Keputusan terkini malaysia bertemu uzbekistan dibawakan oleh zikrihusaini.com. Perlawanan akan bermula sebentar sahaja lagi. Biarpun skuad bawah 23 ini tidak berada ditahap optimum kerana ramai yang injured dan terlibat dengan perlawanan separuh akhir piala malaysia 2011.
Pun begitu, Ong Kim Swee harus memberikan perhatian dan membuat percaturan apakah ramuan terbaik untuk pasukan harimau muda ini terus berada dalam keadaan bersedia dalam apa jua bentuk serangan.
Keputusan semasa :
MALAYSIA U23 [1] VS UZBEKISTAN U23 [3]
SEPARUH MASA PERTAMA
Jaringan :
- VALLJOHNNOV OTABEK [54] (UBZ)
- HOGJHAKBAROV ABDUK [76] (UBZ)
- KLICHEV OTBEK [89] penalty (UBZ)
- OTHMAN FANDI [90]+1 (MALAYSIA)
Minit ke 7: Perlawanan agak seimbang sekarang ini.
Minit ke 8: Malaysia diserang. Naasib baik berjaya diselamatkan penjaga gol kita. Fuhh. bahaya, Dah cantik cross uzbekistan.
Minit ke 10: Pemain malaysia muslim ahmad slide pemain uzbekistan. Agak teruk! Kena spray jap kaki deme nih.Sepakan percuma buat uzbekistan.
Minit ke 14: Offside uzbekistan.
Minit ke 16: Sepakan sudut buat uzbekistan.
Minit ke17-18: Percubaan sepakan leret dar i[emain uzbekistan. Bahya. Nasib iak keeper tangkap dengan kemas. Kalau bola terlepas, dah ada player mereka yang menunggu. Wahhh sekali diuji. Keeper dah terlepas tadi. Kenapa dengan pertahanan nih!!! Nasib baik mereka tak sepak dengan kemas. Kalau tak tadi???
Minit ke 21: Cubaan dari uzbekistan, tetapi sepakan kelaut. member dar iatas dah mintak. Agak tamak mereka nih.
Minit ke 23: Pemain malaysia dipersalahkan. Kalau tengok, dar iserangan malaysia cuba membuat serangan dari sebelah kiri. Mengharapkan baddrol bakhtiar. Buntu disitu dan idea masih tiada lagi dari pihak malaysia nih. Kena buat sesuatu dengan buat cross ker. Mungkin ianya akan berhasil.
Minit ke 25: Nasib baik offside, kalau tak mahu gol uzbekistan. Dua kali offside. Terlalu gopoh mereka ini.
Minit ke 27: Thamil arasu dijatuhkan!! Sepakan percuma buat malaysia. Ingatkan penalti tadi. Kalau tengok dari passing, uzbekistan lebih kemas membuat hantaran dan tenang jer mereka ini.
Minit ke 30: Pemain UZB (uzbekistan dikasari). Wahh serangan merbahaya dari UZB sekali lagi diselamatkan oleh penjaga gol tepat di tangannya dan terus tertampan keluar. Masih lagi dalam permainan.
Minit ke 33: Pemain M’sia dikasari. Sepakan percuma.
Mint ke 35: Weiii kena serang lagi malaysia nih. Aduyai nasib baik keeper cemerlang. Kalau tak mahu dah bolos…
Minit ke 37: Pemain malaysia ada sorang injured. Pertolongan cemas bawak ke luar padang.
Minti ke 38: Cross yang kurang 2,3 cm jer nak dapatkan score dari malaysia, terus UBZ membaut counter attack. wahhh hampir gol. Nasib baik kena keeper. Keeper dah injured pulak. Kui2. dua kali berjaya selamatkan bola dalam seminit.
Minit ke 41: Savindram (tak sure) membawa solo keatas. Namun buntu. Takda support susah sikit. Huhu.
Minit ke 44: wei dibiar gitu jer keeper. Nasib baik tak gol. Bola tuh lalu tepi lain jer. Ad percubaan dari savindram. tetapi kelaut daa.
Minit ke 45: Tambahan 1 minit. Separuh masa tamat!!
Ulasan separuh masa pertama.
Kita banyak diserang. Kalau diukutkan kemungkinan besar, bolos boleh banyak tuh. Kalaulah UBZ membuat sepakan yang lebih kemas. Memang habislah kita.
Manakala malaysia tak banyak membuat gerakan serangan merbahaya baik dari baddrol baktiar atau savindram. Masih takda teamwork atau miscommunication. Apepun diaharap separuh masa kedua. Ada serangan berbisa sekurang-kurangnya dari bertahan jer nih.
Nota: Pemain pertahanan juga telah menyelamatkan gol dari dibolosi. Terima kasih diucapkan
Separuh masa kedua :
Minit ke 45: Dah mula !
Minit ke 47: Malaysia diasak lagi dan lagi. Pertahana yang rajin mengejar bola. Bagus-bagus. Masalahnya sampai bila nak bertahan macam nih jer. Mencemaskan adalah!
Minit ke 50: Savindram membuat crossing. Tetapi tak tepat hantarannya. Takpe cuba lagi.
Minit ke 53: gol dari uzbekistan. Adui apa semua buatpertahanan?? tengokkan jer?? Adui.. UBZ U23 1-0 malaysia U23.
MInit ke 58: Baru ada sedikit serangan dari malaysia. Namun buntu.
Minit ke59: Peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi agak gelojoh kot. Takpe usaha lagi. Sepakan sudut buat malaysia.
Minit ke 64: Pemain UBZ dilayankan kad kuning. Kilichev Oybec.
Minit ke 68: sekali lagi diuji malaysia. Nasib baik keeper cepat kehadapan mengambil bola. 3 lawan 2 tuh. Haiyo.
Minit ke 69: Percubaan!! tetapi tersasar sedikit. Kalai gol tuh. Ok ga, dari jarak jauh.
Minit ke 70: Hadoi, siap shoot tadi tuh?? Sepak tendang angin lak?? dah peluang tuh!!! Grrr. Muslim dikeluarkan pemain 18 masuk.
Minit ke 72: Offside UBZ.
Minit ke 75: Gollll lagi dari UBZ… hadui… cantik lah pulak.
Minit ke 81: Pemain malaysia mula dah hilang semangat kelihatan. asakan dari UBZ semakin bertali arus.Semakin bersemangat aku tengok. Mahu cari gol lagi.
Minit ke 82: Percubaan dari savindram. Hadui kelaut perginya. Mainlah teamwork wei.
Minit ke 85: Serangan yang menarik dari malaysia. Cuma keeper dia boleh tahanlah pulak. Apepun percubaan yang bagus.
Minit ke 87&88: UBZ terus mengasak mencari gol yang ketiga. Sepakan penalti buat UBZ dan gollll. 3-0 sekarang ini .Aduyai.
Minit ke 90: Akhirnya 2,3 kali serangan bertubi-tubi dari malaysia . Dan gollllll. 1-3 .Jadilah ek. Huhu. Barangkali gol saguhati dari UBZ. lantaklah. Othman fandi!!
Phiiwwtt :Masa perlawana tamat MALAYSIA [1] UZBEKISTAN [3].
Kepada yang ingin tengok gol-gol highlights:
Akan diupdate dari segi jaringan, keputusan semasa dan lain-lain. Teruskan bersama zikrihusaini.com. Kepada yang ingin tonton live sila ke link vietnam tv nih.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
zharif says
awat tak bleh tengok live stream tuu
Zik says
mungkin dah ramai yang tengok. dia jadi leg…
anif says
Aiseh.. tewas pulak. Perlu tingkatkan permain untuk terus bersang..
anif says
typo.. “bersaing”
titan says
aiseh..kalah lagi..
sjiehan says
kalah lagiiiii
Zik says
tak tahu nak cakap apa. .. tapi ramai star takda… injured pun blum recover….
Tuan Tanah says
kalah utk masa hadapan tak per………
yas says
Aikkk…dah habis ke bro?? Tak tau lak aku ader bola hr nih (nmpk sgt kesibukkannya tu)….huhuhu
kalah???….X pe..UZB mmg kuat…boleh sebijik pun dh okeh dh tuu
Muhd Suhaily says
Dapatlah juga tahu keputusannya walaupun selalu ketinggalan pasal bola.. tq tq
Sobri Mansor says
Chance untuk memang memang tipis. Kalau menang tu adalah satu rezeki dan kemajuan yang telah diberikan kepada sukan bolasepak kita
ohcikgu says
takpe, tu semua pengalaman..harap pengalaman ini akan lebih membantu pada masa hadapan.