Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Preview 12 lagu final ajl yang ke 30 24.1.2016

Preview 12 lagu final ajl yang ke 30 24.1.2016

Zik · Jan 24, 2016 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

image

Tahniah kepada semua 12 finalis Anugerah juara lagu yang ke 30 malam ini bakal berentap Puas hati ke tak , lagu ini dah ke final. Penilainan juri adalah sesuatu yang sukar dijangka. Kita tak tahu apa yang pihak juri inginkan. Kelainan ke, maksud lirik lagu dia ke, susunan lagu itu, melodi dan juga lain-lain.

Kebanyakkanya kesemua finalis punyai pengalaman luas dalam bidang muzik. Bekas af ramai juga, stacy , hakim, hazama, black dari program mentor yang masih bertahan dalam industri muzik. Sebelum melalut ke benda lain, jom kita review satu-satu lagu nih.

1 Sampai Mati Hazama

 

Suara serak-serak rock hazama lagu nih dia memang masuk kepala. Tapi aku takla. Sampai mati , tapi ia berkonsepkan cinta yang mana dia sanggup harungi apa sahaja rintangan demi cinta dia tuh ha. Pergilah kau hazama, sampai mati dapatkan dia. Lau nih ada chance at least no3 kalau takda masalah dari segi susunan lagu yang betul dan pitching semua lancar orang katalah.

2 Potret Akim & The Majistret

Lagu yang berhantu, susunan atur yang unik. Ditambah dengan team hakim the magistrate semua gempak. Boleh pergi jauh nih, Lagu nih lagu cinta Potret. Ayat dia dalam beb. Lagu nih top dekat corong-corong radio, tapi tak bermakna lagu nih boleh menang juara. Sukar dari penilaian juri.
3 Assalamualaikum Faizal Tahir

Lagu dari sifu faizal tahir selalu tidak menghampakanm. Judul Assalamualaikum yang punyai maksud yang tersendiri. Berkonsepkan ketuhanan, dan juga mahukan kepada perhubungan kepada manusia dimana kita juga adalah sama dan serupa tidak kira usia, warna, bangsa dan agama. Kemungkinan ada satu kategori dia akan menang, no3 sekurang-kurangnya atau persembahan terbaik. Diantara calon juara ajl kali ke 30 , aku rasa lah.
4 Biarkanlah Drama Band

Lagu nih lagu frust. Memang setiap tahun lagu cinta jadi top. Lagu ini mengisahkan tentang kerelaan seseorang untuk berpisah dengan kekasihnya kerana dia sudah tidak sanggup melukakan hati nya lagi. Dia percaya bahawa mereka sudah tiada jodoh lagi untuk hidup bersama dan walau sekuat mana cintanya, dia sudah tidak berdaya lagi untuk mempertahankan hubungan mereka.

Sejauh mana hebat lagu nih. Kita tengok jerla malam nih. Drama band diantara band yang masih dapat bertahan sehingga ke hari ini. Susah nak survive sekarang nih.

5 Hanya Namamu Caliph Buskers

Lagu ciptaan edry abdul halim. Caliph busker yang tahun lepas tiba-tiba naik setelah menggantikan vocalis aweera yang ada masalah konflik dalaman. Apepun lagu ini berkonsepkan ketuhanan. Susah mana pun kita jangan lupa kepada yang mencipta kita. Bersyukur dengan pemberian Allah, ada masa kita di atas, masa kita dibawah. Barulah kita nak ingat, huhu. Disebalik kesusahan disitulah kita akan rasa nikmat yang kita hanya dapat rasa. Orang yang senang takkan dapat rasa. Boleh nih, boleh.

6 Knock Knock Elizabeth Tan

Ramai yang marah, kenapa lagu nih boleh ke final. Dahla elizabeth tan nih pelat. Tapi penilaian juri tak pernah silap. Music arrangement yang diatur oleh sifu faizal tahir, lagu dilihat hidup. Tapi entahla, aku pun tak paham. Aku tengok lagu nih pasal apa agaknya.?? Mengorat ke… ketuk ketuk.. Agak-agak boleh menang ke?? Hello !! Kalau lagu nih menang, berhuhu lah jawabnya.

7 Malam Ini Kita Punya Bunkface.

Indie band muda ala-ala green day macam bunkface memang bagus anak muda. Buat lagu sendiri. Lagu ini macam untuk meraikan kemenangan terutamanya dalam bola sepak. Hehe. Lagu nih rancak fancy memang ada harapan lah untuk menang.
8 Angin Kencang Noh Salleh.

Steady jer lagu nih dari noh salleh sekarang dah solo tanpa band hujan. Lagu nih ada maksud dia tersendiri. Untuk mizz nina katanya. Klasik susunan muzik dia. Anging kencang yang membawa maksud seseorang yang rindu jauh dari mata….
9 Bukan Hal Aku Kaka Azraff dan Aliff

Apa yang cuba disampaikan dalam lagu ini?? Biar aku jalan tunggu, puas ku tunggu. Lu lambat macam mana. Itu bukan hal aku. Tapi muzik arrangement dan rap semua ok dah. Maksud dia agak blur.

10 Mana Mungkin Black

Tangkap lentok lagu nih. Black tak pernah menghampakan lagu yang dia bawa. Hasil buah tangan Ajai komposer berbakat besar dalam industri. Lagu cinta lah biasa lah, mana mungkin black nak berputus asa mendapatkan kekasih lamanya. Huhu. Boleh celen vokal terbaik dengan dayang nurfaizah.

11 Not For Sale Stacy ft Altimet

Lagu rancak dari stacy tak pernah mengecewakan. Arrangement muzik yang cukup gempak. Lagu ini tentang seorang wanita tidak boleh dibeli dengan wang ringgit harta, dengan sebegitu mudah. Ada part rap dengan altimet lagu nih jadi sempurna.

12 Tak Pernah Menyerah Dayang Nurfaizah

Tak perasan lagu nih bila ada nih. Gila jahat kau. Habislah kalau dayang nur faizah masuk ajl. Memberi saingan yang sengit dari segi vocal terbaik. Pernah jadi juara ajl. Tahun bila tak ingat. Lagu ini pun bagus ,tak pernah menyerah. Kita tak boleh cepat berputus asa dalam apa perjuangan.

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment 12 lagu final ajl 2016, lagu yang ke final anugerah juara lagu 2015, review lagu finalis ajl yang ke 30 2015, senarai penuh lagu ajl 2016

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. siti hazreen says

    January 24, 2016 at 11:46 pm

    semuanya hebat…rahmat mega osem!

    Reply
  2. Noriza_mommavogue says

    January 26, 2016 at 3:55 pm

    Semua preview ni best-best la, tapi yang pastinya ramai nak Akim dan FT menang

    Reply
  3. cik tom says

    January 29, 2016 at 11:51 pm

    frust vokal FT kurang umpph malam AJL..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.