Kita sudah berada di hujung tahun 2017. Biasanya kita akan dapatkan ramalan2 yang akan berlaku dalam ekonomi negara kita malaysia 2018. apakah yang akan terjadi nanti?? ramai orang cakap negara kita akan bankrup lah , kilang banyak tutup, gst naik 10%, ekonomi tak baik. Korang lah yang cakap macam tuh. Dengar-dengar dari mu;lut orang yang tak tahu pasal ekonomi. Aku cakap macam nih, tak semestinya akan sokong kerajaan, aku tulis ini pun bukan semestinya aku nih macai. Itu semua adalah ramalan sahaja. Sedar tak sedar 2017 sudah pun kita lalui. Ada yang benar terjadi, ada yang hanyalah khabar angin sahaja.
Baca juga ramalan ekonomi 2017.
Ramai yang mengkritik keras untuk ramalan ekonomi malaysia 2017 pada tahun lepas. Takpe itu tahun lepas punya cerita Tahun 2018 apa agaknya yang akan berlaku dalam negara kita.
Kita bukan pakar dalam ekonomi , tapi memang ada belajar ekonomi, secara totalnya ekonomi dalam teori dan praktikalnya adalah perkara yang berbeza. Ia adalah berdasarkan fakta dan juga spekulasi yang akan berlaku atau sedang berlaku, atau ianya takkan berlaku pun.
Bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh DS NAjib Tun Razak ada impaknya kepada pembangunan ekonomi malaysia 2018. Baca bajet 2018.
Layan video debat Dr Muhd Khaliad dalam RTM bajet 2018.
5 perkara besar yang akan berlaku.
Sebenarnya ada sub-sub kepada effect ekonomi negara. Cuma dipecahkan kepada 5 topik utama, ada yang diutarakan mungkin akan effect kepada tahun-tahun mendatang, siapa tahu? Ekonomi tidak boleh dijangka.
1. Kadar penggangguran meningkat.
Kalau kita tengok tahun lepas (2017) 3.5 peratus (plus and minus,) . 3.4% hasil dari laporan tenaga buruh yang masih lagi menggangur. Kita tak pasti kenapa mereka masih mengganggur. Mungkin masih menunggu, atau memang malas nak cari kerja. Generasi sekarang tak sama dengan generasi dulu. Aku tengok dekat facebook duk pung-pang takda kerja, kerajaan salahlah, itulah. Bila interview cakap takda pengalaman, dan kebanyakkan generasi Y ramai yang impikan kerja terus yang senang-senang, gaji nak 3-4k sebulan, tak nak kerja dari bawah. Tahun 2017 mencatat penurunan 0.1 peratus. Tahun 2018 kita akan berdepan dengan ekonomi yang sangat mencabar.
Jumlah pekerja yang bekerja di negara kita ialah 15.06 juta. Ini termasuk pekerja asing ya, statistik pekerja asing yang bekerja di malaysia mungkin aku akan dapatkan juga untuk entri akan datang.
Setiap tahun akan ada pelajar yang akan graduate. Dari situ akan ramailah yang masih menunggu atau mencari lagi kerja . Dijangka pada 2018, kadar peratus pengganguran akan meningkat kepada 3.5 peratus. Rujuk disini (jabatan perangkaa)
Kenapa kadar penggguran meningkat? Sebabnya permintaan pekerjaan kebanyakkannya (terutama sektor perindustrian) dinegara kita sudah dipenuhi oleh orang asing, selain syarikat mahu cut kos kerana tidak mahu menanggung kerugian yang banyak.
2. GDP Malaysia Akan Turun Kepada 5.0 Peratus (2018) dan 4.8 Peratus (2019)
Tahun 2017, KDNK Malaysia mencatatkan pada angka yang cukup baik. Berita baik kepada kerajaan Malaysia dan juga Perdana Menteri Malaysia melihatkan data terkini mengenai perkembangan Ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan Bank Dunia untuk unjuran GDP Malaysia untuk tahun 2018 dan juga 2019, ekonomi Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan lemah.
Ini berdasarkan dapatan dan kajian dari kalangan 15 pakar ekonomi, Malaysia antara beberapa negara yang dijangka pertumbuhan ekonomi di tahap yang lemah.
Tahun | Kadar |
---|---|
2018 | 5 peratus |
2019 | 4.8 peratus |
Persoalannya apa punca yang menyebabkan GDP Malaysia mencatatkan angka yang lemah untuk tempoh 2 tahun mendatang?
4 Punca Besar GDP Malaysia Terus Merosot
- Dasar ekonomi Malaysia yang tidak pasti
- Perkembangan geopolitik mendatang
- Harga komoditi yang tidak stabil
- Bertambah teruk lagi apabila hutang isi rumah di Malaysia adalah salah satu daripada dua negara di ASEAN yang melebihi 70 peratus daripada KDNK Malaysia.
Sehinggakan ahli ekonomi telah memberikan amaran yang mana hutang Malaysia akan meletup. Bila? Tidak tahu. Tambahan pula kedudukan ekonomi Malaysia hari ini sebenarnya rakyat Malaysia tidak merasa tempiasnya. Ini antara persoalan yang dilontarkan sendiri oleh Farid Hadad Zervos, Pengurus Bank Dunia untuk negara Malaysia. Tapi semua jangan risau, hutang negara masih lagi under control, walaupun kes 1mdb itu , ada sedikit sebanyak mengganggu proses perjalanan business dinegara kita.
3. Kadar faedah naik
Paling akhir pada tahun 2014 yang lepas. Bank Negara Malaysia ada mengatakan yang mereka mungkin mempertimbangkan dasar monetari mereka melihatkan kepada keadaan makro ekonomi global dan juga domestik. Kata mereka lagi, ini semua bagi memastikan yang pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus mampan.
Sehingga mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari baru-baru iaitu yang terakhir pada tahun ini, melihatkan ini merupakan isyarat yang terkuat yang diberikan oleh jawatankuasa tersebut yang masih lagi mengekalkan BNM OPR pada kadar 3 peratus.
sumber: beritasemasa.com.my
Punca Kenaikan Faedah oleh Bank Negara Malaysia
Bertambah kuat lagi disebalik penelitian laporan berita Bloomberg yang mengarakan aliran keluar melibatkan bon Malaysia semakin melonjak naik. Impaknya nilai Ringgit Malaysia akan terus merosot
Jadi untuk mengelakkan aliran keluar bon Malaysia terus meningkat naik, BNM OPR mungkin terpaksa dinaikkan bagi menarik kembali keyakinan untuk menanam modal mereka dalam ringgit Malaysia. Mungkin. Dan kenaikan ini bakal memberikan berita buruk kepada pemain hartanah.
Bila satu isu jadi, semua akan bersangkut paut, seperti minyak naik,harga barang semua jadi naik. Dari supplier , kilang, terus ke pengguna jerla yang menjadi mangsa.
4. Harga minyak dunia akan terus jatuh.
KITA percaya sangat pada kuasa pasaran. Kita percaya demokrasi perniagaan ialah membiarkan kuasa pasaran menentukan bentuk bekalan dan permintaan. Malah, lambungan harga juga dibiarkan dipacu kuasa pasaran.
Demokrasi kuasa pasaran kini membawa bencana. Sektor hartanah bakal sekali lagi mendedahkan kita pada bahaya kemelesetan ekonomi sekiranya tidak dikawal dengan segera. Laporan Bank Negara bertajuk Ketidakseimbangan Dalam Pasaran Hartanah mendedahkan, pada suku pertama 2017, jumlah hartanah kediaman tidak terjual berjumlah 130,690 unit, tertinggi dalam tempoh sedekad.
Ia hampir menyamai dua kali purata dalam sejarah yang pernah tercatat sebanyak 72,239 unit setahun antara 2004 hingga 2016. Kira-kira 83 peratus jumlah unit tidak terjual itu berada dalam kategori harga melebihi RM250,000. Melangkaui harga mampu milik. Secara keseluruhan, 61 peratus jumlah tidak terjual terdiri daripada bangunan tinggi dengan 89 peratus daripadanya melebihi RM250,000.
Melihatkan realiti lambakan ini berpunca daripada sikap tamak pemaju dalam menyediakan rumah kos tinggi, kita berasa sakit hati. Betapa industri perumahan dipacu oleh ketamakan dan sikap haloba pemaju. Permintaan rumah kos rendah sangat tinggi. Malah, kerajaan terkial-kial menyediakan keperluan ini dalam pelbagai usaha. Malah, antara masalah kemerosotan populariti kerajaam di kalangan pengundi muda ialah isu perumahan.
Jadi mengapa peneraju industri perumahan tidak membantu? Mereka tahu ini masalah utama negara. Malah, masalah rakyat. Selain ia juga masalah kerajaan.
Senarnya teori ini mudah jer. Pemaju tidak berada bersama semangat kerajaan. Dia yang kontrol, sebab nak kaut untung banyak. Ini budaya kiasu di kalangan pemaju perumahan yang kepala otaknya hanya mahukan keuntungan berganda. Dengan lambakan RM55 bilion hartanah tidak terjual, dia mendedahkan kita pada krisis ekonomi.
Arahan pembekuan pembinaan kondominium dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas satu langkah drastik. Tetapi apakah ia berkesan, satu persoalan lain pula yang akan timbul? Soalan utama, apakah lambakan sedia ada mampu terjual. Bukankah ia tidak terjual sekarang kerana pembeli tidak mampu? Dengan purata harga RM350 ribu, jangan mimpi anak muda mampu memilikinya.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kerajaan perlu masuk campur bagi mengimbangi pasaran daripada menjadi semakin parah.Jadi ia satu peringatan: Kuasa pasaran akhirnya menjadikan keadaan ekonomi negara turut terjejas. Kuasa pasaran yang didominasi budaya kiasu dan tidak berserta semangat kenegaraan adalah musuh utama dalam industri perumahan dan hartanah.
Malah, keadaan akan terasa lebih parah kelak, kerana realitinya, sektor perbankan tidak akan menawarkan pinjaman kerana menyedari masalah ini satu lambakan lebihan permintaan. “Hakikatnya, institusi kewangan berat memberi pembiayaan kepada projek mewah dan hartanah komersial kerana mereka tahu wujud lebihan bekalan,
Aneh, ketika anak muda dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana setengah mati berharap memiliki rumah, di negara ini, rumah mahal berlambak-lambak. Jadi sekarang, apa nak jadi? Rumah mampu lihat jerla. Penulis pun tidak mampu bro!!.
Kiasu pemaju hartanah adalah musuh utama kita!
Pasaran hartanah,
Layan video pra bajet 2018:
Tahun 2018 kita akan berhadapan dengan ekonomi yang cukup mencabar.. baik peniaga ataupun pekerja majan gaji… sebaiknya kita perlu persiapkan diri dari sekarang dengan ilmu yang dapat membantu kita untuk menambahkan pendapatan pada tahun 2018 nanti..
Kalau harga rumah turun tapi orang ramai tak ada 10% deposit untuk sediakan meloponglah jawabnya.