Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / PKP fasa 4 benarkan keluar berdua

PKP fasa 4 benarkan keluar berdua

Zik · Apr 29, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

perintah kawalan pegerakan,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, membenarkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian dengan membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Walau bagaimanapun warta persekutuan itu menyebut individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, yang telah dikemaskini membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah.

PKP SEBELUM INI, KETUA KELUARGA KECUALI ADA ALASAN KUKUH. 

Versi sebelum ini menyatakan bahawa individu yang ingin membeli barang keperluan di kawasan yang dijangkiti “tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain.”

Peraturan yang dikemaskini itu juga memperluas barangan yang boleh dibeli oleh orang ramai.

Peraturan sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah mereka untuk membeli “makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian.”

Walau bagaimanapun, peraturan terbaru menambah”apa-apa barang lain daripada mana-mana penyedia perkhidmatan perlu” ke dalam senarai berkenaan.

Peraturan baru yang diwartakan itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Adham Baba.

PKP fasa 3 sepatutnya berakhir semalam tetapi dilanjutkan lagi hingga 12 Mei 2020.

Malaysia diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac 2020

Di bawah PKP, semua perniagaan dan perkhidmatan yang dianggap kurang penting diperintahkan ditutup dan orang ramai tidak boleh meninggalkan kediaman mereka kecuali untuk alasan yang dibenarkan, seperti membeli barang runcit dalam lingkungan 10km.

Langkah itu, yang bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19, yang menyebabkan sebahagian besar ekonomi negara terhenti.

Kita harap dengan kelonggaran sedikit ini memberi kemudahan kepada keluarga selain jangan kita pula ambil kesempatan dan menyebabkan kluster baru mungkin ada timbul disebabkan kedegilan kita.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman boleh beli barang berdua pkp ke 4, pkp 4 kelonggaran dengan 2 orang memberi belah, PKP fasa 4 benarkan keluar berdua

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.