Assalamualaikum.
Beberpapa hari yang lepas, tak sangka, dapat juga aku berjumpa dengan mereka semua ini. Walaupun masing-masing sudah mempunyai kotmitmen masing-masing, dapat juga kitaorang berjumpa untuk berbuka puasa bersama. Walaupun kehadiran tidaklah semua yang dapat hadir, namun yang penting dapat juga berjumpa, bertanya khabar berita dan juga apa perkembangan terkini dari semua rakan-rakan.
Dimana lokasi korang bertemu nie?
Ya betul jugak, cerita pasal jumpa tapi tak bagitahu dekat mana. Kami semua bertemu dan berbuka puasa di Bandar baru bangi, Village View. :w00t:
Kehadiran. 🙂 🙂
Tak ramai pun, 9 orang jer yang datang, ada dekat area Kuala Lumpur. Yang lain merata di seluruh Malaysia. :biggrin:
Bila dah jumpa, macam-macam cerita ada, yang bakal berkahwin pun ada, dah kahwin tuh lain cerita. Aku pulak, belajar pun tak habis lagi.
Gambar kenangan. :heart: :heart:
Ya, tak mahu letak banyak-banyak lagipun bukan korang nak tengok pun.Jadinya dah ringkaskan gambar ke saiz yang kecil. Hehe. Layan.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Ya, itu kita perlu terima sebagai insan yang bernama manusia, Allah telah kurniakan perasaan rindu 🙁 , kebahagian dan kesejahteraan. Aku doakan rakan-rakanku semoga berjaya dengan bidang yang sedang diceburi.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan ku yang sudi meluangkan masa serta rakan yang bertungkus lumus saudara Hasanuddin, yang berusaha mencari tempat dan juga mastermind dalam pertemuan ini. Insyallah kita akan bertemu raya nanti edisi Selatan. (Muar Johor). :wub: Mengikut perancangan lah.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
wah steady, semuanya ceria dan gumbira..seronok jumpa kawan2 lama kan
hehe…tuhla..bila lagi nak jumpa…. nanti dah kerja lagilah sibuk.huhu
bestnya dapat jumpa kawan2 lama..
dalam ramai2 tu, ada juga ke yang jadi blogger macam bro zik?
takda pun bro… aku seorang je blogger…
aku pun baru jer lepas buat reunion semalam… nanti leh selitkan kat blog aku nanti..heh.. tengah tunggu photos upload dr member….
hah cepat sikit bro… nak tengok gak gambar bro yang macho…hihi
Meriah sungguh, memang jeles jer, sebab lama dah tak berkumpul reramai macam ko n memember bro… huhuhu
dah beberapa tahun tak jumpa… susah jugak nak satukan nie…
oh dok muar ke zik? selalu gak aku turun bt pahat tu… sesekali reunion memang best kan… semua kisah lampau tersemat di kalbu… semoga semuanya sucsess
insyallah… ah bro duduk muar…dah dekat area batu pahat tuh..kira sempadanlah…
Memang seronok dapat lau jumpa member2 lama,,,,edisi slatan nanti mesti lagi gempak kan..smua balik kampung
hurm insyallah ramai.. yang balik kampung…
ermm……whtever zik..mmg best perjumpaan kita..n aku akan selalu mendoakan semoga semua rakan2 aku berjaya dgn apa yg korng ceburi..mmg ssh nk kumpul kan semua kawan2 kita..mane yg ada kita teruskn tradisi ini..berkawan lah dgn kawan kamu selagi kita dan mereka masih lagi mahu berkawan..ingat tu..nk cari kawan bkn senang..
ya betul tuh…terima kasih kerana sudi jenguk datang ke blog ini dan sentiasa bagi kotmitmen..walaupun sibuk kerja…
Sekolah Parit Bunga ke? Haha dekat giler ngan rumah mertua aku
erm bukan2..sekolah smk pekan baru… parit bunga tuh sebelum jambatan.. kitaorang punya sekolah dah dekat area batu pahat.huhu
uh..mantap tu..tak dpt jumpa smeua jumpa yang amana ada kira oklah tu..dpt gak lepas rindu masa zaman dulu heeee..
hehe…. mengimbau kenangan lama…
Orang muar rupanya…. :cheerful:
yup orang muar…
wah dapat jumpa memeber lama best 2 betul
susah jugak nak kasi matching tarikh… masing2 ada hal…
memang best dpt jumpa balik kengkawan lama, aku dah 20 tahun meninggalkan zaman sekolah…masing2 buat haluan sendiri maklumlah dah banyak komitmen..hehe
lama jugak tuh bro 20 tahun….
jumpa kembali sebahagian pun memang dah syukur sangat
memang payah kalau nak jumpa semua sekali serentak – mungkin tak akan terjadi
tahniah – tumpang seronok kejap
hurm betul juga tuh bro…memang sangat2.. susah nak jumpa serentak…