Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pitt Hanif ditemui lemas, Anak kepada Fauziah Nawi- Alfatihah.

Pitt Hanif ditemui lemas, Anak kepada Fauziah Nawi- Alfatihah.

Zik · Oct 27, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Pif Haniff,

Sama-samalah kita sedekahkan alfatihah, buat anak Fauziah Nawi yang telah meninggal dunia. Alfatihah.

ALFATIHAH

KUANTAN: Pencarian demi pencarian, selepas kira-kira 30 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengarah filem, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif ditemui lemas jam 4.25 petang tadi.

Mangsa yang berusia 43 tahun ialah anak pelakon veteran tanah air, Fauziah Nawi, dilaporkan hilang petang semalam ketika memancing berhampiran Jambatan Gemunchur, Kampung Mela, dekat Lipis.

Bot dinaiki mangsa bersama seorang rakannya dikatakan terputus dua mengakibatkan mangsa dibawa arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad, berkata mangsa ditemui sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh.

Anggota bomba mengangkat jenazah Pitt Haniff yang ditemui lemas ketika memancing di Sungai Mela, Lipis. – Ihsan Bomba.
Mayat Pitt Haniff ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi asal mangsa dilaporkan hilang di Sungai Mela. – Ihsan pembaca

“Mangsa ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang oleh pegawai dan anggota PPDA dan dengan penemuan ini, semua operasi SAR ditamatkan.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan penduduk kampung yang memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang operasi SAR dilaksanakan sejak petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, jenazah dihantar ke Hospital Lipis bagi tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Fauziah mengesahkan anaknya, Firdaus ditemui lemas menerusi Facebook Live, sebentar tadi.

Sementara itu, Fauziah Nawi menerusi siaran langsung di Facebook berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan berusaha mencari anaknya.

“Saya dimaklumkan jenazah ditemui dalam keadaan yang sangat elok. Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Mohd Fauzi Nawi yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

 

Copy paste bharian.com.my

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman anak fauziah nawi ditemui mati lemas, anak fauziah nawi meninggal dunia, Anak kepada Fauziah Nawi- Alfatihah., gambar anak fauziah nawi lemas, Pitt Hanif ditemui lemas

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.