Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1438H, 2016 !

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1438H, 2016 !

Zik · Oct 2, 2016 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

poster maal hijrah 2016, maal hijrah 1438

Ya, sedar tak sedah sudah masuk tahun baru. Semalam jer petang sebelum magrib kena baca doa akhir tahun. Lepas maghrib kita baca doa awal tahun.

Bertemakan tahun ini akhuwah islamiah asas penyatuan punyai maksud yang cukup bagus buat umat islam di negara kita. Punyai maksud yang mana kita sebagai umat manusia di akhir zaman ini, banyak cabaran yang harus dipikul. Kita perlu tanamkan jalinan yang baik diantara sesama makhluk tidak kita mengira apa pangkat dan darjat sekalipun, inilah yang menjadikan asas kepada penyatuan ummah.

Jika kita semua bersatu, insyallah tembok itu tidak mudah roboh sewenangnya. Kita mahu bersatu barulah kita akan kuat dan tawaduk. 

Sebagai Muslim, amat penting kita menghayati tema tersebut dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Asas utamanya, umat Islam mesti bersatu dan jangan berpecah. Selagi mana kita mengucapkan Laa ilahaillah Muhammad Rasulullah kita tetap saudara seagama. Ketepikan segala perseteruan dan tinggalkan semua ideologi politik kepartian. Bersatulah atas dasar agama Islam.

Mengambil semangat tahun baharu ini, paling tidak setiap umat Islam mesti berazam dan melakukan hijrah dalam diri masing-masing. Memanglah tidak ada lagi hijrah selepas pembukaan kota Mekah. Ini dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang bermaksud: Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi (yang tinggal hanyalah) jihad dan niat. Oleh itu, jika kalian diminta keluar berjihad, maka keluarlah! (riwayat Bukhari)
 
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawasanya tiada lagi hijrah bagi umat Islam selepas pembukaan kota Mekah. Namun, Rasulullah SAW memperluaskan maksud dan konsep hijrah pada bahagian kedua dengan menyatakan, niat dan kesediaan berjihad untuk Islam juga dianggap satu cabang hijrah.
Untuk itu, mari kita pastikan diri kita tidak terlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruh oleh Islam. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di sebalik kita menyambut Maal Hijrah dengan mengadakan perarakan, majlis-majlis ilmu dan sebagainya, hendaklah kita memberi perhatian kepada pelaksaan ibadat solat. Sebab itu, antara usaha yang perlu dilakukan pada peringkat mikro adalah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk solat berjemaah terutamanya waktu Subuh dan Isyak.
Diceritakan, kaum Yahudi pernah berkata, di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur.
Bagi para suami dan bapa, berusahalah memastikan isteri dan anak-anak menunaikan solat fardu lima waktu. Sekali-sekala solat jemaah bersama mereka di rumah selain berjemaah di masjid. Ini barulah bertepatan dengan tanggungjawab menyelamatkan diri dan ahli keluarga daripada neraka. Ingatlah keluarga yang solat akan taat dan hidupnya selamat. Insyallah semua pembaca, selamat beramal.
Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan maal hijrah 1438, maksud tema ukhuwah islamiah asas penyatuan, poster maal hijrah 1838 masihi, team maal hijrah 2016/1438 M, tema maal hijrah 1428 H, tema maal hijrah 2016, ucapan maal hijrah 2016

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Malaysia Sentral says

    October 2, 2016 at 11:00 pm

    salam maal hijrah 1438H juga

    Reply
  2. Uncle Zuan says

    October 3, 2016 at 3:27 pm

    salam maal hijrah. moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya 🙂

    Reply
  3. Introducer maybank says

    October 5, 2016 at 11:22 pm

    Salam maal hijrah tuan….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.