
Semalam pasukan JDT garang membenam Bg Pathum 4-1 di stadium Sultan Ibrahim. Biarpun menang, cabaran di peringkat kumpulan sudah berakhir sebab jdt berada ditangga ketiga kurang satu mata dibawah Ulsan Hyundai. Manakala pasukan Terengganu peluang untuk mara pun masih samar-samar. Last game kena menang dengan syarat keputusan Stallion vs Central Coast Mariners seri atau Central Coast Mariners kalah dengan Stallion. Itu untuk yang dalam kumpulan.
Nak dapat kedua terbaik no 1, agak sukar sebab pasukan Phnom Penh Crown kumpulan F dah 12 mata. Terengganu sekarang 9 mata, kalau menang dengan Bali united baru 12 mata. Nak harap pasukan Phnom kalah agak sukar. Tinggal dua kemungkinan untuk terengganu layak mara ke pusingan separuh akhir peringkat asean. Sabah dah layak dah. Dah boleh goyang kaki untuk last game.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN G :
- CENTRAL COAST MARINERS 13 MATA
- TERENGGANU 9 MATA
- BALI UNITED 7 MATA
- STALLION 1 MATA
Pemain utama mengalami kecederaan.
Itu yang merungsingkan Tomislav Steinbruckner selaku pengendali pasukan Terengganu pada malam ini siapa pemain yang akan diturunkan pada jam 8 malam , gelanggang keramat Terengganu , Stadium Tuanku Mizan Zainal Abidin. Belum habis penat final Piala Malaysia. Main dekat padang yang haprak tempohari. Injured yang jadi.
Tiga mata sangat ditagih pada perlawanan malam ini. Biarpun peluang untuk mara masih samar-samar. Manalah tahu Central Coast mariners seri ke kalah ke (haha). Penting tiga mata dulu. Yang lain kita serahkan kepada tuah sahaja. Peluang sangat tipis sebab Central Coast Mariners belasah Stallion 3-0 di tempat lawan.
KEPUTUSAN TERKINI TERENGGANU VS BALI UNITED 13.12.2023
INFO SIARAN LANGSUNG TERENGGANU VS BALI UNITED 13.12.2023

Leave a Reply