• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis Drama Pink Smile, Fattah Amin ft Sweet Qismina

Sinopsis Drama Pink Smile, Fattah Amin ft Sweet Qismina

Zik · Sep 12, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pink smile

Drama Ini kelakar, cinta komedi barangkali, ada masa serius. Ada masa tegang. Ada masa macam serba salah pun ada. Nampak fattah Amin kali ni lakonan ada suka sikitlah aku. Walaupun kayu tuh tetap ada jugak. Haha. Ramai pelakon mudah , ha gituew.

EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Julai 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SALURAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Luna Adresia
PENULIS SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Ayie Mustafa
PRODUKSI : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Sweet Qismina, Izzat Mushtaq, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil, Syafi Tee, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri.

“Kenapa selalu pengsan?”
“Saya ada masalah.”
“Masalah?”
“Setiap kali… Tengok awak.” 

Luna – Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

“Eh, nak ke mana tu?”-Luna
“Nak lari jauh dari awak.”-Kaz
“Apa salah saya?”-Luna

“Salah awak sebab nak berkawan dengan saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”-Kaz

Kaz – Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

“Amacam Pink Smile?”
“Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok kat Duncan. Apa pasal?”
“Aku cakap pasal menu Pink Smile kau! Bukan pasal perempuan tu… Hehe… Apa cerita ni?”

Akif – Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

“Jadi isteri aku. Nak?”-Akif
“Eh! Kau…”
“Janganlah main-main macam ni weh. Takut aku! Haha!”-Luna

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

Latar belakang, drama ini banyak shoot di Duncan Cafe diaorang lah. Macam-macam hal. Tempat lain pun ada jugak, butik datin , (Mak pink smile). Umah Luna, Kaz. Dan tempat-tempat yang sama tuh ,tapi tak lama.

Lagu ost.

Syakirah Noble -Jangan Pergi (OST Pink Smile ) | Audio #PinkSmile

MARSHA MILAN – Hello Hello (OST Pink Smile )

 

Senarai OST Pink Smile:

  1. Lirik Lagu Jangan Pergi-Syakirah Noble (OST Pink Smile)
  2. Lirik Lagu Hello Hello -Marsha Milan (OST Pink Smile)
  3. Lirik Lagu Sekali ini -Nysaa (OST Pink Smile)
  4. Lirik Lagu Cinta Kita-Nagi & Ayuni (OST Pink Smile)
  5. Lirik Andai Nanti-Mui’zz (OST Pink Smile)
  6. Lirik Damaikanlah-Ika Mustafa (OST Pink Smile)

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Drama baca novel pink smile, Fattah Amin ft Sweet Qismina, ost pink smile, pink smile, senarai pelakon pink smile, sinopsis akhir pink smile, sinopsis drama pink smile

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: