Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Semakan status daftar, permohonan Baucar MyKasih Johor 2021

Semakan status daftar, permohonan Baucar MyKasih Johor 2021

Zik · Dec 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Bantuan Kasih Johor : Cara Menebus Bantuan Baucer Mykasih Rm200,  adalah khusus buat rakyat Johor yang layak, anda kini boleh menebus baucer MyKasih yang bernilai sebanyak RM200 untuk pembelian di kedai yang berdaftar di bawah program ini.

Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan program bantuan yang dikenali sebagai Kasih Johor di bawah MyKasih Foundation telah bermula pada bulan Disember 2021 ini.

  1. Pengenalan
    1. Apakah itu KASIH JOHOR?KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan JUN 2021. Objektif KASIH JOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.
    2. Siapa yang layak menerima KASIH JOHOR?Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah) dan telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima KASIH JOHOR.Penerima KASIH JOHOR yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.
    3. Adakah saya perlu memohon KASIH JOHOR?Anda tidak perlu memohon KASIH JOHOR. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.
    4. Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya tidak disenaraikan sebagai penerima KASIH JOHOR?Contohnya kalau nama anda ada dan sedang berada di dalam senarai simpan atau menunggu. Nama anda akan terpilih sekiranya penerima sedia ada yang layak , dia tidak membelanjakan KASIH JOHOR yang diterima ini.
    5. Bagaimana KASIH JOHOR dilaksanakan?Akaun penerima akan dibuka berdasarkan MyKad ke dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima baucer sebanyak RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan. Pasaraya yang mengambil bahagian dalam KASIH JOHOR akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran KASIH JOHOR di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  2. Pembayaran
    1. Berapakah jumlah yang akan diterima oleh penerima KASIH JOHOR di bawah program ini?Penerima KASIH JOHOR akan menerima baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak RM200 melalui akaun MyKad mereka dan sah untuk tempoh sehingga Disember 2021.
    2. Bilakah elaun bantuan makanan akan disalurkan kepada penerima KASIH JOHOR?Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad dan berkuatkuasa setelah penerima menerima SMS daripada sistem.
    3. Di manakah boleh saya membeli barangan keperluan di bawah program ini? Apakah barangan keperluan yang boleh saya beli?Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai pasaraya terdekat untuk membeli keperluan asas. Satu pelekat/label MyKasih akan diletakkan di hadapan barangan tersebut. Kasih Johor mempunyai 100 rakan niaga di seluruh negeri termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
    4. Berapa lamakah tempoh penggunaan dana?Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2022 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Jadi, anda tidak perlu melakukan apa-apa permohonan. Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor, atau anda boleh menyemak status layak atau tidak dengan mengikuti langkah-langkah dibawah.

Pergi ke laman my kasih.

cara semak permohonan my kasih johor

1. Masukkan no ka pengenalan tanpa dash.

2. Masukkan captha yang betul berdasarkan imej yang tertera masa nak isi tuh. Yang atas tuh, dia takkan sama pada ketika kita nak isi nanti.

3. Tekan butang semak status.

TAK LULUS.

semakan my kasih tak lulus

Tiada rekod ditemui.

Kalau lulus.

my kasih johor lulus permohonan

Ha, lulus macam diatas ini. Tunggu sms jer.

SENARAI KEDAI YANG TERLIBAT, BOLEH TUNTUT BAUCAR MYKASIH RM200.

Tak semua kedai yang terlibat, korang boleh semak kedai-kedai yang terlibat berdekatan dilaman ini.

https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=

 

 

Bantuan Kasih Johor, Bantuan Baucer MyKasih RM200

 my kasih johor

my kasih johor

Semak Status Layak Atau Tidak

Penerima yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.

Namun, sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS, sila buat semakan di laman web MyKasih melalui pautan berikut: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/

Tempoh Sah Laku Baucer MyKasih

Bantuan baucer ini boleh ditebus sehingga 31 Disember 2021.

Sekiranya terdapat dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut, dana itu akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Panduan Pembelian Bantuan Makanan MyKasih

Korang boleh tengok macam mana dia punya flow (aturan) untuk buat pembelian melalui myKasih ini.

cara nak tebus bantuan my kasih di kedai

Atau, layari: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx (Lokasi kedai / pasar raya yang terlibat).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MyKasih melalui  pautan yang diberikan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/

Share this on WhatsApp

Pengumuman cara memohon baucar my kasih johor 2021, login mykasih johor, my kasih johor, permohonan Baucar MyKasih Johor 2021, permohonan my kasih johor 2021, Semakan status daftar, tiada perlu daftar mykasih johor

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.