Perlawanan pada malam ini menjadi satu perlawanan epik buat skuad harimau malaya pada malam ini akan bertemu dengan pasukan dari Negara India. Semalam pasukan Indonesia dalam kempen kelayakan piala dunia 2026, pusingan pertama belasah pasukan Brunei dengan 6-0 beb.
Kelebihan bermain digelanggang keramat, Stadium Bukit Jalil yang sudah siap pasang rumput baru semalam atau 2 hari lepas. Tengku Mahkota Johor, TMJ semalam sudah merasmikan stadium ini bersama menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Bagaimana dengan prestasi anak buah , Kim Pan Gon ketua Jurulatih Polis Kuantan, Harimau Malaya pada malam ini? Kita harap pasukan kita sudah bersiap siaga untuk mengaum di stadium Bukit Jalil dengan sorakan penonton yang sporting sebagai pemain ke 12.
Harap cunlah lineup perlawanan malam nih. Tak kiralah sapa yang main malam nih. Yang penting kita nak menang lawan dengan pasukan India. Takkan kalah kot lawan dengan team India, main dekat home. Padang baru cun melecun wei. Bukan line up nak cunlah, result kena cun jugakla. Disamping penyokong yang bakal memenuhi stadium keramat malam ini, tak pasti full house ke tidak.
India bukanlah lawan yang mudah bagi aku. Kim Pan Gon pun ada cakap , lawan pasukan India ranking lebih tinggi dari Malaysia, pastinya mendapat tentangan yang hebat di kandang Harimau Malaya. Ranking terkini pasukan mereka adalah 99 , berbanding Malaysia 134.
Media india kata diaorang boleh menang dengan Malaysia 1-0 at least. Tapi aku ramalkan malaysia menang malam nih paling koman 2-1. Paling cun 3-0 haa.. itu tak realistik tuh. Harap Syihan Azmi tak bocorlah game malam nih. Kalau seri 0-0, 1-1, alamat sambung terus ke penentuan penalti lah jawabnya.
Rekod perlawanan hari malaya tahun nih memang cantik. Belum ada kalah lagi. Seri ada. Banyak dapat comeback. Aku harap laungan Siu akan bergema di stadium Bukit Jalil pada malam ini.
Sementara itu juga, kita doakan Negara Palestin yang sedang bergolak semoga cepat diselesaikan. Semoga Allah permudahkan urusan mereka selamatkan nyawa rakyat Palestin.
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDIA 13.10.2023
INFO SIARANG LANGSUNG MALAYSIA VS INDIA PIALA PESTA BOLA MERDEKA 13.10.2023
Leave a Reply