Trending sejak PKP, nikmati kembali Dalgona Coffee
Jika anda masih ingat ketika negara dilanda wabak COVID-19 tahun lalu, kerajaan telah mengeluarkan arahan seperti Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).
Memasuki tahun baru 2021, perintah PKP telah disambung selama dua minggu. Jika anda ingat pada tahun lepas, viral sejenis minuman iaitu Dalgona Coffee dari Korea dan sudah ramai yang cuba menyediakan coffee itu. Jadi inilah masa yang sesuai untuk menikmati kembali Dalgona Coffee ketika berada di rumah.
Bahan bahan:
2 sudu Nescafe
1@2 sudu gula
1 susu segar
Sedikit air panas
Ketulan ais
Penyediaan:
- Guna mixer atau whisk untuk sebatikan bahan bahan tersebut sehingga kesemuanya kembang.
- Sediakan cawan gelas berisi ketulan ais tadi dan tuangkan susu segar.
- Letak coffee yang sebati pada bahagian atas sekali.
- Kacau sebelum minum dan sediakan untuk dua hingga tiga gelas juga.
Selamat mencuba!
Bukan setakat resepi original, anda juga boleh cuba resepi lain yang lazat seperti:
Dalgona Matcha
Bahan bahan:
2 sudu serbuk Matcha
20ml sirap gula
100ml whipping cream
Susu segar
Ketulan ais
Penyediaan:
- Gaulkan dan campurkan serbuk matcha, sirap gula, whipping cream sehingga sebati.
- Tuangkan coffee itu dalam cawan atau gelas berisi ketulan ais.
- Sedia untuk minum.
Dalgona Matcha | Dalgona Style Matcha Recipe | Non-Dairy Matcha Cream
Dalgona Cheese Cake
Bahan bahan:
200g keju krim
2g Vanila ekstrak
3g jus lemon
5g gelatin
150g whipped cream
150g gula
1 suku sudu teh baking soda
90g Lotus cookies
40g mentega caie
Penyediaan:
- Tuang gula ke dalam periuk dengan api yang rendah. Kacau perlahan lahan dan matikan api jika gula menjadi coklat keemasan.
- Tambahkan baking soda dan kacau segera. Tuangkan campuran ke atas baking paper. Letakkan satu lagi baking paper ke atas campuran gula dalgona dan tekan dengan bahagian bawah periuk.
- Masukkan Lotus cookies dalam beg ziplock dan hancurkannya secara halus. Tambahkan mentega cair ke Lotus cookies tadi dalam mangkuk dan kacau.
- Masukkan campuran ke dalam acuan kek 15 cm dan ratakannya perlahan-lahan. Simpan seketika dalam peti sejuk.
- Ambil adunan dalgona yang keras dan hancurkan dengan sudu. Keluarkan beberapa keping untuk menghias kek dan letakkan selebihnya dalam beg ziplock, dan hancurkannya dengan halus.
- Pukul keju krim lembut pada dan kacau rata. Masukkan gula, jus vanila dan jus lemon dan campurkan.
- Masukkan gelatin yang dicairkan dan campurkan sebelum menambah krim. Masukkan potongan dalgona tadi
- Tuangkan campuran ke dalam acuan kek dan biarkan beku selama sejam. Untuk keluarkan kek dengan mudah dari acuan, gunakan tuala stim dan bungkusnya di sekitar acuan. Potong kek ke dalam beberapa keping sebelum dihias dengan kepingan dalgona di atas.
Selamat mencuba!
Snapbackpacker says
resepi dalgona selari dengan peredaran pkp…patutnya ada bantuan dan dana dalam bisnes pembuatan dalgona ni haha