Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini ada membuat pengumuman bahawa permohonan pengeluaran i-Citra akan dibuka bermula 12 Julai 2021.
Sepatutnya pada 15 julai 2021.
Permohonan pengeluaran i-Citra telah dipercepatkan tiga hari lebih awal iaitu 12 Julai 2021 berbanding pengumuman sebelum ini ialah pada 15 julai 2021 yang telah dimaklumkan sebelum itu.
Permohonan Bermula 12 julai hingga 30 September 2021.
Tambah KWSP menerusi laman web, permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September.
Menurut badan itu, permohonan boleh dilakukan di icitra.kwsp.gov.my dengan jumlah maksimum pengeluaran RM5,000 bergantung kepada baki akaun pemohon. Kena tengok akaun 2 ada berapa baki, kalau akaun 2 baki tak cukup akan ditambah ke akaun 1 pemohon.
Sumber: KWSP
Leave a Reply