Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / Sah, Azmin ali menteri besar selangor!!

Sah, Azmin ali menteri besar selangor!!

Zik · Sep 22, 2014 · 5 Comments

Share this on WhatsApp

image

Kemelut pemilihan siapa menteri besar selangor sejak beberapa bulan ini berakhir. Dah duk pung-pang cerita sana sini. Kejap dr wan azizah lah, wakil dari pas, kejap zikri husaini. Dah tahu siapa yang akan menjadi menteri besar selangor!!

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar Selangor yang ke-15, menurut sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani petang ini.

Azmin, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.30 pagi esok.

Menurut surat itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan pelantikan Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Surat daripada istana itu dihantar ke kediaman Azmin di Ampang hari ini dan jawatannya akan berkuatkuasa esok.

“Sehubungan itu, Tuan diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor yang akan diadakan pada 23 September, jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang,” surat itu dipetik.

Pemimpin tertinggi PKR kini sedang bermesyuarat di Ibu Pejabat di Petaling Jaya, dipercayai sama ada mahu ‘merestui’ pelantikan Azmin sekali gus melupakan hasrat mahu menjadikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

Munir ketika dihubungi mengesahkan surat tersebut dihantar secara terus kepada Azmin, namun menafikan bertanggungjawab menyebarkan kandungan surat tersebut kepada umum.

Surat lantikan tersebar!!

image

Ermmm.

“Saya hanya bagi surat itu kepada calon itu (Azmin). Orang dia yang sebarkan surat itu, itu bukan hak dan kawalan saya lagi, ikut dialah,” katanya.

Azmin mula menjadi Adun Hulu Klang atas tiket PKR sejak 1999 sebelum bertukar ke kerusi Bukit Antarabangsa sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Istana pada mulanya dijangka mengemukakan kenyataan media pada hari ini bagi mengumumkan nama calon yang akan mengangkat sumpah esok, tetapi membatalkannya pada saat akhir selepas dilarang Sultan.

Raptai penuh angkat sumpah dijangka diadakan malam ini di istana.

PKR sebelum ini berkali-kali menyatakan pendirian mereka untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berubah seperti yang diputuskan dalam mesyuarat.

Parti itu juga memberi alasan Azmin tidak mendapat sokongan majoriti Adun yang akan melayakkannya menjadi menteri besar berbanding Dr Wan Azizah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada 17 Ogos lalu mahu mencalonkan nama Azmin dan Dr Wan Azizah, tetapi mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petangnya sebulat suara memutuskan Adun Kajang itu sebagai calon tunggal.

Azmin juga dalam kenyataan terbukanya juga pernah menolak mentah-mentah pencalonan itu atas alasan menghormati Dr Wan Azizah sebagai presiden dan pendirian parti. – 22 September, 2014.

Copy paste malaysiakini.

Aku tak kisah si azmin ali jadi menteri besar selangor, tapi si azwan ali tuh. Jangan lah buat tambah malukan abang kau tuh. Kot kot makin kerek ke? Baby aa nih. Tak kuasa aii.

Share this on WhatsApp

Politik azmin ali sah jadi menteri besar selangor, azmin menteri besar selangor, bukti azmin ali jadi menteri besar selangor, surat lantikan azmin ali sebagai menteri besar, surat lantikan dari sultan azmin ali jadi menteri besar selangor, teka-teki menteri besar selangor

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mama arif says

    September 23, 2014 at 5:25 pm

    bagi peluang azmin pulak . mudah2an dia dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin utk berbakti kepada rakyat selangor dan negeri selangor d.e

    Reply
  2. sabree hussin says

    September 24, 2014 at 5:15 pm

    rakyat marhaen macam aku ni tak ada hak dan tak terlibat pun dalam pemilihan siapa mb kat selangor

    apa pun keputusan, aku terima je la

    Reply
  3. suri says

    September 26, 2014 at 1:09 am

    adoi aik..asla dia kacak bangat eh..eh..hiduo negeri selangor

    Reply
  4. leny says

    October 3, 2014 at 12:41 pm

    Selamat, semoga bisa mengemabn amanah rakyat banyak.

    Reply
  5. rika says

    January 19, 2018 at 5:28 pm

    Alhamdulilah semoga menjadi amanah dalam bertugas

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.