
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Februari depan dilanjutkan sehingga 4 Mac 2021. Disebabkan kes masih lagi banyak walaupun sudah menurun. Negeri-negeri ini masih lagi PKP nih. Adoi, SOP dan peraturan yang ditetapkan kena ikut lagi dengan cermat. Teruskan ikut SOP semua!!
PKPB dinegeri Lain.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di seluruh negeri Perlis berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac 2021.

Leave a Reply