Kelab bola sepak Manchester United hari ini mengesahkan bekas bintang mereka Ole Gunnar Solskjaer dilantik menjadi pengurus sementara pasukan itu. Hurm semua memang tengah mood sedih bagi penyokong tegar manchester united. Yerla prestasi merudum sangat untuk musim kali ini.
Ia sehari selepas Jose Mourinho dipecat meskipun belum cukup tiga tahun beliau menggalas tugas itu.
Menurut kenyataan di laman rasmi kelab itu, Solskjaer akan mengemudi kelab yang kini ditangga keenam liga itu sehigga tamat musim 2018/2019.
“Solskjaer akan bertanggungjawab terhadap pasukan utama serta-merta akan kekal di situ, sementara kelab mengadakan proses merekrut pengurus sepenuh masa,” kata Manchester United. [Read more…] about Solskjaer sah pengurus sementara Manchester United