Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Liga Juara-Juara / REAL MADRID JUARA LIGA JUARA-JUARA EROPAH EDISI 2021/22

REAL MADRID JUARA LIGA JUARA-JUARA EROPAH EDISI 2021/22

Zik · May 29, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

GARETH BALE JULANG PIALA UCL 2022

AKSI FINAL TERTANGGUH 35 MINIT, ADA PENYOKONG GUNA TIKET PALSU.

Sebelum game bermula, keadaan agak gawat sikit. Aksi final berkenaan tertangguh 35 minit akibat kekecohan yang berlaku di pintu masuk stadium. Difahamkan ia berpunca daripada ribuan penyokong yang cuba masuk menggunakan tiket palsu.

Jaringan tunggal pada separuh masa kedua oleh Vinicius Junior minit ke 59 meranapkan impian liverpool untuk dapatkan tiga kejuaran.  Liga perdana english dah terlepas apabila manchester city menang dengan kelebihan satu mata sahaja.

REAL MADRID DI DEPAN SEPARUH MASA KEDUA.

Vinicius Junior meledak gol tunggal permainan ketika Real Madrid menewaskan Liverpool 1-0 pada final Liga Juara-Juara Eropah sekali gus melebarkan rekod kemenangan mereka kepada 14 kejuaraan. Pemain sayap Brazil, Vinicius menyempurnakan hantaran Fede Valverde pada minit ke-59 untuk Madrid mendahului aksi di Stade de France yang bermula lewat lebih setengah jam akibat masalah di luar stadium.

LIVERPOOL GAGAL MENCARI GOL PENYAMAAN.

Liverpool gagal mencari gol penyamaan dan anak buah Jurgen Klopp terpaksa akur tewas di tangan gergasi Sepanyol itu buat kali kedua dalam lima musim di pentas final Eropah itu. Liverpool berpeluang mendahului permainan di babak pertama tetapi percubaan Sadio Mane diselamatkan penjaga gol Madrid Thibaut Courtois. Pemenang Piala Liga dan Piala FA Inggeris itu dikecewakan oleh Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Real Madrid di pentas Liga Juara-Juara Eropah.

Liverpool kini kekal dengan enam kejuaraan di pentas tertinggi Eropah itu manakala Real menjulang trofi Liga Juara-Juara kelima mereka dalam sembilan musim, dengan Carlo Ancelotti muncul pengendali pertama memenangi trofi itu sebanyak empat kali.

Ancelotti turut membimbing Real ketika mereka memenangi edisi 2014 dan pernah membawa AC Milan menjuarainya pada tahun 2003 dan 2007.

 

Share this on WhatsApp

Liga Juara-Juara, Sukan REAL MADRID JUARA LIGA JUARA-JUARA EROPAH EDISI 2021/22

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.