Sokongan peminat yang tidak henti menyokong drama spontan di YouTubenya menjadi pemangkin semangat buat pengarah muda Syahmi Sazil untuk tampil dengan satu karya ke next level, iaitu dengan lebih menyengat menerusi Mael Totey The Movie (MTTM).
Siapa tak kenal dengan Syahmi yang terkenal sebagai youtuber malaysia yang punyai sejuta lebih subsriber youtube dia. Harapnya dengan buah tangan beliau yang pertama ini jangan terus patah semangat, kalau pun gagal, jangan cepat mengalah. Terus hasilkan karya yang asli dan terbaik untuk kita teruskan dalam industri perfileman ini.
Kekal Genre Komedi.
Masih mengangkat genre drama komedi sebagai ‘rencah’ utama filem ini, MTTM akan menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.
Menurut Syahmi, watak utama dalam MTTM akan dibawa oleh dirinya sendiri selain turut mengekalkan Yoe Parey dan Asif Suhaimi.
“Sebelum ini saya ada terlibat sebagai pelakon dalam sebuah filem. Bermula dari situ, rata-rata peminat memberi galakan untuk hasilkan filem saya sendiri.
“Kebetulan memang sudah ada idea asal Mael Totey tetapi ia untuk drama bersiri bagi tayangan di televisyen.
“Selepas berbincang, akhirnya karya ini diangkat menjadi filem. Perasaan saya sangat gementar kerana ini adalah kali pertama mengarahkan filem dan berlakon sekali,” katanya.
Dalam pada itu, Syahmi juga meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk bekerjsama lebih rapat dengan barisan kru berpengalaman luas dalam penghasilan filem.
“Semoga filem pertama arahan saya ini dapat diterima penonton dan mampu menjadi pemangkin buat saya bersama tenaga produksi untuk terus berkarya,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan lakonan Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif hanya di platform media sosial tetapi kali ini mereka boleh menonton lebih lama dengan kualiti filem.
“Ini adalah sesuatu yang baharu buat industri perfileman di mana YouTuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem.
“Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya seterusnya.
“Keterujaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi respon daripada video pendek yang dihasilkan sebelum ini, tetapi juga menerusi video teaser filem MTTM yang telah dikongsikan di platform media sosial pada minggu lalu.
“Video tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ramai peminat dan penonton meluahkan rasa teruja.
“Kami harap penonton dapat berhibur dengan MTTM, lebih-lebih lagi dapat mengisi masa buat mereka yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Astro Shaw, hari ini.
Sinopsis MTTM.
Filem ini MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Apa maksud Totey?
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. (hari ini).
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Trailer Mael the totey Movie
“Lapangkan dada kosongkan fikiran tonton dengan hati yang tiada hasad dengki,” demikian kata pengarah Syahmi Sazli apabila dia dituduh mempergunakan pelakon orang kurang upaya (OKU) demi melariskan filem sulungnya.
Dengan nada penuh kesal, Syahmi menjelaskan, dia kerap menerima mesej berunsur penghinaan pada ruang komen di media sosial kerana mengetengahkan empat bakat OKU sebagai penggerak utama Mael Totey The Movie.
Syahmi – yang namanya terlebih dahulu melonjak sebagai pemilik saluran YouTube – menyeru agar isu berkenaan tidak dipolemikkan hingga menimbulkan fitnah sedemikian.
“Jika mahu kritik filem yang saya hasilkan, kritiklah, tapi bukan pelakon-pelakon saya. Saya langsung tiada niat menggunakan pelakon OKU semata-mata untuk raih sambutan.
“Mereka tergamak komen berbaur fitnah, ia tak berasas sama sekali diiringi dengan kata-kata kesat di ruang komen,”
Bukan setakat itu, Syahmi berkata, segelintir netizen berpendapat filem yang bakal ditayangkan dua hari lagi di Astro 1st itu dibayangkan tidak boleh laku disebabkan tiada wajah-wajah popular dalam industri.
“Ada juga komen diterima berkata Mael Totey The Movie tak akan dapat sambutan kerana guna pelakon OKU selain tak ada nama-nama gah yang diambil bagi menjayakan filem berkenaan,” katanya.
Untuk rekod, Mael Totey The Movie merupakan kesinambungan daripada drama pendek spontan Mael Totey yang pernah mencipta fenomena dan bersiaran sebanyak lapan episod di YouTube.
Naskhah yang menelan kos mencecah RM400,000 itu menjalani penggambaran selama 14 hari di Kota Bharu, Tumpat dan Tok Bali, Kelantan.
Pada masa sama, Syahmi mengakui dia sedia maklum sekiranya filem bakal ditampilkan tidak dapat memuaskan hati ramai pihak kerana tidak mengikut standard piawaian sebenar sesebuah filem terutama dari segi lakonan dan penggambaran.
Katanya, apa cuba dilakukannya melalui karya berkenaan adalah menampilkan sesuatu perkara di luar norma biasa.
“Pelakon OKU, waktu berlakon mereka tak tengok kamera dan pada kebanyakan masanya juga tak ikut skrip.
“Karya ini sebenarnya khusus untuk pengikut yang sudah lama, faham dan lali dengan cara saya buah fikiran disampaikan melalui saluran YouTube saya,” katanya.
Leave a Reply