Baru sahaja kita semua dikejutkan dengan pemergian pak yus, atau dikenali sebagai yusry edo kerana serangan sakit jantung. Hari ini pula pemergian seniwati negara yang terlalu legend. Sama-sama perjuangan anak seni dalam batch arwahyarham p.ramlee, aziz satar, samsudin dan ramai lagi.
Seniwati filem Melayu klasik, Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, 82, meninggal dunia pada 7.32 malam tadi.
Mengesahkan berita ini adalah anaknya sendiri Melissa Saila yang turut memberitahu jenazah ibunya kini berada di rumah salah seorang lagi anaknya di Sentul, di sini.
Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Antara filem yang pernah dibintanginya ialah Tiga Abdul, Saudagar Minyak Urat, dan Setinggan, Masam-Masam Manis, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi dan banyak lagi cerita dia yang lain. Sehingga hari ini masih ditayangkan dalam televisyen. Satu kehilangan yang besar dalam negara kita.
Sedekahkan Alfatihah buat arwah.
credit to utusan.com.my
Al fatihah.. seniwati yang banyak cerita menarik.. terutama bersama P Ramlee
Alfatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama di dkalangan org2 yg soleh
al Fatihah dan arwah merupakan pelakon hebat dalam generasinya
alfatihah buat arwah
al fatihah..satu lagi bintang telah pergi.al fatihah..
takziah buat keluarga, bagi aku tahun 2015 ni paling banyak berita pemergian. kadang-kadang bagai mimpi sahaja, orang yang kita kenal pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.
Belasungkawa : Dalam Kenangan 1933 – 2015 Seniwati Mariani @ Siti Mariam Ismail
Al Fatihah….Semoga rohnya Dicucuri Rahmat dan Ditempatkan Bersama Golongan Yang Beriman…ameen
Al Fatihah..moga Allah swt merahmati rohnya. ..
semoga keluarga bertabah dan sentiasa mendoakan arwah
suka tgk lakonan mariani…al-fatihah..
kebelakangan ni banyak berita berita kematian kedengaran di telinga kita