Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Ramalan ekonomi malaysia 2017

Ramalan ekonomi malaysia 2017

Zik · Dec 26, 2016 · 7 Comments

Share this on WhatsApp

reinhard-rauball_3108228e.jpg

Cerita ekonomi pulak untuk hujung tahun nih. Ekonomi negara semakin hari semakin mencabar tahun demi tahun. Ini berkaitan dengan krisis global. Tidak dapat dinafikan, penulis juga mengalami masalah kewangan yang cukup serius untuk tahun 2016. Banyak badjet yang telah dipotong dan juga membuat beberapa perubahan drastik untuk memastikan tidak tersangkut di hujung bulan. Apepun 2016, rekod bersih dalam pembayaran hutang-hutang berjalan seperti biasa, semua on time. Syukran2.

Kerajaan is kerajaan. 

Apa yang ingin ditekankan, kita selaku rakyat malaysia yang mahukan negara terus utuh dalam merancakkan ekonomi negara. Kita tidak menafikan, kerajaan memang ada cari jalan untuk selesaikan masalah negara. Hutang ya hutang, gst ya gst. Kita semua bekerja keras nak bayar hutang kerajaan. Kita pun cari jalan juga untuk bantu ekonomi negara dari terkandas. Pokoknya kita selaku rakyat yang sentiasa berfikir mesti ikhtiar cari jalan selesaikan masalah negara ini.

Harga barang naik. 

Banyak harga barang yang akan naik, gula, barang mentah memang akan alami satu proses kenaikan harga yang cukup memeritkan. Naik dalam 8% lebih kurang gitulah. Kesan dari ini, harga barang semua akan naik. Minyak turun, tapi dalam negara dijangka bulan januari nih naik balik. Turun sikit, naik banyak. Sebab nak menampung ….

1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang.
5. Pengurangan subsidi etc, subsidi minyak masak contohnya.

Namun hakikatnya ekonomi malaysia, kita akan mengalami kesan yang sangat buruk.  Ringgit Malaysia terus jatuh merudum . Ketika entri ini ditulis, 1usd bersamaan RM4.48 sen lebih kurang lah macam tuh.

Ringgit Malaysia akan jatuh. Sebabnya.. 

1. Dolar Amerika yang terus meningkat naik
2. Nilai Yuan mula menurun
3. Nilai Yen turun melemah
4. Nilai ringgit Malaysia akan turun merosot
5. Ditambah dengan hutang isi rumah di Malaysia bernilai RM854.3 Bilion terlalu tinggi “sudah nyawa-nyawa ikan”
6. Private investment berdasarkan semakan data MIDA menunjukkan di sini; telah ada trend penurunan sejak suku 3 2014 lagi.
7. Net exports been contracting even as RM merudum. Dengan nilai ringgit Malaysia yang terus lemah pada ketika ini; berapa banyak yang boleh diperolehi daripada pasaran eksport negara?
8. Hutang kerajaan Malaysia terlampau banyak menyebabkan keupayaan kerajaan untuk meminjam lagi semakin kurang.
9. Nilai ringgit Malaysia turun menyebabkan kadar pinjaman bon kerajaan turut meningkat

Nasihat buat anda dan diri sendiri. Orang muda… 

  • Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES (YEAR END SALE)
  • Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun 2015
  • Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama sahaja lagi. Kadar faedah mesti akan naik lagi.
  • Untuk anak muda, beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik bukan pada ketika Malaysia ke arah kegawatan ekonomi

Realitinya hari ini, untuk tempoh sejak 9 bulan terakhir ini jikalau diperhatikan kalangan bank-bank utama di Malaysia telah mula berlawan sesama-sama termasuklah Maybank apabila menawarkan pelbagai tawaran untuk menarik seberapa banyak pendeposit meletakkan simpanan duit mereka bernilai jutaan ringgit. Apa maknanya itu? Ini menandakan bank-bank sudah mengalami masalah “liquidity” aliran tunai.

Jangan takut. 

Ini adalah ramalan jer. Kemungkinan ada betul ada salah. So yang penting kita semua harus bersedia menghadapi kemungkinan ini, cari wang lebih. Malaysia menuju kearah kegawatan ekonomi tuh bukan perkara main-main.

Share this on WhatsApp

Ekonomi ekonomi 2016, kesan ekonomi 2017, ramalan ekonomi malaysia 2017

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    December 27, 2016 at 12:48 am

    Ini lah masanya nak kumpul aset. Agak-agak aset apa paling mudah dan modal rendah hendak bermula?

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2017 at 10:11 pm

      EMAS.. betul tak..hehe..

      Reply
  2. titan says

    December 28, 2016 at 2:29 pm

    ramai betul orang pandai meramal sekarang nih.

    Reply
    • Zik says

      January 4, 2017 at 5:11 pm

      biasalah , belajar dari kesilapan lepas..

      Reply
  3. Amirul says

    January 6, 2017 at 4:13 pm

    Seram bila baca… tambah2 orang muda yang tiada harta ni. Dapat duit terus enjoy smpai habis. Lepas habis baru kerja balik… hmm kalau tak fikir pada awal, masa depan nanti mcm mana lah

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2017 at 10:10 pm

      ada simpan2 sikit jadilah… nak harapkan kswp , pencen dah tua, nak buat apa pun dah tak boleh.. so kena usahakan cari pendapatan sampingan sebaiknya..

      Reply
  4. KAKAK says

    January 12, 2017 at 4:05 pm

    TIADA HARI TUA UNTUK ANDA HARI HARI ADALAH HARI TUA UNTUK ANDA MAKSUD NYA ANDA TIADA SUARA UNTUK BERTINDAK, UNTUK TUNJUK PANDAI DAN BERLAGAK PANDAI OLEH ITU DUDUK DIAM DIAM-BERSALAWAT BERZIKIR BUAT BANYAK AMAL IBADAT DOA KAN NEGARA KITA MAKMUR SENTIASA

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.