Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Peraturan baru akta cermin gelap jpj, 1 november 2014

Peraturan baru akta cermin gelap jpj, 1 november 2014

Zik · Sep 30, 2014 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

image

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu bagi penggunaan cermin gelap bermula 1 November 2014 ini dengar-dengar ceritanyalah.

Peraturan baharu itu menepati standard antarabangsa seperti yang telah digunakan oleh kebanyakan negara-negara maju yang lain.

Mengikut peraturan baharu ini, kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan ialah 70 peratus, 50 peratus cermin sisi pemandu, 30 peratus cermin sisi penumpang belakang dan 30 peratus cermin belakang.

Kadar ketelusan cahaya bagi cermin gelap sedia ada kini ialah 70 peratus cermin depan dan 50 peratus masing-masing bagi cermin sisi pemandu, cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang.

Bezanya adalah cermin belakang dan sisi penumpang belakang yang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus kerana kita gunakan standard antarabangsa seperti yang telah dikuatkuasakan di negara-negara lain dan dirasakannya ianya sesuai untuk dipraktikan.

Pengecualian untuk mereka yang tertentu sahaja!

Pengecualian bagi penggunaan cermin gelap melebihi had yang dibenarkan hanya akan diberikan untuk jawatan-jawatan tertentu antaranya Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Yang Dipertua Negeri serta Ketua Menteri dan Menteri Besar.

image

Permohonan pengecualian katanya, akan turut diberikan kepada agensi-agensi dan jabatan tertentu yang menguatkuasakan peraturan serta undang-undang yang berisiko tinggi serta pengendali kes-kes jenayah antaranya kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kompaun maksimum RM300 akan dikenakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Mo tor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, denda RM500 atau penjara dua minggu akan dikenakan bagi kesalahan pertama manakala, denda RM1,000 atau penjara sebulan atau kedua-duanya sekali akan dikenakan bagi kesalahan seterusnya.

Boleh apply untuk cermin gelap.

Kena ada sebab yang kukuh. So korang boleh kemukakan sebab yang kukuh melalui borang yang boleh dimuat turun ini. Percuma je download tuh.

Sabor jerla. Sumber dari utusan

Share this on WhatsApp

Isu semasa bagaimana nak mohon cermin gelap, cermin gelap jpj 2015, muat turun borang cermin gelap 2014, muat turun borang permohonan cermin gelap jpj 2014, peraturan cermin gelap 2014, syarat jpj cermin gelap november 2014

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    September 30, 2014 at 11:01 pm

    Cuaca panas dan global warming elok juga dikemas dengan panduan terkini.

    Reply
  2. leny says

    October 3, 2014 at 12:39 pm

    Ikutilah aturan jika tidak ingin kena denda

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.