SIARAN TV : Cerekarama TV3
SKRIP : Mejar Zainal Hayat & Zamri Mahmud
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Cinema Stage Production Sdn Bhd
PELAKON : Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Aepul Roza, Azhan Rani, Wan Sharmila, Reen Rahim, Che Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman, Aleza Shadan
Husin selalu ambil kesempatan keatas pak cik dia paktam sebab dia marah pak tam selalu abaikan mak uda (Aleza Shadan) berkeseorangan. Pak tam nih kahwin dua, bini kedua dia (Wan Sharmila). Dia pun bukan baik sangat pun, tapi selalu jugakla belanja orang dengan ada business sikit-sikitlah.
Husin (tomok) merupakan pemandu van jenazah bersahabat baik dengan Mail (Issey) . Suatu hari Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam yang meninggal dunia akibat makan durian. Husin dan Mail dikehendaki menghantar jenazah Pak Tam ke kampung asalnya.
Dalam perjalanan menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain. Kerana kesuntukan masa Sharifah dibawa bersama, dan mereka menggunakan jalan pintas. Macam-macam hal dan kejadian berlaku. Dia jumpa di Epul dekat kebun kelapa sawit. Sebenarnya epul nih hantu tapi dia bagi tumpang naik motor nak kejar van jenazah pak tam bawak tuh.
Sebenarnya pak tam rancang semua ini sebab dia nak kenakan balik si Husin nih. Time perjalanan tuh sempat sembahyang dekat kebun kelapa sawit tuh. Kelakar pun ada, sampai si usin nih terkencing dalam seluar bila si pak tam keluar bangun dalam van jenazah bila dapat tahu bini dia meninggal. Ah sudah!!
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply