Salam semua, setelah mengetahui keputusan upsr yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini, disini disertakan instusi yang berkenaan untuk memohon menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi (pergh macam nak sambung belajar kat over sea jer ayat) di sekolah berasrama penuh.
MRSM (maktab rendah sains mara).
Untuk tingkatan 1, pihak MARA telah menawarkan dua kursus iaitu biasa dan agama (Ulul Albab). Kalau nak memohon, diingatkan supaya baca syarat-syarat kemasukan dan juga yang penting syarat wajib.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web mara untuk permohonan dan terma-termanya.
Permohonan Kemasukan MRSM tingkatan 1, 2011 Semenanjung.
Permohonan Kemasukan MRSM tingkatan 1, 2011 Sabah dan Sarawak.
Kalau ingin memohon belajar di Sekolah Yayasan selangor silalah rujuk di laman websitenya disini.
Untuk maklumat lanjut, silalah ke laman web rasmi MARA.GOV. Sekiranya anda semua ada tempat lain, cadangan untuk pelajar tingkatan 1 untuk ke sekolah berasrama penuh seperti sekolah tahfiz, sekolah bestari dan sebagainya. Sila komen diruangan bawah, atau utarakan diruangan pertanyaan.
Pendapat sendiri.
Namun sebenarnya, tak semestinya sekolah berasrama penuh itu bagus seperti MRSM sekolah Bestari dan seumpamanya, yang penting ialah daya usaha yang cekal dan keinginana yang ingin berjaya dalam pelajaran.
Memang betul, cara pembelajaran dan juga cikgu yang mengajar disekolah terbilang ini ada sedikit perbezaan, tetapi jangan jadikan ia alasan untuk berjaya di sekolah harian. Anda semua harus buktikan!! Sebenarnya sudah terbukti pun.
Yiedpozie, dapat berapa A??? upsr??
Update :-
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui keputusan kemasukan MRSM 2011:-
MRSM tingkatan 1 tekan disini.
MRSM tingkatan 4 tekan disini.
Mungkin link yang cuba ditekan tak boleh, sebab terlalu ramai yang menggunakannya. Harap bersabar. Cuba buka dalam malam sikit. Semoga berjaya. Tak berjaya, cuba lagi ya! Untuk keputusan yang lebih tepat, pergi ke laman rasmi mara.
Ieda Al-Habsyi says
tak pernah masuk mrsm tapi akak bangga jadi ahli sekolah sukan hrhehehhe:)
fendidahada says
huhu..aku nak apply dah terlewat la pulak..haha
Ismail N says
Eh eh.. tumpang berkat ke tu bro?
dnoBiz says
hehe nanti anak anak dapat gabungan dua jenetik,
satu bijak dan satu kreatif
Ismail N says
Kalau dulu ramai ibubapa beria-ia nak hantar anak ke boarding school tapi sekarang ramai yang tak mahu lagi.Better lagi monitor anak dari rumah dan hantar tuisyen jika mahu dapat result baik.
akubiomed says
Sekolah aliran biasa sudah sebagus sekolah asrama penuh. Sedih masa kat sekolah dulu kerana kita memang jenis pencapaian akademik sederhana melihat kawan-kawan sekelas dapat berpeluang masuk asrama penuh. Zaman saya dahulu kalau dapat masuk asrama penuh memang satu kebanggaan keluarga.
zezebel says
Kalau saya nak memohon boleh tak Zikri?
Hehehehehehe….
Sekolah asrama sekarang ni dah jadi tempat budak-budak memupuk semangat samseng dan segala gejala tak sihat. Nanti dah besar jadi ahli politik samseng pulak.
dnoBiz says
hu hu Bel mohon jadi jadi Guru disiplain kat sana,
nanti dapat basmi gejala samseng
nadia abdullah says
kalo nk masukkan ank2 ke boarding school elok le mse lepas PMR..diorg dah besar sikit sebab kalo muda2 lg dah masuk..nanti bila besar diorg akan lebihkan kawan2 dr famili sendiri..positive side..mmg independent
Jamal Rafaie says
Setiap tahun, keputusan diumumkan semakin meningkat.. Maknanya, peluang untuk sambung ke SBP makin kecik la.. Syukur saya terpilih masuk SBP dulu..
P/S : Ingat masa form 1 nangis nak bailik rumah. hehe.. wat malu je..
ProfHariz says
Alhamdullilah.. Bukan mudah tuh~
Mohd Hafiz says
dulu aku dpt tawaran ke sm sains kk.. tp x dpt sbb parent x bagi huhuw…
ProfHariz says
Mungkin ada alasan daripada parents tuh.. Sekarang buat pe?
hyprobulksms says
Saya juga pernah nak mohon, saya tak dapat.. sampai sekarang rasa dendam dengan orang yang menyemak permohonanan saya. Hehehe tapi tak tahu siapa dia..
ProfHariz says
Takpe.. Takde rezeki itu 🙂
Hadi Rofiee says
Betul tu Zik, walaupun tempat belajar memberi beberapa kelebihan dari segi pengajaran, namun semuanya terletak kepada pelajar itu sendiri. :pouty:
ProfHariz says
Saya setuju bro! daya usaha yang cekal dan keinginan yang ingin berjaya dalam pelajaran itu penting
kulanz says
Perkongsian bermanfaat ni bro zik..
harap mereka yang berpeluang masuk ke SBP ni guna peluang sebaik mungkin
dnoBiz says
aku dulu sekolah biasa je tapi tinggi….. (tingkat 3)
tehr says
besok nak mula edar borang kepada pelajar
lepas raya nanti bantu mereka yang berminat buat permohonan
sazuwi says
aku ex-mrsm gak..
dalam konteks SBP, sekolah gini pemantapan dier tak terhad pada akademik..
seluruh aspek kehidupan diterapkan..
azizan4444 says
teringat 7 tahun lps..aku apply mrsm..hehe..gudluck pd adik2 n tahniah pada mereka yg berjaya dlm perperiksaan lps..
ishak says
aku hanya time kat koleh jer dapat asrama
yoy says
saye budak sbp..:)
nazzy says
bila lah agak nya keputusan kemasukkan mrsm bagi tingkatan 1 (2011) d umum kan???… x sabar saya melihat keputusan…
nazzy says
saya amat berharap agar saya dpat…
Zik says
dah keluar result.. cuba tekan link atas tuh.. dan masukkan no giliran…
semut says
bukan ke mrsm hanya untuk org yang ade orang dalam saje itu kate kawan anak sayele
semut says
tapi saye tak tahule sebab anak saye tiga orang tak dapt sbp atau mrsm walaupun dapat 5A,saye suke anak saye solah biase aje sebab dah frust,alhamdullillah anak saya berjaya dalam pmr dan spm
Si Pengharap says
Saya harap sangat saya dapat MRSM.Selepas tak de rezki untuk study dekat SBP.Kalau boleh saya tahu,bila keputusan MRSM akan dikeluarkan?Dengar citer hujun bulan Jan,betul ke?Saya harap sangat ada orang jawab.Thanks. 🙂
Zik says
dah boleh check tekan link yang dekat atas tuh… hurm..
alia says
macam mana nak buat permohonan ke sekolah berasrama penuh…
hagemaru says
acam ane nak buat rayuan???
Zik says
buat jer surat rasmi ke mara bagi reason yang kukuh..