Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis telefilem demi tuhan aku bersaksi RTM

Sinopsis telefilem demi tuhan aku bersaksi RTM

Zik · Aug 7, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Nampaknya telefilem ini akan menjadi isu tapi dalam telemovie ini akan buka mata masyarakat tentang isu yang memang terjadi disekeliling kita tanpa kita sedar. Macam-macam hal. Apepun, kita kena ambil dari sudut yang positif sahaja. Yang lain tuh jadikan ia sempadan.
JUDUL : DEMI TUHAN AKU BERSAKSI
SLOT : TV1 (RTM)
PENGARAH : Eyra Rahman
PENERBIT : Prokuya Studios
PELAKON : Syafie Naswip, Fezrul Khan, Taiyudin Bakar, Melanie Tan, Sheila Hassan, Aman Graseka, Razman Mahyudin
SINOPSIS DEMI TUHAN AKU BERSAKSI (TV1)
Mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Dia tidak mahu melakukan kesilapan yang sama. Niatnya cuma satu, ingin kembali bertaubat pada Allah SWT. Dia ingin mendalami ilmu agama. Kerana terlalu ingin mencari, dia buat keputusan masuk ke Pusat Tahfiz.
Di dalam Pusat Tahfiz, dia dihina dan dikeji sebagai pengikut Kaum Luth oleh segelintir mereka di dalam sana. Seolah tiada tempat untuknya di dalam Pusat Tahfiz itu. Pelbagai dugaan ditempuhi demi meraih kasih sayang Allah SWT.
Saksikan telefilem menarik ini di RTM TV1 akan datang. (kalau lepaslah).

RTM panggil bincang telefilem LGBT di pusat tahfiz

BELUMPUN ditayangkan, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi terbitan Prokuya Studios yang mengetengahkan tema Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) dalam kalangan pelajar pusat tahfiz mengundang kontroversi dan kecaman pelbagai pihak.

Hinggakan terdapat madrasah yang sedang mengumpulkan tanda tangan bagi membuat petisyen bantahan supaya telefilem itu tidak ditayangkan.

Malah, ada juga dalam kalangan guru agama bergelar ustaz dan ustazah yang bernada sama sebagai tanda tidak bersetuju dengan penerbitan telefilem itu menerusi status dan komen di laman sosial masing-masing.

Penerbitnya, Fadzil Zahari berkata, mereka sudah mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak stesen televisyen iaitu RTM dalam menghasilkan karya itu.

“Kalau memang berlaku liwat dalam pusat tahfiz dan membawa mesej yang buruk kepada Islam dan pusat tahfiz, kami pun takkan buat karya ini. Kami pun orang Islam.

“Tapi disebabkan ada mesej baik, dalam cerita ini, maksudnya ia bergantung pada pihak stesen televisyen. Karya ini diluluskan sebab ada garis panduan yang sudah ditetapkan dan produksi sudah ikut. Maksudnya, tidak ada babak yang keterlaluan dan memburukkan imej agama serta pusat tahfiz.

“Disebabkan garis panduan sudah ada, itu yang pihak RTM boleh luluskan. Sepatutnya, kena tengok dulu baru nilai,”

Fadzil berkata, timbul salah faham apabila paparan skrin memaparkan gambar dua pelakon telefilem itu, Fezrul Khan dengan Syafie Naswip seolah-oleh melakukan aktiviti liwat tular.

Menurutnya, itu bukan babak seperti yang difikirkan semua pihak ketika ini.

“Apa saya boleh cakap, ia bukan babak meliwat seperti didakwa. Itu adalah babak di mana budak tahfiz marah pada dia (Syafie) dan cuba halau keluar dari tahfiz disebabkan kisah silam yang pernah menjadi mak nyah.

“Kiranya itu babak budak tahfiz ugut dia tinggalkan pusat tahfiz itu. Pendek kata, mereka sudah salah tafsir apa yang tular,” katanya.

Katanya, dia tidak tahu dari mana mereka mendapat gambar paparan skrin Fezrul Khan dan Syafie Naswip yang dianggap sedang meliwat.

“Kami dalam siasatan siapa yang bocorkan. Sebab, kalau ikutkan hanya pihak saya, penyunting, pengarah, penerbit dan RTM saja yang ada benda ini. Tak pasti kerja siapa.

“Apabila keluarnya gambar ini, lagi orang berfikir negatif. Ia menguatkan lagi tafsiran mereka mengatakan aktiviti meliwat dalam pusat tahfiz,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzil menghormati dan memuji tindakan segelintir pihak yang menyatakan tanda protes terhadap penerbitan telefilem itu.

“Apabila mereka tengok poster ini, mungkin ramai beranggapan kita buat aktiviti LGBT dalam pusat tahfiz. Sebab itu mereka marah. Hinggakan ramai ustaz memuat naik mengenai perkara ini.

“Tindakan mereka bagus untuk agama kita, kerana mempertahankan Islam. Semua orang bercakap, kecam dan bantah. Bagi saya ia bagus sebab memuliakan pusat tahfiz,” katanya.

Baginya, ia antara langkah pencinta agama untuk mempertahankan agama.

“Betul apa yang mereka buat disebabkan oleh gambar ini dan ‘review’ daripada orang yang belum tonton cerita ini lagi.

“Daripada hasil pembacaan mereka, maka wujudlah petisyen dan pelbagai lagi. Tapi bagi pihak kami, ia belum ditayangkan lagi. Tak boleh nak nilai ia salah,” katanya.

Susulan itu, Fadzil berkata, pihaknya dipanggil RTM untuk berbincang mengenai isu itu pada Selasa depan.

“Selasa ini kami ada mesyuarat bersama pihak RTM berhubung isu ini. Mungkin ada nasihat daripada mereka. Jadi, kena tunggu,” katanya.

“Kami tidak tahu siapa yang memulakan kontroversi ini kerana sejak awal, produksi dan pelakon, termasuk Syafie sendiri, sudah berkongsi gambar di lokasi penggambaran sekitar Mei lalu, tetapi tiada siapa pun memperkatakannya.

Kebetulan ketika cerita Syafie putus tunang, ia serentak dengan jadual pengedaran poster rasmi drama ini yang membuatkan beberapa pihak menyangka kami sengaja menangguk di air keruh, sedangkan kerja promosi perlu dilakukan bersandarkan jadual memandangkan tarikh siaran di RTM semakin hampir.

“Lagi pun, tiada sebarang babak di dalam pusat tahfiz yang menunjukkan elemen songsang mahu pun menonjolkan lelaki berpakaian wanita kerana kami mengikuti syarat ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan RTM, bermula daripada tugasan praproduksi hinggalah penggambaran tamat. 

“Apa pun, kelulusan daripada LPF membuktikan telefilem ini sudah mematuhi syarat dan kami tidak berasa takut atau tergugat kerana apa yang kami lakukan ini hanya dengan niat menyebarkan dakwah, bukan cuba mencetuskan kontroversi,” demikian kata penerbit Eksekutif Prokuya Studios, Yana Samsudin.

Yana menjelaskan promosi dan gambar drama lakonan Syafie Naswip itu sudah dikongsi menerusi laman sosial sejak kerja penggambaran bermula sebelum Ramadan lalu, namun kontroversi tercetus hanya selepas isu putus tunang pelakon utamanya diperkatakan ramai. 

 

 

Prokuya Studios tiada niat mencetuskan provokasi dengan mengangkat tema lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di pusat tahfiz menerusi drama berjudul ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’, sebaliknya ia dijadikan polemik segelintir pihak yang mendapat maklumat salah mengenai plot cerita. Katanya, menerusi drama arahan Eyra Rahman itu, tiada sekelumit adegan semburit atau watak lelaki berperawakan wanita di dalam pusat tahfiz seperti didedahkan sebuah portal, malah sinopsis cerita dikongsi di laman sosial berkenaan juga tidak benar. Telefilem itu turut menampilkan pelakon, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Aman Graseka dan Sheila Mambo. Isu berkaitan telefilem itu hangat menjadi bualan hingga ada pihak mencadangkan supaya diadakan petisyen agar siarannya dibatalkan, selepas syarikat produksi terbabit didakwa tidak sensitif apabila memaparkan elemen budaya hidup songsang di sebuah pusat keagamaan.

Terdahulu, perkara berkenaan mula diperkatakan sebaik sahaja berita mengenai Syafie ditahan polis, minggu lalu, susulan kes memukul bekas tunang kononnya gara-gara wanita terbabit memberi nasihat supaya dia menjauhi hubungan terlarang.

Sementara itu, pihak Prokuya Studios juga bakal membuat siasatan dalaman berhubung penyebaran gambar di laman maya yang menunjukkan babak kononnya berlaku di dalam pusat tahfiz, sedangkan ia hanya fitnah dalang penyebar.

“Kami sendiri tidak tahu bagaimana ‘footage’ berkenaan boleh sampai ke tangan individu itu dan lebih lucu, dia membuat sinopsis sendiri bersandarkan gambar berkenaan, sedangkan hakikatnya ia bukan seperti dihebahkan.

“Dakwaan sebegitu yang memanaskan lagi isu LGBT ini, tetapi apa pun kami takkan cepat melenting. Sebaliknya, kami ambil pendekatan lebih rasional dengan melakukan siasatan dalaman untuk mencari dalangnya.

“Jika tidak tahu apa-apa, usah buat-buat cerita kerana ia boleh membawa kepada fitnah. Tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Kita sama-sama hormati keputusan LPF kerana panel di dalamnya adalah mereka yang arifm termasuk ahli agama.

“Bukan mahu memuji produk sendiri, namun isu semasa yang kami tonjolkan ini dari perspektif berbeza. Saya pun enggan peduli dengan caci maki segelintir pihak, tetapi melihatnya dari sudut positif apabila ramai tampil memberikan sokongan,” kata Yana yang juga seorang pelakon dan pengacara itu lagi.

5 August 2019

RAYU TANGGUHKAN ‘DTAB’ – NGO MINTA RTM JEMPUT WAKIL AGAMAWAN PRATONTON

“Keresahan masyarakat terhadap telemovie ini mula timbul apabila poster iklan dan sinopsisnya mula diviralkan kepada umum sehingga mengundang pelbagai persepsi dan tanggapan. Kami minta satu sesi pratonton diadakan kepada pihak berkepentingan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim dan NGO Islam seperti kami sebelum telemovie tersebut disiarkan kepada umum.”Jika perlu, penayangan telemovie yang telah membuka medan perdebatan hangat ini perlu ditangguhkan sehingga kata sepakat dengan pihak berkepentingan diperolehi,” demikian kata Jawatankuasa Bertindak NGO Pendidikan Islam yang meminta Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menjemput wakil berkepentingan untuk menonton terlebih dahulu telefilem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ (DTAB) sebelum ditayangkan kepada umum.

Menerusi satu kenyataan, Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) iaitu Manolito Mohd Dahlan turut berharap telefilem itu ditangguhkan tayangan sehingga mendapat kata sepakat daripada semua pihak.

Jawatankuasa Bertindak NGO Pendidikan Islamini diwakili oleh Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas), Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam), Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Sahsiah Ummah Malaysia (Pengasuh) dan Pertubuhan Ayahda Penyatuan Islam Malaysia (Papim).

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Manolito berkata keresahan dan kebimbangan masyarakat terhadap telefilem itu ada asasnya memandangkan kebelakangan ini terdapat kecenderungan kalangan tertentu memburukkan institusi Islam dan agama Islam amnya. Malah, dia turut meminta mana-mana penggiat seni merujuk kepada ahli agama sebelum menerbitkan sesuatu karya supaya tidak mendatangkan keresahan kepada masyarakat.

“Kami sangat prihatin dengan keresahan masyarakat Islam terutama pencinta pendidikan tahfiz Al-Quran berhubung penerbitan telemovie ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ ini. Sesuai dengan semangat musyawarah dan tabayyun yang dituntut Islam, besarlah harapan kami jika pihak penerbit dan RTM segera membuka pintu rundingan dan muzakarah untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

“Kami juga menyeru mana-mana pihak yang menerbitkan karya seni atas nama Islam untuk siaran dan tatapan umum terlebih dahulu merujuk kepada ahli agama dan institusi berotoriti agar tidak mendatangkan keresahan masyarakat,” jelasnya.

Sign petition disini 

Share this on WhatsApp

Drama drama demi tuhan aku bersaksi, drama demi tuhan aku bersaksi digam, dtab ditangguhkan, Sinopsis telefilem demi tuhan aku bersaksi RTM

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.