Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh hajat tv3

Sinopsis penuh hajat tv3

Zik · Mar 30, 2015 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Saksikan telefilem HAJAT pada hari Ahad ini, lakonan hebat Ungku Ismail dan Wan Sharmila. Sebuah kisah nukilan Nur Shafikah Kamaruzaman arahan Raja Ahmad Alauddin. Ditayangkan pada 29 Mac 2015, Ahad jam 10 malam di slot Festival TV3.

TAJUK : HAJAT
TARIKH : 29 Mac 2015 (Ahad, 10.00 malam)
LIVE : Slot Festival TV3
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
IDEA ASAL : Nur Shafikah Kamaruzaman
SKRIP : Azlina Pa’wan
PELAKON : Ungku Ismail, Wan Sharmila, adik Muhammad Airil Azimi, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari

SINOPSIS TELEMOVIE HAJAT tv3 drama dfkl

Dilla (Wan Sharmila) dan Imam (Ungku Ismail) berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Dilla melahirkan anak sulung mereka, Haykal. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta pada usia muda. Dilla selalu merungut tetapi Imam menegaskan bahawa semua itu adalah rancangan jangka panjang.

Perancangan yang Imam buat memang bijak tetapi memerlukan pengorbanan yang besar. Tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar dan bermasam muka. Haykal ditinggalkan bersama ibu bapa Imam, Ismail dan Lili yang mengamalkan cara hidup moden. Haykal dididik supaya menjadi cerdik. Namun, didikan agama tidak dititikberatkan.

Konflik bermula apabila ibu bapa Dilla, Ahmat dan Lijah datang menziarah rumah mereka. Mereka berdua tegur Imam yang meninggalkan solat. Bimbangkan Haykal membesar tanpa didikkan agama, Ahmat dan Lijah mengajar Haykal dengan cara menakut-nakutkan Haykal melalui gambaran seksaan di neraka. Bayangkan kiblat rumah pun tak tahu. Muka jadi cuak. Bapak Dilla nih dah tahu si imam nih didikan agama memang kurang banyak. Masa time nak akad nikah, juru nikah tanya doa qunut pun tak tahu. Qunut panjang… Quuunnuuuttt.. Parah nih.

Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur Dilla, Imam serta datuk dan neneknya yang lalai dalam soal agama. Ibu bapa Imam mengadu dengan Imam lantas tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla. Bukan diaorang jer, mertua belah dilla dan imam perperang mulut jugak. Mak ayah Imam hanyut dalam duniawi. Memang diaorang tak pernah sembahyang. Itulah sebab imam jadi macam tuh.

Bila dah jadi macam nih, memang susahla nak bawak berbincang. Masing-masing ego. Tak nak terima teguran dalam hal agama nih bukan boleh main-main. Sebagai jalan penyelesainan, keluarga Dilla menyuruh Dilla bercerai dengan Imam kerana mereka merasakan Imam bukan seorang suami yang mampu membimbing isterinya.Hanya sedap nama imam tuh jer. Huhu.

Haykal jatuh sakit.

Dalam kekeliruan itu, Dilla terdengar Haykal berdoa, meminta disatukan kembali ibu dan ayahnya dan agar semua boleh solat bersama-sama seperti di masjid. Tiba-tiba Haykal jatuh sakit, demam panas yang teruk. Mulanya disangkakan demam rindu, tapi keadaan makin teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Apakah hajat Haykal bakal tercapai? Adakah Imam akan berubah karah kebaikan?? Entahla….

Dalam pada itu imam bermimpi di haykal telah meninggal dunia. Dalam tengah bersedih, mayat haykal bangun dan berkata ini salah ayahnya. Bertempiaran semua lari. Termasuklah ayahnya imam terkejut terus pengsan.

Ada hiknya jatuh sakit itu, Imam dan keluarganya berubah kearah kebaikan. Doa haykal Allah perkenankan. Ketika haykal disuruh makan dia tak mahu. Dia hanya mahu ayahnya imam sembahyang berjemaah bersama-sama. Perggh memang mahu besar beb. Apepun ada hikmahnya semua tuh. Aku ambil pengajaran dari cerita macam ini. Syabas !!

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment, Kekeluargaan, Kerohanian/Keagamaan hajat, hajat pelakon tv3, hajat tv3, pengajaran cerita hajat tv3, senarai penuh pelakon cerita hajattv3, sinopsis penuh cerita hajat tv3, tonton online hajat tv3, youtube hajat tv3

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.