Nabi dan Rasul merupakan jawatan yang diisi dari kalangan hamba hamba Allah SWT yang mantap akidahnya,akhlaknya,imannya dan terunggul dalam banyak aspek.Rasul dan Nabi merupakan petunjuk kepada jalan yang benar dan pembawa khabar gembira bagi orang beriman dan pemberi amaran kepada pihak yang kafir.
Dan penyandang jawatan ini adalah dari golongan lelaki.Serta pemimpin yang terbaik pilihan Allah SWT.
Namun Senarai nama para Anbiya dan rasul tidak semua diterangkan didalam Al-Quran dan jika ada mereka adalah Nabi Nabi dan Rasul yang terbaik dari yang terbaik ,dan ada pula yang tak diterangkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran atas sebab tertentu seperti mana tercatat dalam surah AL Nisa’a ayat 164.
Manakala jumlah para Nabi dan rasul ada yang berbeza pendapat namun tercatat dalam riwayat Abu Dzar Al Ghifari R.A menyebut Jumlah Nabi seramai 124 ribu manakala Rasul seramai 313 orang.( Sahih Ibnu Hibban 361).
Bagaikan cendawan selepas hujan penulisan penulisan mengkaji bahawa adanya Rasul dan Nabi Allah dari kaum jin begitu banyak semua dari penulis penulis Indonesia malah ada yang dapat senaraikan semua nama 313 Rasul!.
Bagi penulis andaian adanya Nabi dan Rasul dari kalangan Jin tidaklah terlaluan kerana berpegang pada sifat Allah swt Maha Bijaksana dan Maha Adil.di tambah dengan firman Allah SWT ayat Al An’am 130 berbunyi
” Hai jin dan manusia apakah belum datang kepadamu Rasul dari golongan kamu sendiri” yang pastinya bermaksud
Allah menciptakan beberapa jenis makhluknya yang berjasad dan roh serta berakal bertujuan asal untuk beribadah pada Allah SWT, iaitu malaikat yang menduduki langit semuanya Soleh.
Sejenis makhluk berjasad dan beroh mendiami syurga iaitu kaum Al Wildan yang semuanya lelaki dan kacak dahpastinya selaku penghuni syurga mereka juga Soleh dan kaum ini dikatakan Bidadari lelaki di syurga.manakala manusia di bumi terbahagi kepada ada yang Soleh ada yang kufur, dan jin yang ada juga ada yang Soleh ada yang kufur.
Maka jika dikaitkan akan sifat Allah SWT maka beberapa lelaki Soleh dari kaum manusia,jin,malaikat dan Alwildan mengisi jawatan sebagai Nabi dan Rasul.
Tentang malaikat yang mendapat pujian dari Allah SWT didalam Al-Quran , tidak diketahui jantina mereka .Namun jika diperhalusi dari Nama para malaikat dalam Al-Quran kearah kelelakian dan sering menjelma sebagai manusia lelaki dan tercatat juga dalam hadis Nabi Muhammad SAW dimana malaikat Jibril AS dalam bentuk badan lelaki dan dikatakan fizikal malaikat Jibril AS agak gagah.
Dan dikatakan kaum malaikat juga ada pangkat pangkat tertentu dan kaum yang diMuliakan Allah SWT.Jika manusia pertama iaitu Adam diangkat sebagai Rasul,maka tidak mustahil juga jin pertama diciptakan,malaikat yang pertama diciptakan dan Al Wildan yang pertama diciptakan adalah Rasul juga.Jika kita kembali pada sifat Allah SWT.Dan jika kita pegang pada surah Fathir ayat 24 dan Al Nahl 36 bermaksud bahawa dari setiap kaum,golongan dan jenis dari kelompok lelaki Soleh telah diambil sebagai Rasul Allah SWT .
Namun komposisi kaum penyandang jawatan itu mungkin dilebihkan kepada kaum jin dan manusia agar menaikkan moral kedua dua bangsa ini yang ada antaranya Islam dan sebaliknya.Dan yang pastinya adanya Nabi dan rasul dari kalangan malaikat .
Menurut penulis, bangsa yang ada jasad dan roh serta berakal yang awal diciptakan oleh Allah SWT adalah malaikat.Dan Malaikat Jibril A.S malaikat pertama diciptakan Sekali gus sebagai Rasul, diikuti malaikat Mikhail A.S dan malaikat malaikat yang disebut dalam Al-Quran iaitu Malaikat Israfil A.S,malaikat Malik A.S,malaikat Malak Al Mawt ( dikenali Izrail A.S) Malaikat Harut .S dan Marut A.S dimana antara mereka ini malaikat pemikul Arasy- iaitu malaikat malaikat utama yang paling rapat dengan Allah SWT .Dimana mereka ini berpangkat Rasul dan Nabi .
Rasul dan Nabi melambangkan wakil Allah , petunjuk serta berita gembira bagi orang orang beriman.Manakalala dalam surah AL Baqarah 97 merujuk malaikat Jibril AS merupakan petunjuk serta berita gembira bagi orang orang beriman.yang mana Malaikat jibril bertugas utama menyampaikan wahyu Allah kepada para Nabi dan Rasul dimana wahyu itu berisi khabar gembira dan yang menerima wahyu itu pulak mereka yang beriman.Manakala sifat Malaikat Jibril A.S sebagai petunjuk bermaksud Dia seorang Rasul yang menjadi guru kepada Rasul Rasul dan Nabi lain.Manakala Allah SWT merupakan petunjuk yang Maha sempurna dan guru terbaik untuk makhluk makhluknya yang berakal.
Dan malaikat yang jadi ketua bahagian tugas khusus dalam membantu urusan pentadbiran dibawah naungan Allah SWT,adalah berpangkat Rasul dan Nabi dimana sebagai contoh.
Malaikat malaikat yang bertugas dalam urusan rezeki yang ditetapkan Allah SWT, diketuai oleh Malaikat Mikhail yang bertaraf rasul.Dimana beliau memang khas dalam urusan rezeki makhluk Allah SWT yang bertaraf Nabi atau Rasul.
Ketua malaikat yang jaga Neraka iaitu Malik A.S merupakan Rasul.
Ketua para malaikat yang ditugaskan cabut Nyawa makhluk Allah SWT , diketuai oleh malaikat Malak Al Mawt A.S yang bertaraf Rasul tugas khusus mencabut nyawa golongan makhluk Allah SWT yang bertaraf Rasul dan Nabi.
Israfil A.S seorang Rasul.
Dan 2 pemimpin tinggi dalam urusan hal menguji makhluk makhluk Allah SWT iaitu Harut Dan Marut kedua duanya bertaraf Rasul dan tugas dalam menguji golongan Rasul dan Nabi.
Wallahualam.
ril says
assalammualaikum.. wah masih benar2 aktif… nabi dan rasul kalangan malaikat ni macam menarik ni.. mcm pernah dengar tapi lupa dah kat mana…
Zik says
Walaikumussalam bro. Ada lagi nih.. hehe
Mohd Hafiz Mohd Ali says
Assalamualaikum bro saya fiezhamzah2585@gmail.com, nanti saya bantu cari bahan penulisan kreatif namun x melampau lagi… Hehehe