Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis Penuh Drama Akasia Dia Isteri Luar Biasa

Sinopsis Penuh Drama Akasia Dia Isteri Luar Biasa

Zik · May 15, 2015 · 4 Comments

Share this on WhatsApp
DILB final
Hati perempuan dah pun habis nih, ini pengganti cerita baru nih ha. Ahah, cerita baru lagi slot akasia nih ha. Apa tajuknya nih iaitu Dia Isteri Luar biasa. Apa barang tajuk dia nih?? cerita dia macam mana nih?? Ada bagus ka?? Sekali lagi novel karya Umie Nadzimah popular novelis akan menghiasi slot Akasia TV3 dengan drama berjudul ‘Dia Isteri Luar Biasa’. Sebelum ini karya beliau pernah muncul di slot Akasia 1 tahun lepas masa sebulan sebelum dan bulan puasa melalui drama bersiri ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ dibintangi Izreen Azminda dan Amar tuh ha.

 

So, couple untuk pelakon Hero dan Heroin untuk drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nur Fathia. Turut dibantu oleh pelakon-pelakon hebat seperti Keith Foo, Uqasha Senrose, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi. Drama ini akan mula bersiaran bermula 18 Mei 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di TV3. So harapan penonton tv tiga nih selalu meninggi setinggi awan, mengharapkan jalan cerita dia bagus, serta ada moral yang penting tuh. Tajuk pun dah gempak sebenarnya, dia isteri luar biasa.JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA
EPISOD :
TARIKH : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza dan lain-lain. Haha

Senarai nama pelakon dan watak utama.

  • Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar
  • Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
  • Keith Foo sebagai CikKem
  • Nonny Nadirah ebagai Eda
  • Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
  • Ardell Aryana sebagai Nora
  • Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
  • Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
  • Syatilla Melvin sebagai Razita
  • Raja Farah sebagai Dr Adibah
  • Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
  • Leez Rosli sebagai Fatiha
  • Alexx Yanz sebagai Shahriman
  • Lia Asmizza sebagai Aisyah
  • Azza Elite sebagai AdawiyahLAGU TEMA / OST
    Tajuk Lagu: Potret
    Artis : Akim And TheMagistrate
    Link : http://goo.gl/meRgvS
SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.
Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?
Sinopsis Novel:Ada yang sama, ada yang lain sedikit dari awal yang lepas. Huhu
Ini novel ke empat yang saya miliki. Novel sentuhan penulis Umie Nadzimah kita sedia maklum pengisiannya lebih kepada menyulami kasih sayang dan kekeluargaan . Setia karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Tak hairanlah novel Kerana terpaksa aku relakan terpilih dalam drama adaptasi tak lama lagi. Lupakan cerita tentang drama , fokus pada novel ni . Novel yang mempunyai 616 muka surat ini mempunyai cerita tersendiri .Meyusuri episod kehidupan Dewi Yusra yang mencari “suami sementara” (SS) bertujuan  untuk mendapatkan anak. Dewi beranggapan dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah pergi klinik pakar perbidanan dan sikit puan untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF untuk memenuhi impian memiliki anak sendiri. Masalah kewangan bukanlah alasan kerana Dewi mewarisi perniagaan NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda. Tiada Klinik yag bersanggupan untuk menerima tawaran dari Dewi kerana takut lesen klinik mereka ditarik balik kerana melakukan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang. Namun Dewi tidak berputus asa untuk merelisasikan impaiannya. Dewi bertemu dengan sahabat baiknya Kamarul atau lebih mesra dengan panggilan Cik Kim untuk mencari calon suami sementara.

Dewi meminta lelaki yang ingin menjadi suami sementara mestilah lelaki yang tinggi , maco , kacak , putih , genetik baik-baik , tak tinggal sembahyang dan tak tinggal puasa. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan membuatkan Dewi pening kerana lelaki yang dipertemukan untuk suami sementara bukan stok pilihan. Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Persahabatan yang terjalin di zaman U lagi Dewi hanya menganggap Kamarul sebagai kawan baiknya tak lebih dari itu. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya. Oleh kerana mulut Nina yang macam bertih jagung sedikit sebanyak menghiburkan hari Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar memudahkan lagi impiannya, Dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dalam pemerhatian Dr. Raden Amzar, Dewi gadis istimewa hingga Dr. Raden Amzar menggelar Cik Dewi Bravo dengan gaya yang tersendiri. Pada Dewi Dr. Raden Amzar adalah lelaki edisi terhad yang dicari.

Rancangan Dewi ingin memerangkap Raden Amzar disuarakan pada sahabatnya Cik kim ( Kamarul ) Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Ini memaksa Dewi terus menjadi Isteri Raden Amzar. Pernikahan mereka berlangsung Di Kota Londan atas permintaan Raden Amzar. Ini kerana tidak mahu Raden Amzar tidak mahu nama buruk akan dihidu dengan kedudukan Raden Amzar sebagai pensyarah dan penyelidik tercemar dengan perkara-perkara sebegini.

Perkahwinan mereka dirahsiakan hingga Raden Amzar membawa Dewi kekampung untuk diperkenalkan pada Umie. Penerimaan Umie yang dingin pada awalnya kerana terkejut dengan berita yang diterima. Tidak pada kak Long, yang membangkang keras bila mendapat berita tentang perkahwinan Raden Amzar. Nurul Fatih calon pilihan kak Long terpaksa dilupakan. Walau bagaimanapun Kak long tidak berputus asa untuk meraih sempati Raden Amzar agar menerima Nurul Fatihah sebangai calon Isteri kedua.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, Rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Suami yang baik pasti dapat membantu isteri supaya mencintai suami hingga tidak beralih arah. Raden Amzar juga menyelami dan merawat penyakit isterinya. Membongkar sejarah silam yang dilalui oleh Dewi hingga dia trauma menerima lelaki dalam hidupnya. Melalui kawan – kawan Dr. Raden Amzar pakar psikologi . Selain itu Dr. Raden Amzar juga tahu Dewi suka melelong suaminya pada wanita-wanita diluar sana, terutama Rozita pelajarnya merangkap pembantu Dewi yang dari dulu menyimpan perasaan pada pensyarahnya.

Eda sahabatnya selama ini bergantung hidup dengan Dewi merasa cemburu bila semua rakan sekeliling memuji Dewi. Eda memang cemburu pada Dewi kerana apa yang dimiliki oleh Dewi sekarang. Eda juga sanggup berkomplot dengan Kak Long untuk menjatuhkan Dewi dan memecah belahkan hidup sahabat baiknya Dewi. Dewi yang tidak pernah berprasangka buruk malah dia menganggap Eda sebagai saudaranya sendiri.

Kerana Fitnah yang ditabur oleh Eda, Umie (mertua) percaya semua yang berlaku adalah rancangan menantunya. Kononnya Dewi mempergunakan Raden Amzar hanya untuk mendapatkan Zuriat semata-mata lebih menyedihkan bila mertua memaksa suaminya , Dr. Raden Amzar menceraikan dirinya. Dewi mencuri dengar perbualan suami dan mertuanya. Dewi merasakan Dr. Raden Amzar sudah tidak memerlukannya lagi disaat Dewi sudah menerima Raden Amzar sebagai suami sebenar bukan suami sementara. Tetapi Fitnah yang dicurahkan tidak bertahan lama bila mertua Dewi menyaksikan sendiri apa yang berlaku. Pada Dr. Raden Amzar, Dewi adalah Isteri luar biasa menyusuri hidup bersama .

Sinopsis dari kulit novel :-

SINGLE itu simple, double is trouble…

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Tak semua beb macam itu. Hehe
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy… Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” – DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar… errr… Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu…” – RADEN AMZAR.
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA… Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
copy paste to infotaip.blogspot.com , dan juga
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment dia isteri luar biasa, penghabisan drama dia isteri luar biasa tv3, senarai pelakon drama dia isteri luar biasa tv3, sinopsis akhir dia isteri luar biasa, sinopsis drama akasia dia isteri luar biasa, sinopsis drama dia isteri luar biasa, tonton online drama dia isteri luar biasa

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    May 15, 2015 at 5:26 am

    cerita isteri luar biasa dah plak.

    haha..

    macam-macam drama sekarang eh..

    Reply
  2. Uncle Zuan says

    May 15, 2015 at 10:53 pm

    huhu dah lama tak tgk tv ctr melayu

    Reply
  3. abg jem says

    May 16, 2015 at 9:29 am

    haha….yg baru habis ni pun aku sempat layan 2 episode jer…hati perempuan kot..

    Reply
  4. Noriza Rahman says

    May 18, 2015 at 7:50 am

    Tajuk dah macam-macam cerita tv sekarang ni…tapi saya tengok juga kalau pelakonnya best

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.