Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / SELAMAT HARI GURU 2018(GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN)

SELAMAT HARI GURU 2018(GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN)

Zik · May 16, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

tema guru 2018, ucapan hari guru 2018,.

Setiap tahun kita akan menyambut hari guru 16 mei 2018. Kali ini pastinya berbeza sebab esoknya kita akan menyambut bulan ramadhan almubarak. Malam ini kita pun dah start terawikh. So hari ini terus last buat hari guru. Hari lain boleh jugak, cuma mungkin makan-makan dah takda. Haha. Bukan guru minta pun hadiah sebesar gunung, cukuplah kita memberi ucapan.

Tema tahun ini:

GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN.

DEFINISI

  1. GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
  2. PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
  3. TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
  4. PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini ialah sekarang kita sudah pesat membangun. So dengan kecanggihan teknologi ini sedikit sebanyak memberi impak yang positif dan negatif juga. Peranan media sosial sekarang ini dilihat lebih cenderung membawa kepada satu perkara yang negatif apabila musim viral sudah jadi alat untuk mereka menyebarkan sesuatu yang tidak pasti atau ianya menjadi tidak bertanggungjawab, umpama baling batu sembunyi tangan.

Jadinya betepatan dengan tema tahun ini guru menjadi satu penggerak ataupun individu yang merencanakan satu pembangunan sahsiah kepada murid-murid (pelajar) hari ini sebagai satu tunjang dalam melonjakkan anjakan paradigma kepada mereka seiring dengan pendidikan masa kini dalam menjadikan pelajar sekarang ini lebih berdaya saing setanding dengan negara-negara yang lebih maju.

Lebih kurang guru menjadi individu atau watak penting dalam mencorakkan pelajar itu sendiri. Selain yang selebihnya pelajar itu sendiri perlu tahu hala tuju yang perlu dicapai dalam konteks KPI yang telah ditetapkan.

HURAIAN

  1. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.
  2. Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat wawasan 2020, guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.
  3. Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.

credit to MOE

So, selamat hari guru buat semua. Tak kiralah yang pernah mengajar atau tidak, tetapi kita tidak pernah melupakan jasa mereka ini. Merekalah wira yang tak didendang. Merekalah wira yang menjadi benteng pertama disekolah. Inilah tanggungjawab sebagai guru yang perlu dipikul. Merekalah ibu bapa kedua setelah kita berada disekolah.

Merekalah yang banyak meluangkan masa bersama kita , merekalah yang memberi tunjuk ajar dan memberi satu inspirasi yang sering membawa kita untuk kejalan yang benar. Ketika kita terumbang ambing, ketika kita masih belum pandai untuk

Share this on WhatsApp

Akademik BANNER HARI GURU 2018, guru pemacu transformasi pendidikan, maksud hari guru 2018, maksud tema hari guru 2018, selamat hari guru, tema hari guru 2018, ucapan hari guru 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Anuar says

    May 16, 2018 at 12:29 pm

    Selamat Hari Guru 2018…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.