Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh Street Vendeta rtm2

Sinopsis penuh Street Vendeta rtm2

Zik · Sep 3, 2015 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

street vendeta novel, Ahha.. Street Vendetta TV2 Bersiaran Malam Ini [02.09.2015]. Drama terbaru menggantikan drama Silir Kasih. Drama ini diterajui oleh pelakon yang kian popular iaitu syarul Ridzwan dan Nad zainal. Bakal bersiaran jam 9.00 malam nanti hanya di tv2 Street Vendetta Episod 1 Malam ini. 
Sinopsis sikit Novel Street Vendetta
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu.
 

JUDUL : STREET VENDETTA
EPISOD : 26 episod
TARIKH / MASA : Selasa-Khamis, 9.00 malam
SIARAN : TV2 (RTM)
NOVELIS : Mazni Aznita
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
PENGARAH : Malek Rahman
TERBITAN : MDAG Marketing Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Syarul Ridzwan, Syatilla Melvin, Erry Putra, Fadilla Mansur, Rahim Jailani, Jasmin Hamid, Normah Damanhuri, Marissa Yasmin, Aznah Hamid, Falisha Crossley, Hanis Kamal, Dayana Roza

WATAK PELAKON
Syarul Ridzwan sebagai Kojie/ Fakruzi
Nad Zainal sebagai Anabella
Erry Putra sebagai Iqbal Hadzri
Syatilla Melvin sebagai Mira/Tumirah Kuncup
Normah Damanhuri sebagai Nenek Telangkai/Nenek Puteh
Falisha Crossley sebagai Dian Sastrowidoyo
Fadillah Mansur sebagai Mak wan
Marrissa Yasmin sebagai Puan Sofea/MakTeh
Hanis Kamal Bakar sebagai Furqan
Rahim Jailani sebagai Dato Abdullah
Jasmin hamid sebagai Datin Marina.
Dayana Roza sebagai Nora
Aznah Hamid sebagai Mak Tun

LAGU TEMA / OST STREET VENDETTA
Lagu: Hanyalah UntukMu
Penyanyi : Marsha Milan Londoh

SINOPSIS NOVEL STREET VENDETTA

Mengisahkan entang Anabella (Bella) seorang gadis yang boros dan suka berhutang keliling pinggang. Walaupun hanya seorang anak petani, namun gaya hidup Anabella persis anak-anak orang kaya yang suka bergaya dengan pakaian dan barangan berjenama. Kehidupan Anabella di kota dipengaruhi oleh teman serumahnya Nora yang merupakan anak orang berada. Disebabkan hutangnya, Anabella gagal menjelaskan bayaran keretanya menyebabkan dia diburu pihak bank. Kojie dihantar untuk menarik kereta Anabella yang sudah berbulan tidak berbayar. Namun pertemuan mereka mencetuskan pelbagai insiden apabila Anabella dengan sengaja cuba mengelak diri dari Kojie. Pelbagai usaha dilakukan Anabella sehingga menimbulkan kesusahan pada diri Kojie yang menganggap Anabella perempuan ‘gila’ yang culas mahu membayar hutang.

Suatu hari kerana kerap dipermainkan, Kojie nekad mahu menunggu Anabella dan bersemuka dengan gadis itu. Namun kerana hujan, dia lantas berlindung di dalam kereta Anabella yang ketika itu tidak dikunci sehingga tertidur. Anabella pula tiba-tiba menjadi suspek rakan-rakan sepejabat kerana masalah hutang yang membelenggunya. Dia menerima panggilan telefon dari Iqbal. Lelaki yang diminatinya sejak zaman sekolah. Tapi kegembiraannya kerana menerima panggilan itu terjejas apabila dia mendapat khabar Iqbal akan melangsungkan pertunangan dengan Tumirah Kuncup aka Mira, rakan sekolah yang menjadi seterunya dalam merebut Iqbal. Tanpa berfikir panjang dia nekad mahu ke Cherating untuk menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira. Keretanya dipandu menuju ke satu destinasi tanpa menyedari Kojie berada di dalam keretanya ketika itu. Namun apabila dia tersedar, segalanya sudah terlewat. Kojie terpaksa dibawanya bersama ke Cherating untuk menjalankan misinya meski perjalanan mereka penuh dengan pelbagai peristiwa tak diduga. Termasuklah insiden memberi tumpang seorang wanita tua yang disangka hantu.

Ketika di Cherating, Anabella merancang mahu menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira dengan pelbagai cara dengan bantuan Kojie. Antaranya dengan mensabotaj Mira yang alergik dengan kapus barus menyebabkan tubuh gadis itu mengalami gatal-gatal dan bengkak seluruh tubuh. Akibatnya majlis yang terpaksa dilangsungkan keesokan harinya terpaksa dibatalkan. Mira yang kecewa menuduh Anabella menjadi puncanya. Pergaduhan tercetus dan tanpa disedari Iqbal mendengar tentang isi hati Anabella terhadapnya serta salah faham mereka yang rupa-rupanya diakibatkan oleh Mira. Mendengar tentang Mira yang menjadi punca perpisahan mereka beberapa tahun yang lalu, hati Iqbal mula tawar terhadap Mira dan bercadang mahu memulakan semula hubungannya dengan Anabella. Hakikat ini membuatkan Kojie yang diam-diam mula menyukai Anabella kini merasa cemburu. Apabila Anabella lari bersama Iqbal, Kojie merasa kecewa.

Lima bulan kemudian, Anabella yang berhenti kerja pulang ke kampungnya. Dalam tempoh itu, dia sering merindui Kojie. Suatu hari Anabella mendapat khabar dari majikannya yang menawarkannya peluang untuk bekerja semula. Dia ditawarkan jawatan pembantu di Trans-Corporation, syarikat induk yang sudah lama diidaminya. Anabella ke Kuala Lumpur semula untuk memulakan tugas. Insiden dompet yang dicuri membuatkan dia bertembung dengan Fakruzi dan adiknya Furqan yang agak nakal. Namun iras wajah Fakruzi yang mirip dengan Kojie membuatkan Anabella keliru. Di Trans-Corporation sekali lagi dia bertemu dengan Fakruzi yang secara kebetulan adalah anak kepada Datuk Abdullah, majikannya di pejabat baru. Anabella semakin mengesyaki Fakruzi dan Kojie adalah orang yang sama. Pelbagai helah dilakukannya agar Fakruzi mengaku dirinya Kojie, namun lelaki itu berlagak seperti langsung tidak mengenalinya. Lebih menghairankan, Fakruzi seperti mengalami apa yang dipanggil ‘short-term memory loss’. Akhirnya Anabella mengalah dan menganggap Fakruzi hanya mirip dengan Kojie dan tak lebih dari itu.

Kehadiran Anabella di pejabatnya membuatkan Fakruzi sering memberi perhatian berlebihan terhadap anak gadis itu. Apatah lagi apabila Anabella ditugaskan sebagai pembantu peribadi Puan Sofea, adik ayahnya di Trans-Corporation. Mereka kerap bertembung dan mengalami pelbagai insiden melucukan sehinggakan diam-diam Fakruzi mula menyukai gadis itu. Namun apabila mereka bertemu, Anabella kerap tersasul memanggilnya Kojie membuatkan dia mula merasa hairan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui Kojie yang sering disebut Anabella mirip dengan wajahnya. Anabella juga semakin keliru apabila mengetahui tentang kembar Fakruzi yang dikatakan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Meskipun Fakruzi mengaku jatuh cinta padanya, namun hati Anabella belum mampu melupakan Kojie.

Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.

 

credit to infotaip.blogspot.com

 

EPISOD : 26 episod
TARIKH / MASA : Selasa-Khamis, 9.00 malam
SIARAN : TV2 (RTM)
NOVELIS : Mazni Aznita
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
PENGARAH : Malek Rahman
TERBITAN : MDAG Marketing Sdn Bhd
WATAK PELAKON
Syarul Ridzwan sebagai Kojie/ Fakruzi
Nad Zainal sebagai Anabella
Erry Putra sebagai Iqbal Hadzri
Syatilla Melvin sebagai Mira/Tumirah Kuncup
Normah Damanhuri sebagai Nenek Telangkai/Nenek Puteh
Falisha Crossley sebagai Dian Sastrowidoyo
Fadillah Mansur sebagai Mak wan
Marrissa Yasmin sebagai Puan Sofea/MakTeh
Hanis Kamal Bakar sebagai Furqan
Rahim Jailani sebagai Dato Abdullah
Jasmin hamid sebagai Datin Marina.
Dayana Roza sebagai Nora
Aznah Hamid sebagai Mak tun
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment cerita penuh street vendeta, ost lagu street vendeta, senarai penuh pelakon street vendeta, sinopsis penuh street vendeta, street vendeta, street vendeta adaptasi novel rtm2, street vendeta rtm2, tonton online street vendeta rtm2

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.