Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Sandra Diandre meninggal dunia, Bintang big stage 2020

Sandra Diandre meninggal dunia, Bintang big stage 2020

Zik · Sep 11, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
big stage, live streaming big stage

Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia

Pada Sabtu minggu yang lepas lalu, Sandra dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong.PENYANYI dan peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada awal hari ini.
Allah lebih sayangkan beliau, dia telah meninggal dunia pada hari ini, jumaat yang mulia ini. Dia merupakan anak didik Dayang masa mentor Legend 2014 masa pilihan diantara Azmil atau Sandra, tapi Dayang pilih Azmil. Walaupun tak terpilih, dia diantara yang menyinar juga selepas itu. Perjalanan seni dia cukup membanggakan.
Berita sedih mengenai pemergian Sandra, 26 tahun, itu dikongsikan rakan penyanyinya, Sufie Rashid di laman Instagram peribadinya.
“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia.
“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak.
“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirojiun,” kata Sufie menerusi satu entri di Instagram awal pagi ini.
Rakan seperjuangan Sandra dalam program realiti Big Stage 2020, Usop, turut berkongsikan berita duka menerusi satu entri di laman Instagram peribadinya dengan kapsyen yang berbunyi:
“Assalamualaikum semua. Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk sahabat seperjuangan saya yang kini telah pulang keramatullah.
“Sandra rehat k. Al-Fatihah,” kata peserta Big Stage berkenaan.
Pada Sabtu lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Insiden tersebut berlaku tatkala penyanyi kelahiran Sabah tersebut sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
Penyanyi lagu ‘Hey ! Kau’ itu kemudiannya tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Jenazah Allahyarham Sandra Dianne akan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah, petang ini.

Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, Vea memberitahu, urusan membawa pulang jenazah ke Sabah, sedang diuruskan keluarga arwah.

“Jika diikutkan, keluarga arwah mahu mempercepatkan urusan pengebumian di Sabah.

“Berkemungkinan arwah akan disemadikan di kampung halamannya, petang ini. Lagi cepat, lebih baik seperti yang diharapkan,” katanya kepada BH Online.

Tambah Vea, keluarga arwah juga berdoa agar urusan pengebumian dipermudahkan.

“Pihak keluarga arwah juga memohon maaf jika arwah mempunyai salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

“Ketika ini, emosi keluarga arwah terganggu dengan apa yang terjadi,” katanya.

Sementara itu, Vea mengesahkan Sandra yang juga peserta program realiti, Big Stage 2020, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi tadi.

Arwah sebelum ini pernah popular dengan lagu Hey Kau! yang meraih tujuh juta tontonan di YouTube.Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Sabah ini seolah-olah lenyap dari persada muzik tanah air selepas itu. Menerusi temubual terdahulu, arwah yang bakatnya dicungkil melalui program realiti Mentor Legend 2014, menafikan dirinya tidak lagi aktif.

Sebaliknya, selepas kejayaan single pertamanya, Sandra masih ligat merakamkan lagu dan memiliki empat single. Sandra juga aktif menulis lagu dan bekerja di belakang tabir. Selain itu, arwah menguruskan perniagaan ikan masin. Sandra dilahirkan dengan nama penuh Alessandra Dianne Ampuria pada 16 September 1994. Arwah mempunyai seorang abang dan adik tiri perempuan.

Share this on WhatsApp

Pengumuman penyanyi sabah sandra meninggal dunia, Penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia, sandra meninggal dunia

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.