• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh drama hero seorang Cinderella

Sinopsis penuh drama hero seorang Cinderella

Zik · May 21, 2017 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
hero seorang cinderella,
Sepatutnya heroin drama ini dengan Neelofa, memandangkan ada masalah dan dia pun tak sempat katanya. Eh lantaklah.
Drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella karya Anjell yang akan disiarkan di slot Mega Drama (Astro Ria). Pelakon utama oleh Fattah Amin dan Fazura. Drama bersiri arahan Michael Ang ini juga dibintangi pelakon seperti Uqasha Seinrose, Datin Zizie Ezette dan Jasmine Suraya. Akan ditayangan bermula 22 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khais pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.
Tajuk : HERO SEORANG CINDERELLA 
Total Episod : 24 episod
Tarikh Mula : 22 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENULIS NOVEL : Anjell
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd

Senarai Pelakon 
  • Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
  • Nur Fazura sebagai Nura Medina
  • Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar
  • Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
  • Fikry Ibrahim sebagai Farizzam
  • Aedy Ashraf sebagai Darius

SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA 

Drama ini mengisahkan seorang Cinderella bernama Nura Medina (Nur Fazura) dan hero, Tengku Ian Uzzam (Fattah Amin).

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar (Zizie Ezette) dan kakak tiri, Puteri Emallyn (Uqasha Senrose) selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.
Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.
Cerita nih takdalah berat mana pun. Tapi medina yang dilakonkan oleh Fazura dilihat begitu baik sekali. Dia masih lagi belajar, berbanding puteri duk rumah, repair dia punya kuku dia tuh. Bajet ala-alat puteri, menghabiskan duit ayahnya jerla. Bapaknya pun macam tak berapa nak endah tak endah jer.
Watak datuk azizan nih macam tersepit sebenarnya. Dia nak backing anak dia atau isterinya. Itu jer. Tapi sebab dia nih kaya, selalu expect yang sebaiknya.
Puteri nih dilihat lebih gedik-gedik jer. Watak yang menyampah lah orang tengok.
Datin mawar pulak , suka sangat menghasut suaminya. Dah la bajet bagus jer. Dia berpakat dengan anaknya puteri nak keluarkan medina dari rumah dia. Dia juga nak merampas tengku uzam agar kahwin dengan puteri. Sebab apa,? pasal duit. Tapi adakah uzzam akan terpedaya dengan tipu daya mereka berdua ini? Permainan diaorang memang licik. Tapi kadang-kadang kesian jugak. Kadang-kadang baik, tapi baik ada mee disebalik udang. Kena hati-hati.
Medina. Gadis yang kental. Cinderella moden. Memanglah bukan gadis yang perfect, tetapi dia seorang yang mudah memaafkan orang. Cepat cair, walaupun mulut menafikan. Apa-apa rahsia dia semua cerita dekat kawan baik dia.
Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?
Ibu medina masih hidup? Hurm.. menarik disitu.
Sinopsis dari novel drama hero seorang Cinderella.

Aku beli semasa ke Danga City Mall, JB. Kebetulan pulang ke kampung halaman pada minggu itu, terus aku masukkan novel ni ke dalam to-buy aku. Hari ini (09.05.2016) aku menamatkan pembacaan. Sebuah buku yang aku rasa worth untuk aku review di blog. Mungkin aku tidaklah reti nak review dengan cara sebenar. Maafkan aku ya.

Seperti karya-karya Anjell yang sebelum ni, HSC tak lari daripada tema orang yang ada-ada. Lelaki kaya, kacak, baik… watak idamanlah kiranya. Tetapi aku tak pernah bosan dengan watak-watak seperti ini kerana… itulah fantasi yang seronok dibaca dan diangankan. 😉

Nura Medina anak gadis Datuk Azizan. Hidup bersama Datin Mawar, mama tiri yangmomster dan Puteri, kakak tiri yang irritating, dia digambarkan seperti seorang Cinderella. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat. Tambahan pula, sikap Datin Mawar yang sentiasa berlagak baik dihadapan Datuk Azizan sambil mencucuk jarum menyebabkan Datuk Azizan buta mata, buta hati.

Tengku Ian Uzzam @ Ku Zam pulang ke Malaysia untuk melaksanakan amanat ayahnya. Setibanya di Malaysia, keluarga Datuk Azizan sudah bersiap-siap membuat majlis untuk menyambut Ian. Sewaktu Ian dan Farizzam, adik angkatnya tiba, Ian terdengar pembulian yang berlaku terhadap Medina yang dilakukan oleh Datin Mawar dan Puteri. Tiba idea nakalnya untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan. Untuk menyelamatkan Medina juga untuk melihat drama dunia, dia menukar watak daripada Ku Zam menjadi Ian dan Farizzam dipaksa memegang watak sebagai Ku Zam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Menjadi besan dengan keluarga Tengku Ismadi merupakan cita-cita Datin Mawar. Padanya, segala harta Datuk Azizan pasti akan jatuh pada Medina memandangkan Puteri hanyalah anak tiri. Jadi demi menjamin kebahagiaan anaknya, Datin Mawar melancarkan misi untuk menjadikan ‘Ku Zam’ sebagai suami Puteri tanpa mengetahui Ian merupakan Ku Zam sebenar.

Sikap Ian yang ramah dan mesra menyebabkan Medina akhirnya menerima Ian sebagai rakan. Tiba di satu hari, Tengku Ismadi pulang ke Malaysia untuk membuat pengumuman mengenai Ku Zam yang akan mengambil alih perniagaannya. Pada saat inilah semua lakonan terbongkar.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

 

Mendapat tahu lakonan Ian, Medina kecewa. Namun rajuknya tidak panjang bila Ian berjaya berjumpa dan bersemuka dan memohon maaf. Satu sikap yang aku suka dalam diri hero dan heroin ni adalah tidak bergaduh dengan meleret-leret.

Mereka terus berkawan seperti biasa. Namun mendapat tahu Farizzam bukanlah Ku Zam sebenar dan Ku Zam berkawan baik dengan Medina, Datin Mawar tidak puas hati. Puteri pula yang pada waktu itu sudah mula berputik rasa suka pada Farizzam melupakan perasaannya. Perangkap dipasang dan Medina tertangkap bersama seorang lelaki di dalam biliknya sendiri! Kesucian Medina diragui. Dia dihalau oleh ayahnya sendiri seperti mana ibunya pernah di halau 23 tahun dahulu. Dan pada saat inilah Ian perlu membuktikan yang dia tergolong dalam 0.1% itu!
Apa amanat Tengku Ismadi kepada Ian? Apa yang berlaku pada ibu Medina 23 tahun yang lalu? Cukup sampai sini aku menulis. Seperti biasa, review tidak akan habis demi menyokong novel penulis di pasaran. It’s a worth reading. Tak pernah bosan dengan tulisan Anjell. Cuma biasalah, novel Anjell ni tebal sedikit.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment hero seorang cinderella, sinopsis drama hero seorang cinderella, Sinopsis penuh drama hero seorang Cinderella, tonton online hero seorang cinderella

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021
  • Live streaming Uitm fc vs Terengganu liga super 6.3.2021
  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Arts & Entertainment

Sinopsis baby ana milik siapa episod 7, tv3

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSarah tup-tup dah keluar dari rumah yang diang…

Arts & Entertainment Kekeluargaan

Live streaming final ceria megastar 4.5.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Hari ini merupakan penentuan konsert akhir ce…

Arts & Entertainment

Live streaming af megastar minggu ke 2 2017

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Minggu lepas kita dah ketahui 12 peserta yang…

%d bloggers like this: