• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Sinopsis filem Wira, Hairul Azreen

Sinopsis filem Wira, Hairul Azreen

Zik · Nov 18, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
WIRA, POSTER filem wira,
Merupakan pengarah yang sama dalam filem ‘Paskal The Movie’, dan kini pengarah  Adrian Teh kembali dengan filem aksi yang diberi judul ‘Wira’. Menampilkan Hairul Azreen sekali lagi sebagai pelakon utama. Turut dibintangi pelakon aksi terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah muncul dalam filem ‘The Raid’ dan ‘John Wick 3’. Filem Wira bakal ditayangkan pada 21 November 2019.
TAJUK : WIRA
Tarikh Tayangan : 21 November 2019
Pengarah : Adrian Teh
Penerbit Bersama : Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw
Pelakon : Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dato Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii
PELAKON DAN WATAK UTAMA. 

  • Hairul Azreen sebagai Hassan,Bekas tentera
  • Fify Azmi sebagai Zain,Adik Hassan
  • Ismi Melinda sebagai Vee
  • Hilal Azman sebagai Munas
  • Dain Said sebagai Raja
  • Yayan Ruhian sebagai Ifrit
  • Henley Hii sebagai Boon Hua
  • Zizan Razak sebagai Arson Thug 1
  • Jack Lim sebagai Arson Thug 2
  • Josiah Hogan sebagai Rayyan
Filem ini mendapat khidmat dari negara seberang indonesia, pakar lagak ngeri Fifi Azmy.
SINOPSIS WIRA
Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said).
Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan).
Persoalannya ialah apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya?
Cerita nih boleh tahan juga, pada dengan aksi-aksi yang lasak. Yerla gaduh-gaduh tuh biasalah. Cuma yang kita nak ialah jalan cerita yang boleh kita faham selain, macam mana Hassan selesaikan masalah yang melanda ini dengan cara yang baik atau sebaliknya.
Trailer Wira.

WIRA MULA DUNIA SINEMATIK.

APABILA sentuh mengenai ‘cinematic universe’ (dunia sinematik), paling terkenal pastilah Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dimulakan jenama Marvel sejak lebih sedekad lalu.

Kelihatannya filem Malaysia juga mula ke arah itu dengan adanya idea bernas daripada pasukan produksi pengarah Paskal, Adrian Teh yang mahu memulakannya melalui filem Wira.

“Pasukan kami sedang mencipta satu dunia sinematik, jadi Wira akan menjadi permulaannya dan dalam filem itu nanti akan ada telur ‘Easter’ pada kredit akhir sama macam dalam semua filem Marvel sebelum ini.

“Telur ini akan menjadi pengenalan kepada dunia sinematik yang kami cuba buat dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

Dia melihat akan ada dalam lingkungan tiga ke lima judul yang hadir dalam dunia sinematik Wira.

Adrian berkata idea itu diperoleh ketika penggambaran filem Paskal dua tahun lalu.

Katanya, idea itu adalah untuk membuat dunia sinematik mengenai ‘unsung heroes’ (hero tidak didendang).

“Kami belum mengumumkannya secara besar-besaran mengenai apa yang kami akan lakukan tetapi sudah ada perancangan ke arah itu.

“Wira akan menjadi cerita yang berdiri sendiri tetapi apabila terarah ke akhir cerita, ia akan mengalir secara semula jadi. Kredit itu adalah pengenalan kepada dunia sinematik yang kami cuba lakukan,” katanya.

Ditanya mengapa selesa memilih Hairul sebagai tunjang utama Wira, tanpa berselindung Adrian menyifatkan ia jawapan mudah.

Katanya, apabila mengambil keputusan untuk mengarah filem ini, nama Hairul ialah pelakon pertama difikirkannya.

Alasannya, mudah bekerjasama dan ketika penggambaran Paskal lalu, Hairul sudah membuktikan kewibawaannya sebagai pelakon aksi.

Selain itu, Adrian turut menjelaskan perbezaan ketara Paskal dan Wira sebagai dua judul berbeza dari segi ‘look and feel’, bukannya sebuah filem sekuel atau prekuel.

“Paskal mengenai anggota Paskal yang korbankan masa dan nyawa untuk negara serta ia sebuah tema yang besar.

“Manakala Wira pula sebaliknya, mengenai seorang komando yang bersara awal sebab mahu balik kampung untuk menyelamatkan keluarga. Ia adalah sebuah cerita ‘mikro’ mengenai kehidupan seorang askar,” katanya.

Adrian sejak dulu mahu mengarah filem aksi seperti itu kerana sebelum ini dia banyak mengarah karya komedi, romantik dan seram dalam dan luar negara.

Namun, sejak menghasilkan Paskal dua tahun lalu, dia mula mengubah fokus kepada genre aksi yang disifatkan menyeronokkan.

Katanya, untuk menghasilkan sebuah filem aksi menarik, dia percaya pihak produksi perlu banyak masa untuk perancangan, koreografi dan penggambaran.

TENAGA produksi filem WIRA bergambar bersama di lokasi pengambaran.

“Untuk beli ‘masa’, kami perlu bajet besar. Sebelum Paskal dulu, saya rasa tiada pelabur yang percaya kepada saya untuk buat filem ini, ia soalan yang realistik.

“Selepas Paskal, mereka (pelabur) tanya apa saya nak buat? Saya kata, jom buat filem aksi lagi,” katanya.

Adrian akui filem Wira bukan sebuah naskhah yang sukar kerana premis ceritanya ringkas. Katanya, dia bercerita mengenai sebuah kisah ringkas tetapi punya impak kuat.

Mengulas cabaran menghasilkan filem yang menelan belanja RM8 juta itu, Adrian tanpa berselindung akui terlalu banyak.

“Contohnya, lokasi ini (Sentul Port) ada air bertakung. Kami sudah bayar enam angka untuk sewa tempat ini tapi kami dapati tempat ini ada masalah air bocor di banyak tempat.

“Pihak pengurusan pula tidak mahu bertanggungjawab dan minta kami mengatasi masalah itu sendiri.

“Bayangkan kalau kita sewa satu bilik dan tidak ada apa masalah. Apabila sudah masuk baru tahu bilik itu ada masalah, jadi siapa kena tanggung? Penyewa atau tuan rumah?” soalnya.

Dia akui pihaknya ada mencadangkan untuk mereka baiki bersama dan bil dibahagi dua.

Malangnya, Adrian mendakwa pihak pengurusan tempat itu tidak bersetuju dan berikan syarat terima atau lepaskan.

Disebabkan enggan buang lebih banyak masa untuk mencari lokasi baru, pihak produksi terpaksa membelanjakan lebih RM50,000 untuk proses pembaikan sementara di lokasi itu.

Cabaran lain dilalui adalah mengenai penggunaan ‘shot’ kamera yang sebelum ini dianggap mustahil.

“Saya paksa pengarah fotografi dan kesan khas sampai mereka marah kepada saya kerana ia terlalu mustahil untuk dilakukan.

“Setakat ini shot yang sukar itu kami berjaya buat termasuklah shot hingga Hairul cedera tempoh hari. Shot itu mengambil masa tiga hari untuk dirakam,” katanya.

Selain shot di luar kotak, produksi mereka juga bertuah dapat menggunakan kren dikenali ‘techno crane’ yang masih baru dalam kerja-kerja produksi.

Katanya, Wira adalah filem kedua menggunakan teknik rakaman menggunakan kren itu setakat ini.

“Sejujurnya, saya tidak boleh letak harapan terlalu tinggi untuk filem Wira pecah panggung seperti Paskal sebab ia di luar kawalan saya.

“Apa pun saya memang sasarkan mahu menghasilkan filem yang boleh dibanggakan sebagai karya aksi Malaysia bertaraf dunia.

“Penonton yang letak harapan tinggi kepada saya, maknanya mereka sangat teruja menantikan hasil kerja saya,” katanya berharap tidak menghampakan mereka.

Persiapan untuk filem ini sudah bermula sejak Januari lalu dengan proses penggambaran bermula sekitar awal April di Lembah Klang, Rawang dan Kajang.

Selain Hairul, Wira turut dibintangi Henly Hii, Fify Azmi, Josiah Hogan, Hilal Azman, Dain Said, Yayan Ruhidan dan Ismi Melinda.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Uncategorized hairul azreen, sinopsis filem wira hairul azreen, sinopsis wira, tonton online filem wira, tonton online filem wira hairul azreen

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Uitm vs Melaka united 10.4.2021
  • Live streaming Kuala Lumpur vs Sri Pahang fc 10.4.2021
  • Live streaming Selangor vs Perak liga super 10.4.2021
  • Live streaming JDT VS PETALING JAYA CITY 10.4.2021
  • Live streaming final Muzikal Lawak Superstar2 minggu 10 2020

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Uncategorized

Keputusan epl/bpl22 dan 23 mac 2014

Share this on WhatsAppKeputusan games perlawanan malam dan pagi tadi bagi sainga…

Uncategorized

Liv streaming piala sultan selangor 2018, pilihan selangor vs singapura 25.8.2018

Share this on WhatsApp PIALA SULTAN SELANGOR 2018!! Fuhh boleh tahan sengit juga…

Uncategorized

Live streaming Sabah vs Felda united 7 mac 2020

Share this on WhatsApp Perlawanan liga super di sabah hari ini sebagai tuan ruma…

%d bloggers like this: