Drama Telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur diteruskan dengan drama bertajuk ‘TALAK’. Lakonan Fizo Omar, Diana Danielle, Hafreez Adam dan lain-lain. Saksikan pada hari ini, 22 March pukul 10 malam di TV3.
JUDUL : TALAK
TARIKH : 22 March 2015 (10.00 malam)
SIARAN : Slot Festival TV3
SKRIP : Nana Khalil
PENGARAH : Kas Roshan
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Fizo Omar, Diana Danielle, Hafreez Adam, Reen Rahim, Fadzil Zahari
VIDEO PROMO:
LAGU TEMA / OST TALAK
Terbaik Bagiku oleh Dato Siti Nurhaliza
SINOPSIS TELEFILEM TALAK
Badrul (fizo,omar) amat mencemburui persahabatan isterinya Yasmin ( diana daniele) bersama Mukhriz, telah menimbulkan spekulasi kemungkinan Yasmin dan Mukhriz mempunyai hubungan lain yang tidak diketahui oleh Badrul. Si yasmin nih kerja pramugari. So si badrul selalu syak prasangka apa yang yasmin lakukan dibelakang dia.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari si badrul nih naik hangin dengan yasmin dia tetapkan sesiapa salah satu mereka berdua yang curang, tidur bersama pasangan lain, jatuhla talak itu.
Si badrul nih rapat dengan rina, sampailah terlanjur. So dah jatuhla talak tuh. Takut punya pasal, si bad suruh rina rahsiakan perhubungan itu. Badrul dengan yasmin dalam tempoh tiga bulan tuh dah makin baik hubungannya apabila yasmin pun sudah tidak lagi jadi pramugari. Dia jaga bahagian admin jer.
Dalam tempoh tiga bulan tuh, si rina tuh bagitahu yang dia sudah mengandung hasil perhubungan sulit dengan badrol. Badrol sangat takut dan bimbang. Dia mahu si rina gugurkan kandungan itu. Tetapi rina tak mahu. Sebaliknya rina cuba mendekati yasmin, tapi dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Masalah yang terjadi ialah si badrul tidak menyelesaikan masalah ini dengan segera dan tidak jujur. Keadaan jadi makin rumitlah kan. Apepun lama-lama mesti kantoi punya. Bila dah kantoi, makin serabut jadinya.
Yasmin tak mahu lagi bersama dengan badrol. Dia pasrah atas apa yang berlaku. Yasmin tidak mahu rina gugurkan kandungan itu kerana kandungan itu tidak bersalah. Kerana mahu menutup air muka fizo, tidak harus jadinya perbuatan menggugurkan kandungan itu. Yasmin menyuruh badrol bernikah dengan rina dan mulakan hidup baru.
Yasmin tak mahu lagi bersama dengan badrol. So, moralnya ialah, jangan main-main dengan talak nih. Ia sangat bahaya. Takut sebenarnya bila nak cakap perkataan itu. Fuhh sebolehnya jangan curang tuh pun satu. Percayalah dengan pasangan masing-masing. Berbincanglah terlebih dahulu. Jangan terus menghukum tanpa kita selidik dahulu. Sekian terima kasih.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Noriza Rahman says
Baru tengok ahad lepas, memang tak boleh main-main la talak ni kan..dalam kita tak sedar pun boleh duk cakap talak