• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Salam maulidur rasul 1440H, 2018/19 “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”

Salam maulidur rasul 1440H, 2018/19 “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”

Zik · Nov 20, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

team amaulidur rasul 2018, salam maulidur 2018, banner maulidur rasul 2018/1440H, Tema maulidur rasul 2018/1440H

MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT. 

PUTRAJAYA 17 Nov. – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 (1440 hijrah) akan diadakan pada hari Selasa, 20 november 2018 depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijadual menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut.

 Tun Dr Mahathir turut serta. 

Yang turut akan hadir, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan beberapa menteri Kabinet yang lain. Sama-samalah kita memeriahkan bagi yang cuti tuh ya. Yang kerja macam penulis ini mungkin terpaksalah kerja.

TEMA MAULIDUR RASUL KALI INI. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, tema penganjuran sambutan tahun ini adalah ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.

“Kemuncak sambutan adalah penyampaian anugerah kepada seorang penerima Anugerah Perdana dan empat orang penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

“Maulidur Rasul kali ini akan disertai oleh kira-kira 4,000 peserta kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar institut pengajian tinggi dan sekolah,” katanya.

credit to utusanonline.com

“Pelbagai acara telah dirancang untuk menghidupkan acara sambutan kali ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambah beliau, kemuncak sambutan pada tahun ini ialah penyampaian anugerah kepada seorang penerima Anugerah Perdana dan empat penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

team amaulidur rasul 2018, salam maulidur 2018, banner maulidur rasul 2018/1440H, Tema maulidur rasul 2018/1440H

Apakah itu maulidur rasul. 

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabiterakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahuwataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Waktu

Maulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Menurut fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja’far al-Sadiq dan keputeraan Nabi Muhammad bagi Sunni pula jatuh pada 12 Rabiulawal.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

TUJUAN SAMBUTAN

1.    Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.

2.    Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.

4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:

  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.

AMALAN SUNAT MAULID NABI

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;

1.    Puasa sunat

2.    Mandi sunat

3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.

4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.

5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.

6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.

7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:

    • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
    • Syarahan sirah Nabi
    • Forum agama dan perpaduan
    • Marhaban
    • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

FADILAT MAULIDUR RASUL

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

1.  Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.

3.  Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:

  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersam
  • a orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.

4.  Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:

  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.

5.  Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

6.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

7.  Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

8.  Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Penerima Anugerah Maulidur Rasul. 

“Penerima Anugerah Perdana akan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi dan sijil penghargaan, manakala penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul yang lain akan menerima wang tunai RM20,000 beserta trofi dan sijil penghargaan,” katanya lagi.

Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung sambutan Maulidur Rasul melalui RTM1, dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah serta radio-radio di bawah seliaan RTM di samping radio IKIM.FM.

Majlis itu juga boleh ditonton melalui live streaming di web TV Jakim dengan melayari sesawang www.tvjakim.my. –Bernama

Apakah maksud tema??

‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.

Bertepatan dengan kali ini punya sambutan. kita sedia maklum dengan “malaysia baru”. Banyak perkara baru dan isu yang berlaku dinegara sekarang rakyat di malaysia sentiasa memerhati. Namun apa yang ingin disampaikan dalam tema kali ini ialah berkaitan dengan kita sesama umat sentiasa perlu ada toleransi yang sudah tentunya memberi kebaikan kepada semua , dalam pada masa yang sama kita tarik rahmat Allah. Bukannya bala bencana dari Nya.

Islam telah berjaya membangunkan sebuah masyarakat dengan sistem pemerintahan tersendiri yang menjamin keselamatan umat Islam serta bukan Islam. Satu tamadun dan peradaban yang tinggi telah dapat dilahirkan dalam satu tempoh yang singkat sehingga Islam menjadi agama kedua terbesar pada hari ini dengan populasi dianggarkan seramai 1.8 bilion orang atau 24% daripada jumlah penduduk dunia.

Namun begitu, kita tidak harus berbangga dan selesa dengan statistik populasi Islam sahaja. Realiti hari ini umat Islam menjadi masyarakat yang ditindas disebabkan kelemahan dari segi pendidikan, ekonomi dan politik. Sebahagian kita leka dengan keseronokan dan hiburan semata-mata tanpa mempedulikan nasib ummah. Sebahagian yang lain pula semakin meninggalkan kehidupan beragama dalam diri sedangkan Islam jualah yang akan memandu mereka kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ingatlah, penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi ini adalah atas dasar matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum kita dikembalikan ke alam akhirat yang kekal,

Tema Maal Hijrah pada tahun ini, ‘Menyantuni Umat, Membawa Rahmat’ begitu tepat sekali. Jika dihayati, ia membawa mesej yang sangat tepat agar masyarakat perlu sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingkahan, saling bersatu padu walaupun berlainan  agama, kaum, ideologi dan fahaman politik. Itu kita kena akui, negara kita yang berbilang kaum harus kita berhati-hati dalam membuat statement yang mungkin boleh mengguris hati mereka. Baru -baru ini isu ICERD yang sedang hangat diperkatakan. Walaupun ianya hanya baru cadangan atau satu tuntutan, tetapi sekiranya ianya dilaksanakan, kemungkinan besar akan ada perpecahan. Sebab itu, kita semua kena bersatu padu, dan fikir bagaimana mahu menyatukan umat. Bukan memecah belahkan keamanan yang kita sedia ada. Hormatilah rakyat kita ini.

Teras kepada penyatuan dan perpaduan umat di Madinah adalah kasih sayang atau mahabbah yang didasari oleh Islam dimana semua mendapat keistimewaan. Dalam erti kata lain, penduduk bukan Islam turut diberikan hak pengiktirafan sebagai rakyat.

Kesannya, kepimpinan Rasulullah SAW telah melahirkan kesatuan dan perpaduan kepelbagaian kaum dan agama di Madinah ketika itu. Dalam situasi hari ini, perbezaan itu tidak menghalang kita untuk memupuk nilai kasih sayang demi keharmonian dan kesejahteraan.

Menjadi cita-cita seluruh rakyat untuk melihat negeri Terengganu melangkah ke satu tahap yang lebih baik melalui penghayatan hijrah sebenar bagi mencapai negeri yang diimpikan bermatlamatkan maju, berkat dan sejahtera.

 Ia juga amat bertepatan dengan Islam sebagai pembawa rahmat kepada sekelian alam. Hijrah sebenarnya membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingku­ngan rahmat dan keredaan ilahi.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan maksud menyantuni umat membawa berkat, maksud tema maulidur rasul 1440 2018, maksud tema maulidur rasul 2018, menyantuni umat membawa rahmat, salam maulidur rasul 1440hijrah 2018, tema maulidur rasul 2018, ucapan maulidur rasul 2018/1440hijrah

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: