkan kelab itu pada 18 September 2014 susulan permulaan buruk kelab itu di Liga Championship.

 

 

Share this on WhatsApp

Sukan solskjaer mengemudi pasukan manchester united buat sementara waktu, Solskjaer sah pengurus sementara Manchester United

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.