Graduan tempatan gagal tepati kehendak majikan.
Isu ini, memang dah lama aku dengar dari sekitar tahun 2000 sehingga hari ini, memang sekarang ramai sangat para lepasan-lepasan universiti yang tersohor serata tanahair malaysia tercinta ini terpaksa bersaing hebat dengan “orang lama”. bagi yang memohon kerja kerajaan kena tunggu satu masa yang lama, disamping banyak tapisan yang perlu kena lalui. exam, kalau lulus baru ujian fizikal pulak, kalau lepas temuduga, kalau lepas ada lagi tapisan, dan macam-macam lagilah. Namun, itulah hakikatnya hari ini. Nak tak nak kena cari kerja sampingan sekarang ini buat sementara waktu untuk menampung kos, dan bayaran pengajian yang sudah semakin tertunggak dan keperluan bulanan yang sangat penting nih.
Graduan yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia dikatakan gagal memenuhi kehendak bakal majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan lemah dalam berkomunikasi. Komunikasi dalam bahasa kedua/ketiga terutamanya bahasa english dilihat sangat lemah.
Ini menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
Perunding pendidikan, sumber manusia dan pengambilan pekerja yang berpangkalan di Malaysia, merasakan terdapat keperluan asas yang kukuh dalam pemikiran kritikal dimasukkan ke dalam sistem pendidikan sebagai usaha menyediakan generasi akan datang untuk pasaran pekerjaan.Pengurus negara Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd, Sam Haggag berkata terdapat jurang yang ketara antara apa yang dihasilkan sistem pendidikan Malaysia dengan apa yang dicari majikan.
“Ini menyebabkan enam daripada 10 graduan dari universiti-universiti Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan sehingga beberapa tahun untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 40 peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi,” kata Haggag, yang syarikatnya menyediakan penyelesaian tenaga kerja yang termasuk pengambilan dan latihan.
Pengambilan adalah satu cabaran yang berbeza memandangkan universiti-universiti mengeluarkan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki tenaga kerja. Daripada konteks tenaga kerja, kami dapati bahawa tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga pengambilan gagal ujian kecekapan bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan kami.
“Kurang penguasaan dalam bahasa Inggeris mengehadkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini mengurangkan keyakinan mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk menambah nilai di tempat kerja,” katanya. Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, Ramon Chelvarajasingam berkata ramai graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif.
“Kaedah dan teknologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka. Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dalam Malaysia.
Bos mahu pekerja yang multiskill.
Memang sekarang ini, majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang tinggi dimana terdedah kepada bidang khusus di luar pengajian akademik mereka. Bukan itu jer, expectation dari majikan macam terlalu tinggi. Anggap pekerja baru tahu banyak benda, disamping mahu gajikan dengan kos yang paling rendah. Entahla.
Aku merujuk surat khabar Utusan Malaysia 12 Julai lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada masa ini terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh siswazah.
Erm aku nak berkongsi pengalaman. Sebenarnya memang terjadi dekat diri sendiri. Isu di sini ialah mengapa terdapat rakyat Malaysia menganggur? Sebenarnya banyak syarikat memerlukan tenaga pekerja dengan jumlah yang banyak. Dalam hal ini, cuba kita kaji orang kita (bukan semua). Terdapat ramai rakyat Malaysia (bukan semua) yang mempunyai satu sikap yang merugikan.
Ada yang tidak komited dengan kerja. Apabila ditanya mengapa mereka tidak hadir kerja, mereka memberi alasan yang tidak boleh diterima saperti terlupa atau tertidur. Mereka tidak akan telefon majikan kalau tidak hadir. Pernah seorang staff menipu memberi alasan yang sama bahawa tidak datang kerja sebanyak empat kali oleh kerana nenek meninggal(alasan biasa yang kita dengar). Memberi sijil tipu memang biasa.
Ada yang terlalu memilih. Ada yang meminta pekerjaan yang mereka tidak layak. Ada yang menipu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan selepas berjaya dalam temu duga memberitahu mereka ada ijazah. Semasa bekerja mereka kurang bertanya. Mereka puas hati membuat apa yang perlu sahaja. Mereka tidak proakif.
Tak tahan tekananan.
Sekira ditegur oleh majikan mereka cepat terasa dan ada yang akan berhenti kerja. Menerima teguran secara positif dengan hati terbuka adalah sebahagian adat kerja. Apabila diwaktu kritikal adalah waktu puncak dimana kadang-kadang biasalah bos memang tengah naik hantu, kita sebagai pekerja memang terpaksa bertekak dengan bos siapa yang salah apabila ada masalah timbul. Siapa yang tak tahan mental dan fizikal, biasanya akan chow awal, sebab tak tahan dengan tekanan yang ala-ala maki hamun. Bagi yang sudah biasa, masuk telinga kanan, keluar telingan kanan. Mungkin dah kebal lah kot. Ataupun disebabkan banyak bebannan yang perlu ditanggung kalau berhenti kerja. Mahu tak mahu kena hadapinya jugak. Erm, entahla.
Mereka tidak rasa bersalah memakan barang kedai, meminta makanan daripada pembekal, mengguna barang kedai atau mencuri barang kedai, termasuk pada bulan Ramadan.
Ada yang sunggup tidak bekerja, walaupun ada isteri, anak dan perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka kata mereka boleh mengharap gaji isteri. Mereka kata mereka boleh balik kampung.
Gaji yang terlalu rendah/tidak setimpal dengan kerja.
Kadang-kala majikan tak berani nak bagi offer gaji yang setimpal dengan para lepasan universiti memandangkan takda pengalaman yang secukupnya, walaupun ada tinggi pelajaran dan pointer tinggi tidak beerti majikan berani untuk meletakkan gaji yang tinggi. Oleh yang demikian, para graduan yang tak berasa terdesak dan juga rasanya boleh dapat offer lain dan ego, mesti tidak akan menerima tawaran tersebut ataupun berhenti sebelum mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakkan yang ada.
Persaingan dengan pekerja asing.
Fuh, sekarang ini kalau boleh majikan mahu pekerja yang serba boleh dan juga kotmitmen yang 300% dalam kerja dalam pada itu mahu gaji yang murah. Ini terpaksa kita hadapinya untuk bersaing dengan pekerja asing lah pulak. Mereka ada kelebihan dari segi kotmitmen kerja, sebabnya dalam setahun kalau nak tengok diaorang cuti dalam setahun memang jarang-jarang sekali. Sebab itu, bos-bos lebih sayang dan simpan pekerja asing nih dari nak hired pekerja melayu nih. Hadoi. Bos-bos cina memang nak untung banyak beb.
Ok. Aku list balik beberapa punca kepada Pengangguran siswazah ni.
- Tidak Komited dengan kerja
- Terlalu Memilih Kerja
- Mintak kerja yang diorang tak layak (kelayakkan sedia ada tak sama)
- Menipu (tipu kelayakkan).
- Gaji terlalu rendah (tidak setimpal).
- Kurang Bertanya
- Tidak proaktif
- Tak boleh ditegur (cepat terasa)
- Persaingan dengan pekerja asing. Malaysia vs pekerja asing.
Ikutkan ada banyak lagi point tuh, takpe aku simpan untuk edisi yang akan datang. Untuk bersaing dalam mendapatkan kerja yang setimpal dengan kelulusan yang ada sekarang ini memang sangat sukar. Untuk itu, kita kena kreatif, dapatkan sebaik mungkin list contact dan teruskan mencuba tanpa berputus asa. dari banyak-banyak temuduga mungkin kita boleh dapat improve dari segi percakapan, info baru yang perlu kita update dari segi pengalaman dan juga keperluan semasa dalam industri pekerjaan apa yang mereka inginkan..
Bukan nak salahkan kerajaan semata-mata. Kadang-kala kita pun kena usaha jugakla. Luar negara pun ada jugak tawarkan gaji lagi lumayan.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
kakiblog says
panjang juga entri ini..tetapi bermanfaat kepada umat manusia sejagat( ayat power mesti guna untuk interview supaya tidak menganggur)
Mus says
sebagai seorang graduan, boleh memulakan bisnes sendiri
akubiomed says
Setuju dengan pendapat bro Mus agas berdikari dengan memulakan perniagaan sendiri.