Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis penuh drama Saat Kau Takluk Cinta ini, Idris khan ft Intan Najwa

Sinopsis penuh drama Saat Kau Takluk Cinta ini, Idris khan ft Intan Najwa

Zik · Dec 22, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

saat kau takluk cinta ini,

Tajuk dia tengok macam huyyo,tapi kita tak tahu ok ke tak. Sebab drama banyak klise. Tetapi ini adalah dari adaptasi novel. Adakah ianya setanding dengan novel dalam pembacaan bagi penggemar baca novel tuhla.

Saat Kau Takluk Cinta Ini ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Zamri Zakaria, dibintangi oleh Idris Khan, Intan Najuwa dan Syazwan Zulkifly. Gandingan kali kedua buat Idris khan dan Intan Najuwa sebelum ini drama Tuan Danial. Drama berepisod ini telahpun bermula tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 20 Disember 2021 menggantikan Cukup Derita Itu (yang sangat stresss).   

Genre : CINTA , KONFLIK

Novel: Adaptasi novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra

Pengarah : Zamri Zakaria

OST :

  • Takluk Cinta nyanyian Hafiz Suip
  • Takdir nyanyian Aliff Iskandar
  • Jumlah Episod : 15

Slot : Samarinda.

Penerbit : Jaja Ishak, Kembara Sufi Sdn Bhd,

SINOPSIS SAAT KAU TAKLUK CINTA INI.

Mengisahkan Haira Melissa (Intan Najwa) telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal (Idris Khan).

Rahhal dia ada pendidikan belajar sampai Universiti. Tambahan itu, dia sebenarnya dah dapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi sebab dia fikir orang  tua dia, Hajah Damiah (wan Maimunah) telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu. Sini ktia respect dia sebagai orang yang pentingkan keluarganya.

RAHHAL DIHALAU KELUAR DARI RUMAH PUSAKA.

Akan sampai satu masa nanti Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah kena halau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril (Syazwan Zulkifli) yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.

Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira? Apa rahsia yang dia simpan sebenarnya? Lambat laun pasti akan terbongkar juga, bila dah terbongkar, adakah Rahhal akan terima Haira seadanya? Jeng-jeng.

 

Pelakon dan Watak. 

  • Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
  • Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
  • Wafariena Roslan sebagai Kamelia
  • Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
  • Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
  • Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
  • Farhan Asri sebagai Rafael
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
  • Edika Yusof sebagai Dato Zhar
  • Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
  • Qazem Nor sebagai Hamad
  • Raja Noor Baizura sebagai Puan Sally
  • Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
  • Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
  • Raja Azmi sebagai Mak Jah
  • Ariell Izz sebagai Faizal
  • Asyiqin Zaed sebagai Nelly
  • Nurhazirah Zulkifli sebagai Syasya
  • Sri Idrina sebagai Ezaty
  • Abdul Hadi Ibrahim sebagai Azwan
  • Saifullah Mohd Ghazali sebagai Gazi

Episod 1.

Haira dah membawa diri dan nak cari kawan dia iaitu Khadijah. Dah sampai kampung yang dia cari tuh, tetapi tak tahu kat mana kawan dia tinggal tuh.Hujan lebat pulak tuh, dan kebetulan handphone pun mati , tak sempat nak cas. Dia lepak kat satu pondok tuh. Jumpalah dengan Rahhal tuh. Dia explain kdekat Rahhal apa jadi (tapi tak semua dia cerita). Rahhal pun setuju tinggal di rumah dia buat sementara waktu.

Episod 2.

Dah dua tiga hari jugak, dia tinggal akhirya jumpa jugak kawan dia tuh. Cuma kawan dia tuh syak apa-apa mungkin Haira nih kelentong agaknya. Dia suruh duduk dirumahnya, tapi dia sebab sekarang tinggal di rumah makcik rahhal , dia kena inform cerita dulu macam mana. Dia kena kacau , tapi abang janggut lencai maa. Apa jadi selepas itu?? jeng-jeng.

Share this on WhatsApp

Drama Idris khan ft Intan Najwa, saat kau takluk cinta ini drama, saat kau takluk cinta ini ep 1, saat kau takluk cinta ini episod 2, saat kau takluk cinta ini full episode, saat kau takluk cinta ini kepala bergetar, saat kau takluk cinta ini online, saat kau takluk cinta ini pelakon, saat kau takluk cinta ini sinopsis, Sinopsis drama Saat Kau Takluk Cinta ini, Sinopsis penuh drama Saat Kau Takluk Cinta ini

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.