Merupakan adaptasi novel ‘Love, Elsa’ karya Acik Lana akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Drama terbitan Juita Viden diarahkan oleh Michael Ang. Love Elsa bersiaran mulai 15 Jun, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.
JUDUL : LOVE, ELSA
EPISOD : 24 Episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Mamu Vies
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
WATAK PELAKON
- Zul Ariffin sebagai Ridza
- Uyaina Arshad sebagai Ammara
- Riz Amin sebagai Kamarul
- Ramona Zamzam sebagai Ramona
- Badrul Muhayat sebagai Elyas
- Ku Faridah sebagai Nenek Ammara
- Zeera Azizi sebagai Sofea
- Ikhram Juhari sebagai Imran
- Azhar Amir sebagai Tuan Zamir
- Mona Allen sebagai Madam Qistina
- Iman Suhana sebagai Hamidah
- Nasz Sally sebagai Habsah
- Mustapha Kamal sebagai Wahid
LAGU TEMA (OST)
Lagu : Ika Noh
Penyanyi : Marsha Milan feat Fanzi Ruji
Komposer : Marsha Milan
Lirik : Fanzi Ruji, Asfarinah Mansor, Carlesie Lubin
SINOPSIS LOVE ELSA.
Ammara, (Uyaina Arsyad) seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dia tak boleh sentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Ammara alahan terhadap sentuhan manusia, setiap kali dia bersentuhan dengan kulit manusia lain, dia akan melihat masa lalu seseorang itu. Kebarangkalian adalah betul dia punya kisah silam orang yang dia pegang tuh ha.
Alahannya menjadi seperti musibah bagi Ammara, penyakit itu tidak ada penawar atau ubat. Ammar membesar menjadi seorang gadis yang mengalami masalah kemurungan. Keluarganya tidak dapat menerima keadaannya dan membiarkannya bersendirian untuk menghadapi dunia.
Ketika Ridza (Zul ariffin) muncul, hidupnya dah jadi lain, tak macam dulu-dulu lagi. Dia mula bercakap dengan orang dan merasa gembira buat pertama kalinya dalam hidupnya. Ridza adalah satu-satunya rakan yang pernah dia ada. Ketidaksempurnaannya menjadi kekuatannya ketika dia menggunakan kelebihannya untuk menolong Ridza dalam menyelesaikan kes pembunuhan ayahnya. Satu demi satu misteri dapat diselesaikan olehnya.
SINOPSIS NOVEL LOVE ELSA.
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.
Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?
Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!
Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.
Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.
Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?
credit to myinfotaip.com
Leave a Reply